bab 2

692 12 0
                                    

"thanks for taking me to my house, Arayyan Uqashah." Amelia membuka pintu kereta itu dan melangkah keluar. Dihadapannya terlihat rumah nan megah milik bonda dan papanya.

"most welcome, btw what's your plan for tomorrow?" Arayyan menanggalkan tali pinggangnya dan menghadap ke arah Amelia.

"tomorrow?" Amelia diam sejenak. Nak bagi jawapan apa ehh? esok memang Amelia tak ada plan untuk ke luar memandangkan esok dia tidak bekerja.

"nothing much. Just sleep and berguling-guling atas katil. Esok kan saya cuti, penat laa keluar. Lagipun saya tak ada kerja lain nak dibuat. Dekat rumah pun esok mana ada orang, ada saya dengan bonda je. Yang lain semua kerja."

Mata Arayyan tiba tiba bersinar. Amelia tahu Arayyan ada plan yang tak disukainya.

"Bersiap esok petang about 3 pm. I want to take you to some place-"

"No."

Amelia memintas percakapan Arayyan yang tergantung. When Amelia say no means no !

"Amore Mio.....please." Arayyan mengerlip matanya sebanyak yang mungkin. Misi nak membodek girlfriend yang keras kepala.

"Why tomorrow ? Saya penat laa Ar. You know kan yang saya kerja macam pergi ke medan perang for 24 hour saya mengadap laptop je semata-mata nak siapkan documents yang bos berbadan dua tuu bagi. Tahu laa dengki dengan kita pun jangan laa seksa macam nak bagi mati overdose. Eyy dah tahu mengandung usung jugak pergi office. Pergi la duduk rumah rilek-rilek , santai-santai. Ni tidak , datang menyusahkan orang ada la." Dalam kepenatan Amelia boleh lagi berhujah panjang kepada Arayyan. Contoh orang tersakiti yang dah lama pendam sekali ungkapkan meledakss kaw kaw.

"Woah woah , easy girl. Takpe nanti saya marah bos awak tu. Amboi , sukati dia je belasah mawar kita ni. But please amore mio , just this time kejap je tak lama pun. Saya yakin yang awak akan suka sangat !" Arayyan meneruskan misi membodek Amelia. Dia menunjukkan thumb up tanda yakin akan kata-katanya tadi.

Amelia mengeluh dan mengambil nafas baru. Penat membebel tadi.

"Haihh fine fine ! But if I don't like it just you wait Arayyan Uqashah. You know what I can do." Amelia menjelingnya tajam. Nak protes tak boleh , boleh mengalah jelah.

Amelia dan Arayyan sibuk berborak sehingga tidak perasan ada sepasang mata , tidak dua pasang mata sedang memerhati dari pagar rumah Amelia.

"warna putih warna sudu , kenapa yang lama sangat tuu ?" Ameer bersandar di pagar sambil memerhatikan mereka berdua.

Amelia tersentak melihat abangnya berada di hadapan pagar. Arayyan hanya menayang muka seposen.

"Ish orang baru sampai jelah abang abang sekalian. Maklumlah ada hamba Allah tuu orang call nak suruh ambil tapi tak angkat." Amelia sempat memerli abangnya itu. Liat sangat kan nak bangun tidur sampaikan adik sendiri pun tak diendahkan.

Ammar hanya memandang sekeliling sambil bersiul.

"Haa salah abang Ameer bukan salah abang Ammar."

Ameer melihat Ammar kebingungan. Jelas terpancar dimukanya 'salah aku jugak ke ?'

"Dah dah buat apa tercegat dekat situ ? balik cepat , kang papa bising. Tadi dah nak datang nasib sempat halang. Amelia tu patut bersyukur tau abang kesayangan kau ni datang." Ameer tayang muka megah.

Amelia malas melayan. Dia segera berjalan menuju ke rumahnya. Amelia tahu perangai papanya kalau dah turun padang haa ceramah macam macam dia bagi. Pilihlah dari satu sampai lima engkau nak yang mana satu. Dan Amelia tahu yang papanya tidak suka akan Arayyan. Sempat dia memandang Arayyan sekilas , dia melambaikan tangannya kepada Arayyan.

Arayyan membalas semula lambaian Amelia.

"Alolo sweetnye. Macam tak jumpa setahun." Ammar melambai Arayyan seperti nada mengejek. Arayyan sekadar menjeling.

Amelia sempat memulas perut Ammar. Sakit tu hanya Allah yang tahu. Selepas Amelia berjalan masuk ke rumah , Ameer mengambil peluang mendekati kereta Arayyan.

"Bro terima kasih lah hantar adik aku. But you remember my father warning to you right ?" Ameer melihat Arayyan sudah bermuka bengang.

"Aku tahu batas aku dengan Amelia , Ameer and I will respect all her decision. Kau pun tahu aku bukan orang yang macam tu. Not someone who will violate her dignity." Arayyan sekadar membalas apa yang patut.

"Aku tahu but ugh you know my father personality. He don't want anyone to be near his only daughter. And some bad news , he want to arrange a marriage for her."

Sehabis kata Ameer itu , Arayyan menggenggam tangannya. Urat nadinya naik dan mukanya tampak marah.

"Some reminder for your father Ameer. He know who is me and he know what my power can do for your family. Don't underestimate me Ameer. Amelia only for me and mine only." Tatapan mata Arayyan yang berwarna hijau gelap itu meremangkan Ameer.

Ayah Ameer Dato' Amzar bukannya tidak mahu merestui hubungan Amelia dan Arayyan tetapi jikalau Arayyan hanyalah manusia yang biasa dan setara Dato'Amzar tidak hairan untuk merestui mereka berdua. Tetapi latar belakang Arayyan Uqashah yang hanya sesetengah orang yang tahu akannya termasuklah Dato' Amzar sendiri tahu akan bahayanya orang yang bernama 'Arayyan Uqashah'. Dia tidak mahu merisikokan anaknya sendiri , iaitu Amelia. Ameer hanya menggelengkan kepala.

"Bro your obsession for Amelia is just....haa I don't know what to say but jangan jadikan sebab benda ini keluarga kita jadi musuh Shah. Fikirkan balik demi kebaikan Amelia , demi kebaikan family kita Shah." Ameer tahu papanya melakukan itu untuk kebaikan Amelia tetapi ini menambahkan minyak di api namanya.

"I know what I do. Don't poke a venom snake unless you want something bad happening." Arayyan menyalakan keretanya semula dan terus memecut pergi.

Ameer melihat kereta Arayyan memecut pergi. Dia menggaru kepalanya dan melihat ke langit lalu berjalan memasuki halaman rumahnya.

Ammar yang melihat situasi mereka itu pergi ke Ameer yang sudah selesai berbincang ? berborak ? apa apa jelah.

"Kau sembang apa lama sangat dengan Shah tu Ameer ?" Ammar berjalan seiring dengan Ameer.

"Haih , kau tahu-tahu jelah Am. Shah tu orang yang macam mana." Ameer mengeluh.

"Macam mana ?" Ammar menyoal.

"Ish kau ni Am ! Dahlah serabut dah kepala otak aku ni bersembang dengan kau. Daripada aku bersembang dengan kau baik aku main PC aku." Ameer menghentakkan kakinya dan membuka pintu rumahnya dengan kuat seterusnya menutupnya macam nak bagi runtuh rumah.

"Lah emo pulak. Dah aku tak tahu aku tanye la." Ammar mengambil lolipop daripada poketnya dan membuka plastik lolipop itu lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Dia hendak membuka pintu rumahnya tetapi bibik berjaya mengejutkannya di depan pintu. Nasib tak kena heart attack.

- continued -

Ma Darling Sweetheart's : Arayyan Uqashah ✓Where stories live. Discover now