"Abang Am."Ammar menjongket kening. Dia memusingkan kepala menghadap adiknya. Menunggu soalan yang ingin ditujukan kepadanya.
"Adik ni tak cantik ke?" tanya Amelia.
Terletus ketawa garau Ammar. Amelia menjeling abangnya tajam lalu mencubit pinggangnya. Ammar mengaduh kesakitan.
"Aduh kau ni mak lampir, walaupun kau annoying kau lah adik aku yang paling cantik sebenarnya. Lelaki mana yang kata kau tak cantik ni? meh aku nak belasah." balas Ammar. Dia kembali fokus memandu.
"Takde lah. Cuma perempuan yang ada dengan Ar tadi tu muka dah la serupa skang mekap tebal pulak tu. Ar ni memang typical nak perempuan yang seksi jeke? tak suruh perempuan tu tengok cermin dulu?" bebel Amelia.
Letus ketawa garau Ammar buat kali kedua. Lepas break pun boleh jadi lagi eh nak membahan?
"Abang Am ni kerja gelak je. Patut la perempuan taknak dekat dengan abang Am. Cakap sikit gelak, cakap sikit gelak. Mesti orang ingat abang Am sakit mental." Amelia menjeling abangnya.
Ammar menggosok kepala Amelia dengan kuat. Habis tudung adiknya itu senget benget.
"Apa abang Am ni!" Amelia menepis tangan Ammar.
"Ikut suka kau je kata aku sakit mental. Tinggal tepi jalan nanti baru tahu." Ammar menekan minyak keretanya dan memecut laju. Amelia sedikit lagi mahu tersungkur ke depan. Tak guna punya abang!
Ammar ketawa melihat muka adiknya yang sudah berubah masam. Masam kalahkan pekasam.
"Kalau kau buat muka masam tu lagi hodoh, Lia. Baik kau jangan buat." kata Ammar selamba.
Amelia tayang muka seposen.
"Ikut abang Am lah nak kata apa, Lia malas nak layan." Amelia melontarkan pandangannya ke luar tingkap.
Sakit hati mengenangkan apa yang Arayyan sudah buat kepadanya. Dikhianati cintanya begitu sahaja. Ditinggalkan dengan sekelip mata oleh orang yang dicintainya. Tubir mata Amelia mula berair. Dia melentokkan kepalanya di cermin tingkap kereta Ammar.
"Kau jangan sapu hingus kau dekat cermin kereta aku pulak. Habis kesayangan aku kotor nanti."
"Mana ada lah!" marah Amelia.
Ammar sekadar ketawa. Dia hanya mahu melihat adiknya gembira, tersenyum riang. Bukan sedih seperti ini.
"Kau janganlah menangis Lia. Nanti aku sedih juga tengok kau, sob sob...."
"Abang memang kebulur nak makan jari ketam Lia ke apa ni?" satu jelingan diberikan kepada Ammar.
"Alah kau ni, aku baru je nak buat drama pukul 7 dengan kau. Betullah apa aku cakap, Lia. Jangan sedih sangat, nanti berkedut muka kau sebab selalu menangis." bebel Ammar.
"Diamlah! abang Am saja nak menambahkan sakit hati Lia, kan?"
"Eh! mana ada. Abang sayang dekat adik abang ni tau, sayang ketat-ketat!"
Amelia menayang muka menyampah. Tetapi hatinya tersentuh dengan abangnya yang berusaha untuk gembirakannya. Amelia tersenyum.
"Ha, senyum kan cantik? Lia kalau senyum, senyuman Lia paling cantik dalam dunia ni!" balas Ammar ceria.
Amelia ketawa riang. Kelakar melihat gelagat abangnya.
"Dahla abang Am, abang Ameer pergi mana? takkan kerja lagi?" tanya Amelia.
"Haih, kau pun tahu yang dia memang workholic kan? dalam kepala dia fikir kerja, kerja and kerja aje!" bebel Ammar.
Amelia hanya mengangguk. Memang betul kata Ammar, dia tidak begitu rapat dengan Ameer memandangkan Ameer tidak selalu berada di rumah.
"Abang Am." panggil Amelia.
"Ye adikku tersayang, nak ape lagi?" perkataan tersayang ditekan.
Amelia menjeling abangnya. Seketika, dia mengeluh. Kemudian, dia mengedipkan matanya menatap Ammar.
"Abanggg....." meleret Amelia memanggil Ammar.
Ammar memandang adiknya sekilas. Kemudian dijongketkan keningnya.
"Kau mesti nak minta something kan?" teka Ammar.
"Pandai pun abang Am!"
"Kau nak apa? memandangkan aku baik hati harini aku boleh belikan apa je kau nak kecuali benda yang aku tak mampu." mata Ammar masih tumpu memandu.
"Lia nak aiskrim vanilla plus mint!"
"Okay, ma'am."
Amelia bersorak keriangan.
Ammar memecut keretanya menuju ke 7e untuk membeli aiskrim kepada adiknya. Untuk adiknya, dia hanya mahu melihat senyuman terukir di bibirnya. Cukup melihat adiknya bahagia, dia juga sudah bahagia.
°°°
Arayyan menggempal tangannya dengan kemas. Shit! darah di mulut dibiarkan mengalir. Dia menatap lelaki itu dengan tajam.
"Aku dah penat lah dengan semua ni. Kau cari orang lain lah, aku dah taknak buat kerja gila kau." tutur Arayyan.
"Aku pilih kau. Jadi, kau kena jalankan arahan yang aku buat Arayyan Uqashah." kata lelaki itu sinis.
Arayyan manatapnya dengan lama. Kalau bukan disebabkan lelaki itu memegang harta terakhir ibundanya, tidak ada dia mahu jejakkan kakinya ke sini.
"Fine."
Lelaki itu menjongketkan keningnya.
"Aku akan buat. Tapi, lepasni aku dah taknak terlibat langsung dalam kerja gila kau. Jangan munculkan diri langsung dalam hidup aku."
Ketawa lelaki itu bergema di dalam rumah banglo itu.
"Fine, if you say so..."
Arayyan mengeluh lemah. Terpaksa bukan kemahuan.
"Lepas kau jalankan apa yang aku suruh buat, baru aku bagi loket mama."
"Kalau kau mungkiri, aku tak teragak-agak untuk bunuh kau." bidas Arayyan.
Lelaki itu tersenyum sinis.
"Deal?"
"Deal."
"Apa tujuan kau buat semua ni?"
Lelaki itu menatap Arayyan dengan lama sebelum membuka mulutnya.
"Aku nak balas dendam. Dendam dekat orang tua tu, yang bunuh mama. Aku sendiri yang akan bunuh dia dengan tangan aku sendiri." tutur lelaki itu. Menahan amarah.
"Tapi bukan dengan cara ni."
"Aku tahu apa aku buat, Arayyan." tegas lelaki itu.
Arayyan mengeluh.
"Kau kena cari barang itu saja, aku tak minta banyak. Lepas kau dapat apa yang aku nak, aku bagi balik loket ni." lelaki itu menunjukkan loket itu dihadapan Arayyan.
"Kau boleh pergi. Tempoh masa kau selama sebulan."
Arayyan menatapnya tajam kemudian mengeluh panjang.
"Okay."
Arayyan mengemaskan pakaiannya dan keluar dari rumah banglo itu. Darah yang berada di mulutnya disapu kasar. Tak sangka harta ibunya yang selama ini dicari ada pada lelaki itu.
"Kau memang sial, Afayyen."
YOU ARE READING
Ma Darling Sweetheart's : Arayyan Uqashah ✓
Romance"I love you, Amore Mio." - Arayyan Uqashah "I love you too, Ar." - Amelia Amanda pertemuan yang tidak dijangka mengukir cinta di dalam hati mereka. Selalu dikategorikan sebagai pasangan serasi dan sangat sesuai antara satu sama lain. Namun... "you a...