bab 3

479 7 0
                                    

"ughhh... another day another life." Amelia sempat mengeliat di atas katilnya. Sungguh dia berasa bahagia seketika kerana harini dia tidak bekerja. Penat nak hadap muka boss , penat lagi nak mengadap kerja kerja yang bossnya bagi.

Amelia turun dari katilnya dan berjalan menuju ke tandas. Dia membelek belek mukanya yang terpapar di dalam cermin dan mengosok pipinya yang tampak sedikit tembam.

"Eyy... tembamnya aku. Nak kata aku diet sebenarnya aku diet dah. Apa yang kureng ? Hmm cepatnya naik berat. Jenuh la nak kena diet setiap hari. Tak merasa makanan favorite aku nanti." Amelia menggumam pada dirinya sendiri.

Dia melihat skincare products nya yang tersusun elok di dalam satu rak besar. Amelia memulakan skincare routine untuk mukanya.

"Hm takpelah. Yang penting skincare paling perlu diutamakan sebab I want to be beautiful for myself. Yelah standard beauty dekat Malaysia ni kan tinggi. Lelaki selek dekat luar tu bukannya elok sangat pun nak beauty standard tinggi konon. Kot ler muka hensem macam mat salleh aku tak kesah." Amelia sempat membebel sambil memakai skincare nya.

Selepas membasuh mukanya , Amelia terus membersihkan dirinya.

"Siapa yang whatsapp aku ni ?" Dia membelek peti mesejnya yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali.

whatsapp

unknown number :
just you wait Amelia Amanda. You will get
your punishment for what you have done.
Just you wait !

"Anak sape pulak ni ?" Amelia menggaru kepalanya yang tidak gatal tetapi pada masa yang sama , dia berasa remang seluruh tubuh badannya. Siapa pula yang berdendam dengannya kalini ? nak kata pernah cari gaduh , keluar rumah pun malas ini kan nak bergaduh dengan orang. Just a waste of time.

Amelia cuba untuk berfikir siapakah gerangan manusia ini tetapi tidak berjaya.

"Amelia Amanda ! turun makan ni sayang. Pukul berapa pulak yang kamu nak makannya ? dah nak tengah hari ni. Nanti lapar pula kamu nanti. Tak lapar ke sayang ?" Puan Azreena menjerit memanggil anak daranya itu untuk turun makan. Memandangkan dah nak tengah hari.

"K-kejap bonda ! Lia nak turun dah ni. Just a few seconds !" Amelia mengemas tempat tidurnya dan bergegas turun ke tingkat bawah. Bonda kalau dah berbunyi tak turun jugak dia yang naik nanti sakit kau kena.

"Assalamualaikum bonda good morning !" Amelia menyalam tangan bondanya dan menayang senyumannya. Dalam rumah ni memang dah ditetapkan kena sapa papa dengan bonda tak kira la waktu bila kalau terserempak.

"Hm waalaikumsalam. Good morning lah sangat. Haa makan cepat. Nanti dah sejuk tak sedap pula Lia nak makan." Puan Azreena sempat membebel anak daranya itu.

"Hehe okay okay. Bonda janganlah marah. Lia terlajak tidur je. Yelah kan Lia cuti harini. Penat sangat..." Amelia mengambil tempat duduk bertentangan dengan bondanya.

"Haih bonda dah cakap kerja dengan papa kamu , kamu tak nak. Nak sangat kerja dengan orang lain." Puan Azreena menggelengkan kepalanya.

"Takpelah bonda. Lia cari pengalaman baru. Lagipun ada abang Ammar dengan abang Ameer boleh bekerja dengan papa tu. Takkan dua ekor tuu tak boleh nak handle kot ? mesti boleh punya." Amelia menjongket keningnya.

"Okay je mereka berdua tu. Bonda cakap ni sebab tengok Lia ni makin hari makin lambat balik kerja. Risau bonda tau." Puan Azreena menunjukkan kerisauannya kepada anak daranya itu. Mak mana yang tak risau.

Ma Darling Sweetheart's : Arayyan Uqashah ✓Where stories live. Discover now