bab 17

134 6 0
                                    

"Lia nak order apa-apa lagi ke? Abang dah nak keluar ni...." Ameer menyarung jaketnya yang tergantung elok di belakang pintu.

"Hmm, tak. Takde dah. Itu aje yang Lia nak. Tapi, ada ke dekat Turki ni nasi kerabu abang? Macam takde harapan pun...." Amelia bercekak pinggang. Kalau duduk Malaysia ni, depan rumah kau pun boleh muncul depan mata nasi kerabu. Nasi kerabu memang nasi kegemaran yang paling orang tak boleh disangkal. Paling on top lah!

"Abang cuba nasib. Kut dapat merasa. Itu pun dah okay." Ameer cuba meyakinkan adiknya. Walaupun dia juga tidak tahu ada ataupun tidak nasi kerabu di negara ini.

"Kenapa tak beritahu bonda yang korang nak makan nasi kerabu??"

Ameer dan Amelia menoleh. Puan Azreena sedang mengenakan apron miliknya sambil memegang senduk.

"Bonda boleh je nak buat. Takkan tak tahu bonda ni asal negeri mana?" Puan Azreena menyilangkan tangannya.

"Haahlah! Bonda orang Kelantan...." Amelia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Allahu..... Ameer pun terlupa..." Ameer menepuk dahinya.

"Haa eloklah tu anak-anak bonda ni muda lagi dah nyanyuk. Bonda yang makin menua ni pun ingat lagi makan pakai kamu apa." Puan Azreena menggeleng kepala.

Amelia ketawa kecil.

"Patik minta ampun beribu-ribu ampun wahai permaisuri rumah..." Ameer membuat gaya hormat kepada bondanya.

Amelia sudah tidak dapat menahan ketawanya daripada meletus.

"Ish! main-main ya Meer! Nanti ada juga melekat senduk ni dekat kepala kamu." Puan Azreena menuding senduk ke arah Ameer.

Ameer melangkah ke belakang sedikit demi sedikit. Takut terkena senduk ajaib bondanya.

"Dah dah.... Nah beli bahan ni. Nanti bonda masakkan. Amelia pun nanti tolong bonda sekali ya?"

"Hah?!" Amelia sedikit terkejut.

"Apa 'hah'? anak dara kena tolong jenguk dekat dapur juga..."

Ameer yang berada di belakang Amelia sekadar ketawa. Mungkin adiknya itu terkejut sebab bondanya meminta untuk membantu di dapur. Selalunya bonda tidak benarkan sesiapa memasuki dapur semasa dia memasak. Takut skill terganggu katanya. Amelia menjeling abangnya yang mengekek ketawakannya. Dia membuat gaya penumbuk kepada Ameer.

"Tumbuk nanti baru tahu." Amelia menghentakkan kakinya sambil berjalan pergi ke dapur.

"Ganasnya adik ni. Nanti takde sesiapa nak masuk minang adik sebab adik garang sangat. Lama-lama suami yang lari nanti." Ameer mengusik Amelia. Suka sangat dia untuk mengenakan adiknya itu.

"Ish! bonda, tengok abang Ameer ni!" Amelia menuding tangannya ke arah Ameer.

"Penat dah tengok, Lia. Dari baby sampai ke tua bangka bonda selalu tengok." Kata Puan Azreena. Berloyar buruk.

Amelia mendengus geram. Ameer semakin kuat ketawanya. Sampai bertepuk perut sendiri.

"Dahlah! nak pergi dapur. Rimas dengan abang ni!" Amelia menjelir lidah kepada Ameer sebelum berlari anak ke dapur.

"Eh, Lia! nanti tolong gerakkan Ammar bangun solat zohor. Dah nak habis waktu ni!"

"Baik bonda!"

Puan Azreena hanya menggeleng kepala melihat gelagat anak daranya. Dia memandang Ameer dari atas hingga bawah.

"Ha, Meer? tercegat apa lagi dekat sini? pergi beli barang cepat!" Arah Puan Azreena. Tak habis-habis mentertawakan adiknya. Sudah la anak daranya itu hati tisu. Maklumlah anak bongsu.

Ma Darling Sweetheart's : Arayyan Uqashah ✓Where stories live. Discover now