bab 5

307 6 0
                                    

"assalamualaikum." Dato'Amzar dan Ameer memberi salam sebelum memasuki rumah.

Kenapa diam semacam je rumah ini ? Selalunya bising sebab Ammar dengan Amelia selalu bertekak. Memang diorang ni tak sebulu. Dato'Amzar menanggalkan kot dan tali lehernya.

Ameer melihat sekeliling rumah. Asal senyap sangat ? Selalunya Amelia yang menyambut kedatangannya kalau waktu dia kerja, Amelia cuti.

"Bonda ! Kami dah balik ni..." Ameer menjerit di dalam banglo milik papanya itu. Kut lah bonda tidak mendengar bunyi enjin kereta masuk perkarangan rumah atau terlena.

"Eh, dah balik rupanya ! Ingat ke taknak balik." Ammar berjalan ke arah mereka. Dia datang dari ruang tamu, yelah bosan main game sahaja. Tengok tv pun boleh lah. Ammar menyalam tangan Dato' Amzar.

"Hah, mengada kau. Kitaorang busy buat kerja, bukan macam kau duduk dekat rumah. Nanti kau masuk office, file bertimbun timbun atas meja kau. Buat sebelum next week okay ?" Ameer bercekak pinggang di hadapan Ammar. Penat bekerja seharian. Dato'Amzar hanya mengangguk mengiyakan kata kata anak sulungnya itu.

"Lah....papa yang bagi cuti, kita pulak yang kena." Ammar sambung memakan keropok kentang yang berada di tangannya. Redha jelah kerja bertimbun, nak buat macam mana lagi ?

Ameer mengendahkan adiknya itu. Terpaling mengada Ammar lah, cakap pandai. Ameer menjenguk ke tingkat atas. Bonda tidur ke apa ?

"Mana bonda ?" Tanya Ameer kepada Ammar.

"Tengah solat."

"Ohh....Amelia ?" Tanya Dato' Amzar pula.

"Err....tanyalah bonda, Am taknak jawab. Nanti tak pasal pasal kena cubit lagi dengan budak tu. Sakit tau !" Ammar mengangkat sedikit bajunya untuk menunjukkan bekas cubitan yang berada di perutnya. Tinggal bekas nak oii !

"Eleh...takut adik apa cerita ?" Ameer mengejek Ammar.

"Kau try kena sekali." Ammar mencabar Ameer.

"Ish dahlah kamu berdua. Papa nak naik atas kejap, nak tengok bonda. Kut ada Lia sekali." Dato' Amzar segera menuju ke lif untuk ke tingkat atas.

"Sayang ?" Dato' Amzar membuka pintu biliknya dan memanggil Puan Azreena yang sudah selesai menunaikan solat.

"Abang dah balik ? Minta maaf ya abang sebab tak sempat nak menyambut. Baru aje nak solat." Puan Azreena pergi mendapatkan tangan suaminya untuk disalam.

"Hm, it's okay. Mana Amelia sayang ? Abang cari dulu dekat bilik dia tak ade pun. Cari dekat sini pun tak ade juga, pergi mana budak tu ?" Dato' Amzar melihat sekeliling jika dia tersilap pandang, ya anak daranya memang tidak ada.

"Abang ade berahsia dengan saya kan ? Amelia dah berterus terang dengan saya, dia ada cinta hati dia. Dah dekat dua tahun bang, dua tahun. Abang tahu semua ini kenapa tak bagitahu saya ?" Puan Azreena melihat muka suaminya. Dia berjauh hati sedikit.

Dato' Amzar tersentak.

"Sayang dah tahu ? Abang minta maaf sebab rahsiakan benda ni. Tapi, sayang tak tahu selebihnya tentang lelaki yang bersama Lia sekarang ini. Dan Lia juga tidak tahu rahsia terbesar yang disorok oleh lelaki tu. Abang cuba sedaya upaya pisahkan mereka berdua, tapi haih....anak dara kita tu, bukannya nak dengar cakap saya. Setiap kali abang nak berbincang pasal topik ni mesti dia mengelak." Dato' Amzar melepaskan keluh yang berat.

"Apa ? Rahsia apa ni ? Kenapa nak pisahkan mereka berdua ?" Puan Azreena sedikit keliru.

Dato' Amzar memegang tangan isterinya dengan erat.

"Dia adalah-...."

"A-astaghfirullahalazim. Macam mana Lia boleh terlibat dengan lelaki macam tu ?" Puan Azreena sudah mengalirkan air mata. Dato' Amzar segera memujuk isteri tercintanya itu. Selepas membongkarkan rahsia yang sudah lama disimpan, isterinya perlu juga tahu akan kebenaran disebaliknya.

Ma Darling Sweetheart's : Arayyan Uqashah ✓Where stories live. Discover now