bab 7

261 7 0
                                    

Sinaran cahaya melalui tingkap biliknya itu menyedarkannya dari tidur. Matanya terkedip-kedip oleh kerana silau cahaya yang menerkam ke dalam anak matanya. Dia bangun dari tempat tidurnya dan menggosok kedua matanya. Dia melihat sekeliling dan menenung persekitaran biliknya.

"Amelia....." Amelia mendengar suara yang dapat dikenal pasti olehnya. Dia menoleh ke arah pintu yang dikuakkan sedikit olehnya.

"B-bonda.." Amelia memaksakan dirinya untuk tersenyum manis dihadapan bonda tercinta.

Puan Azreena melangkah masuk dan mengambil tempat bersebelahan dengan anak daranya itu. Ditepuk sedikit lalu digosok perlahan belakang badan anaknya.

"Lia dah okay ke?" tanya Puan Azreena. Prihatin.

Amelia memandang wajah bondanya. Dilihat dengan teliti muka bondanya yang memang sangat merisaukan dirinya. Dirinya sekarang diserbui rasa bersalah.

"Lia okay. Papa mana, bonda?" Amelia terus bertanyakan keberadaan Dato' Amzar.

Puan Azreena mengeluh panjang. Faham benar dengan sikap satu-satunya anak perempuannya ini. Ditanya, jawab sepatah. Topik lain pula ditukarnya.

"Lia taknak bagitahu bonda ke fasal semalam?" Puan Azreena mengusap tangan Amelia.

Amelia diam sejenak. Dia memicit kepalanya yang berdenyut.

"Bonda, can you give me some times to think about it? I really need it. Lia pun sekarang tak tahu apa yang dah jadi so, can you?" Amelia melihat wajah bersih bondanya. Berharap yang dia faham akan situasi sekarang.

Puan Azreena tersenyum lalu mengangguk. Berpuas hati anaknya bersikap jujur dan meluahkan isi hatinya. Dia berdiri sambil menghadap ke arah Amelia. Amelia terkebil-kebil melihat dirinya yang sedang berdiri.

"Sure, sweety. Thanks for being honest with me. Bonda tahu Lia perlukan masa sendirian," Puan Azreena mengusap kepala Amelia.

Amelia mengangguk mengiyakan kata bondanya. Dia turut berdiri dan mengucup lembut dahi bondanya.

"Terima kasih, bonda." sempat dipeluk badan orang tua itu sebelum rangkulan mereka dilepaskan.

"Sama-sama sayang. Kalau ada apa-apa panggil aje bonda. Bonda ade dekat bilik," Puan Azreena bergerak hendak ke biliknya untuk membersihkan diri memandangkan dia sudah sibuk sejak pagi tadi mengemas rumah.

Pintu bilik itu ditutup dengan rapat dan keadaan bilik itu kembali senyap. Setelah tidak terdengar lagi derupan kaki bondanya, dia kembali duduk di atas katilnya. Air mata mula membanjiri pipi mulusnya itu dan dibiarkan mengalir. Dia memang sangat kecewa, sungguh kecewa yang teramat.

Maafkan Lia bonda. Bisik Amelia.

Dia sebenarnya tahu akan kejadian yang menimpanya. Dalam situasi Arayyan ingin membuatnya pengsan, pukulan di lehernya tidak kena dengan tepat memandangkan dia memakai scarf tebal yang terlilit di tengkuknya. Amelia hanya berpura-pura pengsan oleh kerana bersangka yang Arayyan sekadar bermain-main dengannya.

Sungguh tidak disangka kejadian yang menimpanya menerangkan kenapa papanya selalu tidak ingin dirinya berjumpa dengan Arayyan. Dan situasi itu juga membuatnya tersedar kenapa papanya begitu anti dengan Arayyan.

Amelia menangis sepuas-puasnya. Hatinya terlalu sakit seperti disiat-siat dengan pisau. Dua tahun Arayyan menipunya, mungkin juga berpura-pura mencintai dirinya. Dadanya sesak, sungguh.

"Ar, I trust you with all my heart and you're the first person who melt my heart. Knowing the truth makes my heart ache..." terketar-ketar suara Amelia menuturkan kata-kata pada diri sendiri. Sungguh terkesan dengan apa yang berlaku.

Ma Darling Sweetheart's : Arayyan Uqashah ✓Where stories live. Discover now