"Hmm~..."
Amelia bernyanyi keriangan. Selepas dua minggu bercuti, akhirnya dapat juga dia masuk kerja! walaupun kena menghadap boss cerewetnya itu, tetapi dia tidak kesah. Bosan gila waktu cuti tak buat apa. Hanya makan tidur lepastu bangun dan ulangi benda yang sama. Mungkin sudah terbiasa melakukan kerja itu yang rasa pelik bila berhenti bekerja seketika.
"Selamat pagi, kak Lia." sapa satu suara.
Amelia menoleh. Dia tersenyum manis ke arah gadis itu.
"Good morning too Alia! how's your holiday?"
"Okay aje, akak. Tapi bosan tu ada lah juga. Mungkin kemaruk rindu dekat boss kut?" balas Alia. Tersenyum manis dia kepada Amelia.
Amelia ketawa. Mungkin otak mereka sudah dapat memikirkan perkara yang sama. Bosan duduk rumah!
"Sama lah kita Alia. Saya pun bosan duduk rumah. Bangun tidur, makan dan tidur balik. Tak ke gemuk saya lepasni?"
Alia tergelak kecil.
"Mana ada kak Lia, saya tengok elok aje lagi badan akak ni? nampak lagi cantik!" puji Alia.
Kalau datang orang puji ni, kembang kempis saja hidung Amelia. Dia berdehem.
"Ada saja yang nak dipuji, Alia. Dah, jom masuk! nanti tak fasal kena ceramah free dengan boss."
"Haah, betul juga tu kak Lia. Jom!"
Mereka beiringan berjalan memasuki syarikat itu.
"Boss suruh kau buat benda ni." dia menghempap fail itu di atas meja Amelia. Amelia melihatnya hairan. Ini macam nak makan orang dah kenapa?
"Okay." balas Amelia. Ringkas. Dia terus memandang laptopnya untuk sambung melakukan kerja.
Gadis itu menyilang tangan. Dia menatap tajam ke arah Amelia.
"Boss suruh buat sekarang!" tengking gadis itu.
Amelia tersentak. Dia memandang gadis itu semula. Eh, dah kenapa minah ni?
"Nanti lah aku buat. Kau dah kenapa, Lily? aku tahu la kerja aku!" marah Amelia semula.
"Kalau dah suruh buat sekarang tu, sekarang la! aku ada jawatan tinggi lagi dari kau so kau kena dengar arahan aku!" kata Lily dengan sinis.
Amelia bangun dan menghentak tangannya di atas meja kerjanya. Ini dah melebih ni! ada jawatan tinggi ke tidak dia tidak kesah asalkan kerjanya sentiasa tepat pada waktunya. Mata semua orang di situ meliar melihat mereka berdua.
"Eh, minah. Aku tahu kerja aku dan aku tahu apa aku buat. Aku buat kerja or aku tak buat bukan masalah kau. Pangkat kau tinggi tapi otak letak bawah buat apa? boss pun dah tetapkan yang kerja mesti siap sebelum pukul 5 petang ni kan? so kau ada masalah nak bangkang aku? asal eh nak cari gaduh bila kau jumpa aku? aku rasa tak pernah pula aku kacau kau. Kau period eh?" bidas Amelia panjang lebar.
Lily memandang Amelia tajam. Dia mengangkat tangan untuk memukul Amelia.
"Kau memang melampau!"
Zap! tangan Lily disambar seseorang dari belakang.
"Stop it, Lily. I have seen enough." kata lelaki itu. Dingin.
"D-danish?"
"Yes I am." tegas Danish.
Danish melepaskan pegangan di tangan Lily. Dia berlari anak meninggalkan Amelia dan Danish di situ. Mata pekerja yang lain juga sudah beredar melakukan kerja mereka memandangkan tiada lagi adegan yang akan berlaku.
YOU ARE READING
Ma Darling Sweetheart's : Arayyan Uqashah ✓
Romance"I love you, Amore Mio." - Arayyan Uqashah "I love you too, Ar." - Amelia Amanda pertemuan yang tidak dijangka mengukir cinta di dalam hati mereka. Selalu dikategorikan sebagai pasangan serasi dan sangat sesuai antara satu sama lain. Namun... "you a...