"Abang Am! oooo abang Am!"
Aik? mana pula abangnya pergi? Amelia mencari di setiap bilik tetapi tiada langsung jejak Ammar.
"Bonda?"
Lah? Bonda pun hilang juga ke? Pergi mana pulak dah. Amelia mengambil langkah ke arah dapur pula.
Krang! Prang!
Amelia berhenti bergerak seketika. Dia tak salah dengar kan? Hatinya kuat mengatakan ada yang tidak kena.
"Kenapa berhenti?"
Amelia tersentak. Hatinya berdegup kencang. Dia perlahan-lahan menoleh ke belakang. Ditegup air liur kelat.
"You need to sleep now, sweetie."
Pak!
°°°
Arayyan mengangkat telefonnya yang sejak dari tadi berdering. Nombor yang sama, orang yang sama. Malas dia mahu melayan tetapi diangkat sahaja. Mungkin dia boleh bertanyakan khabar Amelia sekali.
"Kau kenap-"
"Arayyan Uqashah!" Jerit Ammar dengan kuat.
Arayyan menjauhkan sedikit telefonnya dari telinga. Bertuah punya budak.
"Kau dah kenapa Ammar? menjerit macam orang gila..."
"Amelia, Syah!" Dapat didengari Ammar yang sedang tercungap-cungap.
Badan Arayyan mengeras.
"Kenapa dengan Amelia, Ammar?!" Arayyan menguatkan sedikit suaranya.
"Dia, hilang! aku baru balik dari kerja. Aku hairan sebab pintu tak berkunci. Sekali aku buka pintu rumah memang bersepah teruk gila, and more importantly Amelia gone!" Dapat didengari suara Ammar yang kian serak itu.
Arayyan mengeluh kasar.
"Kau rasa diorang ke yang ambil adik aku?" tanya Ammar. Sempat dikerling rumahnya yang memang sangat bersepah itu.
"Siapa lagi kalau bukan dia." Arayyan menggepal tangannya.
"Kau tolong aku Syah. Bawak balik adik aku. Aku dah tak sanggup lagi tengok dia luka, cedera. Sumpah. Aku tak sanggup."
Arayyan meraut mukanya kasar.
"Kau tunggu aku. I'll be there. Sementara tu kau call Ameer dulu."
"Okay."
Butang merah ditekan.
"Arghhh!"
Arayyan menolak kertas-kertas yang berada di atas meja kerjanya. Semuanya bersepah di atas lantai. Dia berjalan mundar-mandir dan melihat ke arah tingkap besar di office nya itu.
"Kau memang nak mati."
Pen yang dipegang Arayyan sudah patah gara-garanya. Marah? Geram? Semuanya bercampur.
Arayyan mengambil jaket hitamnya yang tergantung kemas di atas kerusi dan dia segera keluar dari bilik kerjanya.
°°°
YOU ARE READING
Ma Darling Sweetheart's : Arayyan Uqashah ✓
Romance"I love you, Amore Mio." - Arayyan Uqashah "I love you too, Ar." - Amelia Amanda pertemuan yang tidak dijangka mengukir cinta di dalam hati mereka. Selalu dikategorikan sebagai pasangan serasi dan sangat sesuai antara satu sama lain. Namun... "you a...