bab 16

174 9 1
                                    

Amelia merenung ke luar tingkap kapal terbang. Apa yang dilihat olehnya ialah awan-awan yang berkepul membentuk bentuk kucing. Amelia ketawa kecil.

"Amore Mio. Look at the sky. It is shaped like a cat. It's just look like you. Spoiled and fierce girl I have ever meet."

"Argh..."

Amelia memegang kepalanya. Kepalanya berdenyut tidak berhenti. Mahunya dia buang sahaja kepalanya itu daripada merasakan kesakitan yang dialami.

"Hei! Amelia Amanda!"

"Hah?"

Jelas riak risau memenuhi muka Ammar. Sudah dipanggil beberapa kali, tidak dihiraukan panggilannya itu.

"Lia dah kenapa ni? abang Am panggil banyak kali tadi. Kenapa tak menyahut?" Ammar dapat mengagak yang dari lapangan terbang lagi Amelia seperti ini.

"S-sorry abang Am.... Lia, teringat sesuatu..." Amelia masih memegang kepalanya.

Ammar sedikit terkejut. Bagaimana kalau adiknya ingat akan lelaki itu?

"Lia ingat apa?" Ammar berlagak tenang. Dia bertanyakan akan apa yang diingati oleh adiknya.

"I don't know his face. Lia cuma ingat suara. Suara dia selalu muncul setiap kali Lia ingat tempat yang pernah Lia pergi...." Muka Amelia berkerut menahan sakit yang masih tidak hilang.

Ammar menghembus nafas lega. Biarlah adiknya itu tidak mengingati jejaka itu asalkan adiknya bahagia tanpa ada rasa sakit.

"Lia okay ke tak ni?" Ammar segera mengambil ubat milik Amelia di dalam beg galasnya.

Amelia menggeleng kepala. Kepala masih berdenyut sakan.

"Nah ubat. Lia jangan skip makan ubat. Kena makan setiap hari. Kan dah sakit tu..." Ammar menyuakan sebiji ubat kepada Amelia.

"Tak sedap laa abang Am...." Amelia membuat muka.

"Sedap ke tak sedap ke itu lain kira. Yang penting kena makan, ikut apa yang doktor suruh." Tegas Ammar.

Amelia menjeling Ammar. Kemudian mengeluh lemah.

"Yelah, yelah. Bak sini."

"Nah." Ammar meletakkan ubat di atas tapak tangan Amelia.

Amelia memasukkan ubat ke dalam mulut seterusnya meminum air mineral yang diberi oleh Ammar sebentar tadi.

"Haa gi tido ubat tu mengantuk sikit kan?"

Amelia mengangguk.

"Nanti dah sampai abang Am kejut."

Amelia hanya mengangguk. Matanya sudah penat untuk dibuka. Akhirnya dia terlelap tanpa disedari.

"Tidur dah budak ni?" Puan Azreena mengusap kepala anak daranya.

"Yelah bonda. Baru lepas telan ubat. Ubat tu mengantuk." Terang Ammar.

"Hmm. Biarlah dia rehat. Penat sekali tu. Am jangan gatal pergi kacau dia pulak..." Kata Puan Azreena memberi amaran kepada Ammar.

"Uish! bonda ni. Ke situ pula. Takde kacau lah. Bawa bencana ada la kalau kacau budak ni." Dapat Ammar bayangkan adiknya itu mengamuk dalam kapal terbang ini. Dengan menjeritnya. Ngeri!

Puan Azreena sekadar ketawa. Tahu sangat perangai Amelia ini.

°°°

"Woohooooo!" Prince menunggang motosikal milik Joker dengan laju.

"Woi! kau bagi rosak kesayangan aku, memang lingkup aku kerjakan kau!" Tegas Joker. Memberikan amaran kepada Prince.

Prince mendengus.

Ma Darling Sweetheart's : Arayyan Uqashah ✓Where stories live. Discover now