"Kau ni kenapa? Muka masam
je dari tadi" tanya Sofia."Aku tak faham la, ada sorang mamat ni dia asyik kacau aku je tau" keluh Bella.
"Ohhh" balas Sofia ringkas.
"Ohhh je? Ohhh je? Tu je yang kau mampu cakap di saat member kau tengah kesusahan dalam meniti arus kemodenan yang serba canggih ini?"
Sofia menepuk dahinya.
"Kalau kau merepek lagi, maksudnya kau dah tua" ujar Sofia.
Terus terdiam Bella dibuatnya. Mana mungkin nak mengaku yang diri kita ni tua, padahal baru 22 tahun hidup.
"Kau betul ke dah tak nak accept mana-mana lelaki lepas ni?" tanya Sofia.
"Yup, aku nak jadi forever alone" balas Bella dengan penuh bangga.
"Haah, forever alone, biar kau nanti merempat kat rumah orang-orang tua baru tahu"
"Ala, kita kan bestfriend, nanti suruhlah bakal anak-anak kau hantar kau pergi rumah orang tua, nanti aku ada geng"
Sofia hanya mampu menggelengkan kepala.
"Kesenduan kau memang tak boleh nak dibendung dah ni"
"Dah lah tu, aku lapar. Jom makan"
"Okay, kau belanja yeay"
"Aku single takleh nak belanja, ha kau lah belanja"
Ingin saja Sofia menyiku kepala Bella.
"Kau ingat aku taken ke ha? Aku pun single lah huhu"
"Kalau macam tu kita suruh pak guard belanja jomm"
"Haah, suruh lah dia belanja, jap lagi kita kena halau baru kau tahu" balas Sofia.
"Satu hari nanti, hati kau akan terbuka jugak untuk someone special tu, Bella" bisik Sofia.
Semasa mereka sedang enak makan sambil membawang, ada seorang lelaki datang menghampiri mereka.
"Eh, Arabella Alyssa right?"
"Siapa ni Bella?" tanya Sofia.
"Ni lah mamat yang selalu kacau aku tu. Eh wait a second, macam mana awak tahu nama saya?" tanya Bella.
"Kita kan classmate, mana mungkin aku tak tahu nama kau kan?" balas Daniel.
"Oh ni lah lelaki yang kau selalu cerita tu eh?" tanya Sofia.
Bella menjegil ke arah Sofia.
"Wow, selalu cerita pasal aku rupanya. Ingatkan kau memang nak ignore aku sampai bila-bila" balas Daniel.
"By the way, I'm Daniel and you?"
"Sofia, best friend Bella" balas Sofia.
"Oh, Sofia. What a nice name" balas Daniel.
"Oh patutlah kau tak nak accept dia Bella, dia sweet talker rupanya. Memang bersemut lah kau hari-hari" Sofia tergelak.
"Do you mind if i sit here?"
"Duduk lah" pelawa Sofia.
"Sofia, kita mana boleh makan dengan stranger nanti parents marah" balas Bella.
"Stranger ni lah yang nanti jadi buah hati kau, betul tak Daniel?" gurau Sofia.
Daniel hanya tergelak manakala Bella masam mencuka.
"So you guys dah kenal lama lah kan?" tanya Daniel.
"Yes, kitorg berkawan sejak highschool lagi"

ANDA SEDANG MEMBACA
MEMBENCI ATAU MEMILIKI
RomanceArabella Alyssa, gadis pemalu yang mahu mengelakkan diri daripada terlibat dengan mana-mana lelaki kecuali bila perlu sahaja untuk mengelakkan dirinya daripada terus disakiti sekali lagi. Adrien Daniel Dylan, Jejaka kacuk yang tampan dan mempunyai s...