Ryan melangkah ke arah ruang tamu sambil memegang secawan kopi
sebelum diletakkan di atas meja.Daniel yang sudah duduk di atas sofa itu memandang ke arah Ryan.
"Kau tak bosan ke?"
"Bosan apa?" tanya Ryan sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Jom bercuti"
"Untuk?"
"Honeymoon lah gila. Kita asyik busy je memanjang, diorang pun dah lama sangat terperap kat rumah ni" Jelas Daniel.
"Nanti lah aku fikirkan. Kerja pun banyak lagi nak kena buat kat office tu" balas Ryan mendatar.
"Kita cuti 2-3 hari je, pastu kita sambunglah kerja balik" ujar Daniel.
"Kau kena janji yang kau akan siapkan semua kerja kau dulu, baru aku bagi green light" balas Ryan.
"Yalah yalah. Harini aku siapkan semua kerja" balas Daniel sebelum terus pergi ke pejabat.
"Kan bagus kalau kau hari-hari macam ni" bisik Ryan sebelum turut masuk ke dalam kereta dan menuju ke pejabat.
Di pejabat, Lucca, Ryan, Lorenzo dan Dino hanya memerhati Daniel yang pantas menyiapkan kerjanya.
"Dia kena sawan apa?" tanya Lorenzo kepada Ryan.
"Aku suruh dia siapkan semua kerja baru boleh pergi bercuti" bisik Ryan.
"Patutlah rajin semacam" bisik Lucca pula.
"Aku ingat, dia dah nak mati" bisik Dino.
"Aku dengar la setan, kau bisik apa?" tanya Daniel sambil merenung ke arah mata mereka.
Lorenzo dan Lucca mengangkat kedua belah tangan mereka.
"Aku tak masuk campur" balas Lorenzo dan Lucca serentak.
"Aku..Aku saja je lalu kat sini. Dengar cerita, ada Angelina Jolie lalu kat sini tadi" Balas Dino dengan muka tak bersalah nya.
"Baik korang keluar dari bilik aku sekarang, sebelum aku hilang mood nak siapkan kerja" balas Daniel sambil mengepal penumbuknya.
"Okay okay, kitorang tak kacau. Bye bye mwah" balas Dino sebelum melemparkan flying kiss kepada Daniel.
Mereka berempat keluar dari bilik Daniel dan menyiapkan kerja masing-masing.
Daniel hanya menggelengkan kepala sebelum menyambung kerja nya yang tergendala sebentar tadi.
Setelah langit hampir gelap, mereka semua pun pulang ke rumah Ryan.
Lucca, Lorenzo dan Dino tinggal berdekatan dengan rumah Ryan.
Mereka semua duduk di atas sofa di ruang tamu.
Sofia dan Bella menyambut kepulangan suami tercinta.
"Mana Daniel?" tanya Bella bila menyedari suaminya tiada dengan mereka.
"Tu, dia baru sampai" balas Ryan sambil menunjuk ke arah garaj luar.
Daniel memarkir kereta nya sebelum masuk ke dalam rumah.
Dia mengambil tempat di sofa bertentangan dengan Ryan sebelum menghelakan nafas panjang.
Bella duduk di sebelah suaminya.
"Penat semacam nampak" balas Bella.
"Mana tak penatnya, semua kerja nak kena siapkan" balas Daniel keletihan.
"Tulah, lain kali siapkan kerja on time, kan senang" balas Ryan pula.
"Kau diam. Aku dah buat kerja aku, sekarang kau pulak kena tunaikan janji" ujar Daniel.

YOU ARE READING
MEMBENCI ATAU MEMILIKI
Storie d'amoreArabella Alyssa, gadis pemalu yang mahu mengelakkan diri daripada terlibat dengan mana-mana lelaki kecuali bila perlu sahaja untuk mengelakkan dirinya daripada terus disakiti sekali lagi. Adrien Daniel Dylan, Jejaka kacuk yang tampan dan mempunyai s...