Sofia dan Bella yang sudah tiba di depan dewan hotel itu menarik nafas panjang sebelum mengehembuskan semula.
Perlahan-lahan mereka melangkah masuk ke dalam dewan yang megah itu.
Bella memakai gaun berwarna lilac manakala Sofia memakai gaun berwarna pink pastel.
Kedua-duanya terlihat sangat ayu.
"Ramainya orang" bisik Bella.
"Kita masuk slow-slow. Jangan buat masalah tau Bella" bisik Sofia pula.
Bella menganggukkan kepalanya.
Baru saja mereka melangkah masuk ke dalam dewan yang penuh dengan orang itu, mereka ditahan oleh tiga orang gadis yang merupakan kawan sekolah mereka.
"Hi, long time no see" ucap Ferla.
"H...Hi" ucap Bella.
"Korang berdua je ke yang datang? Masih single?" Tanya Rania pula.
"Er... Bukan tak boleh bawak family members ke?" tanya Bella pula.
"You really believe that? How dumb are you? It's just a joke, okay?" balas Leah pula.
"Er... Aku pergi tandas dulu lah. Tak tahan ni. Sorry" ucap Sofia kepada Bella sebelum meluru ke tandas wanita.
Bella yang mahu mengikut langkah Sofia ditahan oleh Ferla.
"Takut ke kena tinggal?" tanya Ferla.
Laju Bella menggeleng.
"Chill lah, masing-masing dah besar. Tak perlu nak takut" ucap Rania pula.
Sebelum kehadiran Daniel di sekolah rendah, Bella sering dibuli oleh tiga orang gadis ini.
Tapi setelah Daniel pindah ke Amerika, tiga gadis ini turut sama lesap.
"Guys, look at this girl. So pretty right? But still single huh?" balas Leah pula.
Ramai orang yang memandang ke arah mereka.
"Eh wait, you bukan dengan Miza ke? Mana dia eh? Dia tinggalkan you ke?" tanya salah seorang gadis di situ.
Yang lain turut tergelak.
Bella mengetap giginya menahan geram.
Bella menutup matanya perlahan sebelum seorang lelaki merangkul pinggangnya dari tepi.
"Who are you?" tanya Ferla sambil memandang ke arah lelaki tersebut.
Yang lain turut memandang ke arah lelaki yang memeluk Bella itu.
"I'm her husband" balas Daniel mendatar.
Bella terus membuka kelopak matanya sambil memandang ke arah sang suami.
"Awak" panggil Bella teruja.
Daniel membelai lembut kepala Bella yang bertutup dengan tudung itu.
"But i never see you with her" balas Leah pula.
"Sebab korang yang tak datang wedding kitorang 5 bulan lepas, kan sayang?" balas Daniel sambil memandang wajah isterinya.
Bella hanya tersenyum lembut.
Mereka yang lain agak terkejut melihat Daniel yang bermata biru itu. Sungguh kacak jejaka itu.
Daniel memegang tangan Bella sebelum membawanya duduk di kerusi.
Daniel memilih meja yang kosong kerana malas mahu melayan manusia-manusia yang jakun melihatnya itu.
"Kau kata tak boleh bawak partner, habistu ni apa sayang?" bisik Daniel di telinga Bella.

ANDA SEDANG MEMBACA
MEMBENCI ATAU MEMILIKI
DragosteArabella Alyssa, gadis pemalu yang mahu mengelakkan diri daripada terlibat dengan mana-mana lelaki kecuali bila perlu sahaja untuk mengelakkan dirinya daripada terus disakiti sekali lagi. Adrien Daniel Dylan, Jejaka kacuk yang tampan dan mempunyai s...