Bab 11

15 1 0
                                        

          "Tembak dia!" arah Ryan.

Membulat Mata Miza melihat kesemua anak buahnya sudah mati di tembak. Ada juga yang kena headshit, maafkan saya, headshot.

"Korang ni siapa?!" jerit Miza.

"Aku siapa? Kau tu siapa setan?!" jerit Daniel yang sudah berang itu.

"Aku siapa? Aku dah rasa dua orang awek kau tu!" jerit Miza. Sengaja dia mahu menipu dua orang jejaka itu.

"Sial kau" balas Ryan dua patah.

"Kau memang patut mati!" jerit Daniel.

Pandangan Bella dan Sofia yang semakin kabur bersyukur melihat dua orang jejaka itu datang untuk menyelamatkan mereka.

Namun mereka berdua hanya menutup mata rapat kerana tidak sanggup mahu melihat diri sendiri dalam keadaan sebegitu.

"Bawak dia!" arah Ryan.

Orang-orang Mereka membawa Miza ke tempat simpanan mereka.

"Jangan berani dekat!" jerit Miza.

Setelah di smackdown, akhirnya Miza pengsan.

Ryan dan Daniel yang melihat keadaan Bella dan Sofia terus berpaling ke arah lain.

"Jeannie" jerit Daniel dari luar.

Jeannie yang mendengar namanya dipanggil terus masuk ke dalam.

"Apa dia boss?" tanya Jeannie.

Gadis mualaf itu dipandang sebentar sebelum mengarahkannya untuk buat sesuatu.

"Ganti pakaian diorang lepastu terus masuk kereta, kita pergi hospital" arah Ryan pula.

Jeannie mengangguk. Ryan dan Daniel terus keluar dari bangunan itu.

Setelah selesai memakaikan pakaian kepada Bella dan Sofia, mereka terus dihantar ke hospital.

Bella hanya mengalami kecederaan ringan manakala Sofia mengalami pendarahan di peha nya.

Kedua-dua gadis itu masih trauma dengan keadaan yang berlaku.

DUA BULAN KEMUDIAN

Daniel dan Ryan menghantar orang untuk merisik dan meminang Sofia dan Bella di rumah keluarga mereka.

Keluarga Bella dan Sofia tidak tahu apa yang terjadi kepada anak dara mereka kerana semuanya telah dirahsiakan.

Ryan dan Daniel memujuk Bella dan Sofia untuk berkahwin dengan mereka atas alasan demi menjaga keselamatan mereka.

Setelah lama dipujuk, akhirnya mereka pun bersetuju.

Majlis perkahwinan mereka diadakan secara serentak di sebuah dewan yang gah bak istana.

Bella dan Daniel memakai pakaian seragam berwarna ungu manakala Ryan dan Sofia memakai pakaian berwarna merah jambu.

Majlis itu dihadiri oleh keluarga belah Sofia dan Bella serta kenalan mereka.

"Cantik kau pakai gaun ni" puji Daniel ikhlas kepada Bella.

Bella hanya tersenyum tipis. Sejujurnya, dia redha kalau inilah takdirnya.

"My future wife is so gorgeous" puji Ryan terhadap Sofia.

Sofia hanya tersenyum malu. Dia cuba untuk move on dari pengalaman yang memeritkan itu.

Setelah habis majlis persandingan, mereka pulang ke hotel semula.

Nasib baik, keluarga Bella dan Sofia tidak mempunyai banyak karenah dan sangat mempercayai Ryan dan Daniel.

Masing-masing pulang ke bilik hotel mereka.

"Kenapa awak book hotel mahal macam ni? Tak membazir ke?" tanya Bella kepada Daniel.

"Apa yang membazirnya? Takkan aku nak spend time dengan wife sendiri pun tak boleh?" tanya Daniel sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Bukan tak boleh tapi..." ayat Bella tidak sempat dihabiskan.

"Shhh, jangan cakap ayat tu lagi. Aku tak nak dengar, okay?" Balas Daniel mendatar.

Bella mengangguk.

"Kau takut dengan aku ke?" tanya Daniel.

"Kenapa awak tanya macam tu?" tanya Bella.

"Habistu? Kau memang nak tidur bertudung macam ni ke?" tanya Daniel sambil menyentuh tudung sarung Bella.

"Ohh, Sorry. Saya tak biasa lagi dengan semua ni" balas Bella jujur.

"Tak apa lah, aku tidur dulu" balas Daniel sambil menuju ke atas katil King milik mereka.

"Sorry, awak. Bagi saya sikit lagi masa untuk terima semua ni" bisik Bella sebelum menuju ke katil mereka.

Sementara itu, di bilik Ryan dan Sofia pula, ada sesuatu yang Ryan ingin katakan kepada gadis itu.

"Sofia, duduk sini kejap boleh?" Ryan menepuk tempat duduk di sebelahnya.

Sofia mengangguk. Dia menuju ke arah katil dan mengambil tempat di sebelah suaminya.

Ryan membelai lembut rambut coklat milik isterinya.

"Saya nak cakap sikit ni"

"Cakaplah, Encik Ryan" balas Sofia.

Ryan mengangkat keningnya.

"I'm your husband now, no need to call me by my name" balas Ryan.

"Sorry" ucap Sofia sambil menunduk ke bawah.

Ryan mengangkat dagu Sofia perlahan-lahan agar gadis itu dapat memandangnya.

Lama mereka bertentang mata sebelum Ryan menghadiahkan kucupan lembut pada bibir si isteri.

Sofia agak terkejut dengan perbuatan Ryan itu.

"Saya akan jaga awak selagi saya masih hidup, Sofia"

Satu lagi kucupan lembut dihadiahkan di bibir sang isteri.

"I'm so glad to have you in my life" sambung Ryan lagi.

Sofia tersenyum malu.

Ryan mengusap pipi Sofia lembut.

"No one will ever hurt you again" balas Ryan sebelum dia menghadiahkan kucupan mesra di dahi Sofia.

Sofia tersenyum bahagia.

Alangkah bahagia nya kalau hari-harinya indah begini.

MEMBENCI ATAU MEMILIKITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang