"Sekarang ni apa kau nak buat?" tanya Lucca kepada Ryan.
"Aku tak tahu rahsia apa yang dia simpan but yang aku pasti mesti ada kaitan dengan dua orang perempuan tu" jawab Ryan.
"Kau kenal siapa diorang?" tanya Lorenzo.
Ryan menggeleng.
"Cuba kau check latar belakang Sofia, aku rasa kau akan jumpa something" cadang Dino.
"Tapi nanti Sofia akan ingat aku tak percayakan dia" Balas Ryan.
"Tu je caranya" balas Daniel mendatar.
"Enzo, check semua detail pasal Sofia, nanti bagi kat aku" arah Ryan.
Lorenzo menganggukkan kepala tanda faham.
"Aku naik dulu, esok kita bincang lagi pasal ni" balas Daniel sebelum naik ke biliknya.
Daniel menanggalkan contact lens nya sebelum membersihkan diri.
Setelah mandi, Daniel keluar dari bilik mandi hanya berlilitkan tuala paras pinggang sahaja kerana Bella tiada dalam bilik itu.
Baru sahaja Daniel mahu memakai baju, tiba-tiba Bella meluru masuk ke dalam bilik.
"Awak awak!" panggil Bella.
Daniel hanya mengangkat keningnya sebelum terus memakai baju.
Bella yang perasan keadaan Daniel itu terus berpaling. Tapi, Bella berpaling semula sebelum mendekati Daniel.
"Mata awak" kata Bella sambil menunjuk ke arah mata Daniel.
Daniel hanya menghiraukan nya sebelum mengelap rambutnya yang basah, dia sudah siap berpakaian tadi.
Daniel yang perasan itu terus memalingkan badannya daripada Bella.
"Kau nampak ke?" tanya Daniel.
Bella memusingkan kembali badan Daniel menghadapnya. Dia menjengketkan kakinya sebelum pipi Daniel dielus lembut.
Daniel memandang isterinya tanpa kata.
"Your eyes are gorgeous" puji Bella.
Buat kali pertama dia dapat melihat mata asli Daniel memandangkan dia selalu memakai contact lens berwarna coklat.
Daniel terkedu.
"Kau suka?" tanya Daniel.
Bella mengangguk.
"Suka la, mata suami saya cantik sangat warna biru" puji Bella.
Daniel tersenyum.
"Kenapa awak sorok kan mata awak yang cantik ni?" tanya Bella.
"Mata biru ni menyusahkan, aku tak suka" Balas Daniel.
"Kenapa pulak? Mata biru ni unik tau, cantik sangat. Saya sukaa"
"Kau suka mata aku?"
"Sukaa. Saya suka semuaaa benda pasal awak" balas Bella sambil tersengih macam kerang busuk.
"Lepas ni jangan lah sorok lagi, saya nak tatap mata awak puas-puas" ujar Bella.
Daniel hanya menganggukkan kepalanya.
Bella menarik suaminya untuk duduk di birai katil.
Bella mengambil tuala di tangan Daniel lalu mengelap rambut Daniel yang basah itu.
Daniel hanya memandang Bella yang sedang berdiri di hadapannya.
Bella pelik apabila Daniel tiba-tiba memusingkan kepalanya ke tepi.

ANDA SEDANG MEMBACA
MEMBENCI ATAU MEMILIKI
RomanceArabella Alyssa, gadis pemalu yang mahu mengelakkan diri daripada terlibat dengan mana-mana lelaki kecuali bila perlu sahaja untuk mengelakkan dirinya daripada terus disakiti sekali lagi. Adrien Daniel Dylan, Jejaka kacuk yang tampan dan mempunyai s...