Bab 17 Sofia's History

15 1 0
                                    

           Mereka semua bersiar-siar di shopping mall. Ryan dan Daniel asyik diheret oleh isteri-isteri mereka untuk masuk ke dalam pelbagai kedai.

Ryan merenung Sofia yang sedang membelek-belek beg tangan itu.

"Lama lagi ke Sofia?" tanya Ryan.

"Sekejap, saya tengok. Ala ni mahal sangat lah" balas Sofia sebelum beralih ke beg tangan yang lain.

"Sofia amik je yang mana suka. Saya bayar" kata Ryan mendatar.

"Takpelah, pokai duit awak nanti" balas Sofia sambil membelek beg tangan yang lain.

Ryan yang berdiri di sebelah Sofia itu memanggil pekerja di situ.

"Prepara le cinque borse che aveva in mano prima (Bungkus 5 beg yang dia pegang tadi)" arah Ryan.

Pekerja itu mengangguk sebelum mengambil kelima-lima beg yang telah Sofia belek tadi.

Membuntang mata Sofia.

"Awak nak buat apa ni?" tanya Sofia agak terkejut.

"Tunggu Sofia lama sangat lah. Kaki saya dah sakit dah ni" balas Ryan sebelum menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Sofia mengikuti langkah suaminya.

"Tapi banyak sangat ni wak" balas Sofia risau.

"Jangan risau lah. Duit saya, duit Sofia jugak" balas Ryan.

Dia membawa beg-beg shopping Sofia sementara menemani isterinya yang sedang shopping itu.

"Awak, saya pergi toilet sekejap tau" pinta Sofia.

Ryan hanya mengangguk sebelum meletakkan segala beg kertas itu di atas lantai.

Setelah selesai menggunakan tandas, Sofia berdiri di depan cermin untuk membetulkan make up nya.

"La vita è facile adesso? Uccisore (Dah senang hidup sekarang? Pembunuh)" tegur seorang gadis yang baru masuk ke tandas itu.

Sofia memandang ke arah mereka berdua sebelum dirinya turut terkejut.

"Sei tu che non sei riuscito a salvarlo. Non me! (Korang yang gagal selamatkan dia. Bukan Aku!)" balas Sofia dingin.

" Anche il nome è un assassino, come può vergognarsi, vero? (Dah nama pun pembunuh, mana lah tahu malu kan?)" balas seorang lagi gadis.

"Continua con la tua agenda. Un giorno, dimostrerò che siete entrambi bugiardi! (Teruskan dengan agenda korang. Satu hari nanti, aku akan buktikan yang korang berdua penipu!)" jerit Sofia.

"Wow, è spaventoso. Non sarai mai in grado di trovare prove! (Wah, takutnya. Kau takkan dapat cari bukti lah!)" jerkah gadis bernama Aria itu.

"Mi assicurerò che tu ottenga quello che hai fatto (Aku akan pastikan korang dapat balasan atas apa yang korang dah buat)" balas Sofia dingin sebelum keluar dari tandas itu.

Sofia terkejut apabila melihat Ryan menunggu nya di luar tandas itu.

"Bila awak sampai?" tanya Sofia.

"Baru je, kenapa Sofia tanya?" tanya Ryan.

"Oh tak ada apa-apa lah" balas Sofia sebelum menarik tangan suaminya untuk terus pulang ke resort.

"Nak balik dah?" tanya Ryan.

"Haah, saya penat lah" balas Sofia.

Ryan sebenarnya mendengar segala perbualan mereka dari luar tandas tapi tidak mahu bertanya apa-apa kerana isterinya seperti sedang menyembunyikan sesuatu.

MEMBENCI ATAU MEMILIKIWhere stories live. Discover now