Bab 14

18 1 0
                                        

          Setelah Daniel selesai mandi, Bella menukar balutan di bahu Danial.

Danial hanya meneliti wajah gadis polos itu, matanya sudah berair seperti mahu menangis.

Bella hanya diam sambil merawat bahu suaminya itu.

Setelah siap, Bella mengemaskan segala peralatannya dan terus menuju ke katil.

Bella baring membelakangi suaminya dan menarik selimut menyelubungi kepalanya.

Perlahan-lahan air matanya mengalir sendiri.

Daniel tidak faham akan sikap Bella yang tiba-tiba berubah itu.

Bella amat risau akan keadaan suaminya walaupun mereka tidak rapat, balik-balik tahu dah kena tembak, mana lah tak risau gadis itu.

Daniel hanya memerhati isterinya itu sebelum turut baring di sebelahnya dan tidur.

Bella agak terasa melihat suaminya yang tidak menunjukkan rasa kasihan atau prihatin terhadap dirinya walau sedikit pun.

Pagi itu, Bella dan Sofia menyiapkan sarapan untuk mereka semua.

"Jom lah turun makan" ajak Sofia.

"Alright, kejap lagi saya turun" jawab Ryan pula.

Mereka bertujuh menjamu selera di meja makan.

Yang lain hanya memerhati, kenapa Bella senyap sangat harini? Wajah suaminya pun langsung tidak dipandang.

Bella yang perasan dirinya ditenung terus segera ke dapur. Tiada selera katanya.

Sofia yang perasan akan tingkah laku Bella itu mengikuti langkahnya ke dapur.

"Apa lagi kau dah buat?" tanya Ryan.

"Mana ada aku buat apa-apa" balas Daniel sebelum menyumbat nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Kalau tak buat apa-apa, takkan bini kau diam macam tu?" tanya Lucca sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Betul lah, aku tak buat apa-apa pun" jawab Daniel mendatar.

Sebab kau langsung tak buat apa-apa lah, dia merajuk. Aduhai, cik suami cik suami.

"Pujuk dia, aku tahu bila balik nanti dia dah okay" arah Ryan kepada Daniel.

"Tak nak dengar" jawab Daniel.

"Kau ni, isteri tu jaga lah baik sikit. Kalau tak nak, lepaskan. Jangan layan dia macam tu" balas Dino pula.

"Apa korang ni? Aku tak buat apa-apa pun lah. Lantak dia lah nak buat apa pun" balas Daniel dingin sebelum keluar dari rumah itu.

Ryan hanya menggelengkan kepala.

Dulu kau jugak yang nak kahwin dengan dia, sekarang dah dapat, layan macam tu pulak.

Mereka selesai makan dengan cepat dan terus pergi ke office.

Bella hanya mampu menitiskan air mata. Bukannya mereka tak dengar suara Daniel tadi.

Walaupun dapur dan ruang meja makan dipisahkan oleh dinding, tapi jaraknya tidak begitu jauh.

"Sabar, Bella. Mungkin dia tertekan tu" pujuk Sofia.

Bella hanya menggelengkan kepala.

"Tak apalah, Sofia. Aku naik bilik dulu ya" balas Bella sebelum terus naik ke atas.

Bella hanya menenung ke arah gambar perkahwinan mereka di skrin telefon bimbitnya.

Terlihat wajah mereka sangat bahagia.

MEMBENCI ATAU MEMILIKITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang