Mereka sudah tiba di Hotel di Malaysia untuk uruskan urusan pekerjaan mereka.
Setelah selesai, mereka pulang ke bilik masing-masing.
Mereka bercadang untuk bermalam di hotel itu satu malam sahaja memandangkan isteri mereka tinggal di rumah.
Bilik Lorenzo selang 5 bilik dari bilik mereka berempat yang lain.
Lorenzo mahukan ketenangan katanya. Tak mahu diganggu oleh babun babun yang tak bertauliah itu.
Malam sudah semakin larut, Lorenzo mahu mengambil angin di koridor luar biliknya.
"Ahhhh"
Tiba-tiba, Lorenzo terdengar jeritan seorang wanita dari bilik sebelahnya.
Lorenzo membiarkan sahaja sebelum dia mendengar bunyi hentakan kuat di dinding bilik sebelah.
Lorenzo cuba menghiraukannya namun bunyi itu berulang kali membuatnya rimas.
Lorenzo mengetuk pintu namun tiada sahutan.
Memandangkan pintu bilik itu tidak berkunci, Lorenzo perlahan-lahan masuk dalam bilik yang gelap itu.
"Is anybody there? What the hell are you doing?" tanya Lorenzo mendatar sebelum tangannya meraba-raba mencari keberadaan suis lampu.
Setelah dijumpai, dia menekan suis on lampu itu.
Dia agak terkejut melihat sekujur tubuh wanita yang sedang baring tidak sedarkan diri di atas katil itu.
Selimut ditarik sehingga ke paras dada, namun wanita itu kelihatan tidak berbaju.
"Dia ni kena rogol ke?" bisik Lorenzo perlahan.
Lorenzo yang mahu keluar dengan segera itu tiba-tiba ditahan oleh sekumpulan orang.
Kumpulan itu merupakan JAIS, mereka datang kerana ada laporan mengatakan ada orang sedang berkhalwat dalam bilik ini.
Lorenzo meraup mukanya.
"Bala apa pulak kalini?" omelnya perlahan.
Mereka ditangkap khalwat kerana berada berdua-duaan dalam bilik itu.
Lorenzo telah call semua gengnya dan menjelaskan segalanya kepada mereka dari A sampai Z.
Namun, tiada apa yang boleh mereka lakukan.
"Kahwin dengan dia" arah Ryan.
"What? No! I don't even know her" balas Lorenzo dingin.
"You will later" balas Lucca pula.
Lorenzo hanya menjeling Lucca.
"This is a trap. It is not my fault" jelas Lorenzo.
"But you have to, this is Malaysia. There's nothing that we can do" balas Daniel.
"Korang cakap senang lah, bukan korang yang kena kahwin" balas Lorenzo dingin.
ANDA SEDANG MEMBACA
MEMBENCI ATAU MEMILIKI
RomantikArabella Alyssa, gadis pemalu yang mahu mengelakkan diri daripada terlibat dengan mana-mana lelaki kecuali bila perlu sahaja untuk mengelakkan dirinya daripada terus disakiti sekali lagi. Adrien Daniel Dylan, Jejaka kacuk yang tampan dan mempunyai s...
