Nadia melangkah masuk ke dalam ruangan yang ditempatkan 'Nadia palsu' itu.
Nadia menutup mulutnya memandangkan dia tak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang.
"Ini partner subahat kau ke? Kau kenal perempuan ni?" tanya Lorenzo dingin.
"A...Adik" ucap Nadia.
"Jangan panggil aku adik, aku tak ada kakak macam kau" balas gadis itu dingin.
"Adik? Kakak? Korang ni adik beradik pungut ke? Asal takde dalam data Lucca?" tanya Dino.
Lucca hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Adik pergi mana selama ni? Kenapa hilangkan diri daripada akak?" tanya Nadia kepada gadis itu.
"Huh, jangan nak mengaku kau ni kakak aku lah. Kau sanggup biarkan pembunuh mak ayah kita bebas sampai harini kan?" balas gadis itu dingin.
"Adik, kita tak nampak pun macam mana kejadian tu. Kan orang kat situ dah kata pasar tu tiba-tiba terbakar dan mak ayah kita tak dapat nak diselamatkan" jelas Nadia.
"Jap, korang ni kembar ke?" tanya Ryan.
Nadia menganggukkan kepalanya.
"Dia adik kembar saya, tapi lepas mak ayah kitorang meninggal 7 tahun lepas, dia menghilangkan diri" jelas Nadia lagi.
"Aku tak hilang! Aku nak balas dendam pada pembunuh tu!" jerit gadis itu.
"Nadin Arisya! Kita tak kenal pun siapa pembunuh yang adik maksudkan! Kita tak boleh nak tuduh orang macam tu je!" jerit Nadia pula.
"Pembunuh tu ada. Laki kau pembunuh tu" ujar gadis itu.
Semua memandang ke arah Lorenzo.
"Apa adik merepek ni?" tanya Nadia.
"Tanya lah laki kau tu kak. Dia tahu segalanya" ujar Nadin.
"Apa semua ni wak?" tanya Nadia kepada Lorenzo.
"Explain semua yang perempuan ni cakap bro" balas Daniel pula.
"Ya, betul. Aku yang bakar pasar tu atas arahan uncle sebab owner dia ketua kongsi gelap yang dah kacau geng kita. Tapi aku tak tahu yang parents diorang masih ada kat situ sampai lewat malam" balas Lorenzo.
"Habistu? Kau tak dapat nak selamatkan diorang?" tanya Lucca.
Lorenzo menggelengkan kepalanya.
"Tak sempat. Aku dah cuba time aku perasan diorang jerit mintak tolong tapi api dah marak sangat" jelas Lorenzo.
Nadia menitiskan air matanya.
"Jadi, betul lah apa yang adik saya cakap? Awak pembunuh mak dan ayah saya 7 tahun lepas?" tanya Nadia yang sudah pun menangis itu.
Lorenzo mengangguk perlahan-lahan.
"I am sorry" ucap Lorenzo perlahan.
"Kenapa baru sekarang awak bagitahu saya? Dan kenapa adik tak bagitahu akak langsung pasal semua ni?" tanya Nadia sambil memandang ke arah Nadin.
"Aku dah cuba nak bagitahu kau, kak. Tapi kau tak nak percaya. Dan yang paling aku geram sekali bila kau cakap aku dah gila!" marah Nadin.
"Jap, jadi apa motif Nadia masuk dalam family ni? Sebab kau nak balas dendam?" tanya Dino kepada Nadin.
"Ya, aku yang plan nak perangkap korang supaya kahwin malam tu jugak. Dan aku yang upah orang untuk buat kau pengsan malam tu" jujur Nadin.
Nadia melempang muka Nadin.
"Apa kau dah buat ni?! Kau sanggup biarkan hidup aku terseksa semata-mata untuk balas dendam?" tanya Nadia.
"Ya, aku dah rancang benda ni lama dah. Dan kau, kau je yang asyik kena puji dan parents kita lebihkan kau daripada aku. Aku dah lama sangat pendam. Tapi lepas kau cakap aku gila dan kau tak percayakan aku, aku rasa kau memang layak kena semua ni!" marah Nadin.
"Tapi kenapa dik? Apa salah akak sampai akak dilayan macam ni? Akak sebatang kara, hilang tempat bergantung. Adik hilangkan diri, dan akak pulak kahwin dengan lelaki yang takkan pernah sayang akak..." rintih Nadia.
Lorenzo hanya memandang Nadia yang sudah begelinang dengan air mata itu.
"Sudah kak, aku tak nak dengar semua ni. Aku tak nak tengok pun muka kau. Laki kau dah tangkap aku, diorang pun takkan lepaskan aku. Kau blah la dari sini" balas Nadin sebelum berpaling dari memandang wajah kakaknya.
"Kenapa korang takkan lepaskan adik saya? Apa salah dia pada korang semua?" tanya Nadia.
"Dia dah perangkap aku untuk kahwin dengan kau, dan dia dah tipu kita semua" balas Lorenzo dingin.
"Tapi dia adik saya, adik ipar awak juga" balas Nadia.
"Aku dah cakap kan, jangan pernah expect apa-apa daripada aku" ujar Lorenzo.
"Tapi dia je satu-satunya keluarga yang saya ada" rayu Nadia lemah.
"Aku mintak maaf, tapi kitorang tak boleh nak lepaskan adik kau" balas Lorenzo pula.
"Tolonglah. Jangan seksa adik saya" rayu Nadia lagi.
"Jangan nak buat drama kat sini kak. Aku cakap Pergi. PERGI!" jerit Nadin.
"It's okay. Kitorang takkan seksa adik kau. Kitorang just kurung dia untuk pantau pergerakan dia. Makan and semua keperluan dia, kitorang akan sediakan" ujar Ryan pula.
Nadia hanya mengangguk lemah.
"What the heck? Dia ni VVIP ke sampai semua nak kita sediakan?" tanya Dino pula.
Daniel meluku kepala Dino.
"Tak boleh ke kalau sekali je kau sorokkan kebodohan kau tu?" tanya Daniel pula.
"Korang berdua ni tak boleh ke senyap walau sehari je?" perli Lucca pula.
Daniel dan Dino hanya menjeling ke arah Lucca.
"Enzo, boleh bawak Nadia naik bilik. Budak ni kita tinggalkan sini dulu" arah Ryan.
Lorenzo mengangguk sebelum membawa Nadia naik ke bilik mereka.
"Kau ada nak makan apa-apa tak?" tanya Ryan kepada Nadin.
"Nak burger mcd, aku lapar ni" jawab Dino pula.
"Aku tak tanya kau" balas Ryan mendatar.
Dino mencebik sebelum keluar dari situ.
"Nanti budak-budak akan sediakan makanan and air. Kalau ada apa-apa, kau panggil je diorang nanti" ujar Ryan kepada Nadin sebelum meninggalkan Nadin seorang diri di situ.
Nadin yang dikurung di bilik bawah tanah itu hanya terdiam diri. Ikatannya telah dibuka dan dia dapat baring di atas katil yang empuk.
Baik sungguh mereka sampai sanggup menyediakan segalanya buat si penipu, iaitu Nadin.
Nadia mendiamkan diri dan tidak menegur langsung Lorenzo selama beberapa hari hingga kini.
Nadia hanya berkurung di dalam bilik dan tidak mengendahkan kewujudan sang suaminya.
Lorenzo hanya membiarkan sahaja memandangkan dia tak tahu cara untuk memujuk Nadia.
Jejaka berhati dingin dan jarang sekali memberi belas kasihan pada orang lain itu tiada rasa cinta atau suka walau sedikit pun terhadap Nadia.
YOU ARE READING
MEMBENCI ATAU MEMILIKI
RomanceArabella Alyssa, gadis pemalu yang mahu mengelakkan diri daripada terlibat dengan mana-mana lelaki kecuali bila perlu sahaja untuk mengelakkan dirinya daripada terus disakiti sekali lagi. Adrien Daniel Dylan, Jejaka kacuk yang tampan dan mempunyai s...