Bab 26

11 1 0
                                    

SEBULAN KEMUDIAN

            Lorenzo hanya diam melihat Nadia yang makin hari kelihatan tidak terurus.

Gadis itu mengalami tekanan emosi semenjak pemergian arwah adiknya dua minggu yang lalu.

Adiknya, Nadin Arisya meninggal dunia kerana menghidap kanser.

Mereka juga perasan akan kesihatan Nadin semakin merosot kian hari, namun gadis itu tidak mahu mendapatkan sebarang rawatan.

"Kau tak nak buat apa-apa ke, Enzo?" Tanya Lucca.

"Kau nak aku buat apa?" Tanya Lorenzo pula.

"Pujuk lah dia. Kau kan suami dia" balas Ryan pula.

"Aku tak pandai lah nak pujuk perempuan ni. Biarkan lah dia dulu. Nanti lama-lama dia okay lah tu" balas Lorenzo.

"Itu kalau dia okay, kalau dia makin teruk macam mana?" tanya Dino pula.

Lorenzo menghelakan nafasnya panjang.

"Dia akan salahkan aku atas kematian adik dia. Dan aku jugaklah punca kematian parents dia." ujar Lorenzo.

"Tak cukup dengan tu, aku tak pernah anggap dia macam isteri aku dan dia pun tahu itu. Kau rasa dia masih boleh terima ke suami macam aku ni?" tanya Lorenzo.

"Belum cuba belum tahu, bro. Kau cuba lah terima dia sebagai isteri kau. Mungkin ini takdir yang dah tertulis untuk kau" balas Daniel pula.

"Kau sejak dah kahwin ni nampak matang do. Ini baru lah pemuda harapan negara" jawab Dino pula.

"At least aku dah matang, kau tu? Macam budak terencat akal aku tengok" balas Daniel selamba.

"Sudah, jangan sampai aku halau korang berdua dari rumah ni karang" ujar Ryan pula.

"Baik aku naik atas daripada melayan hangpa semua yang rupa macam beruk exotic ni" balas Daniel sebelum meluru naik ke biliknya.

"Risau ada yang masuk ICU aku kerjakan kejap lagi karang. Haih" Balas Ryan sambil menggelengkan kepalanya.

Daniel masuk ke dalam biliknya lalu terus menerpa ke arah isterinya.

Muka Bella kelihatan agak pucat.

"Why muka berkerut ni? Penat ye sayang?" tanya Daniel.

"Hmm, assignments banyak sangat ni. Pening saya dibuatnya" jawab Bella pula.

"Sabarlah sayang. Final semester dah kan" balas Daniel sebelum mengurut kepala Bella.

Sofia dan Bella menghabiskan Degree mereka secara online atas kehendak Ryan dan Daniel.

Mereka risau akan keselamatan Bella dan Sofia jika ada musuh yang cuba mencederakan mereka di Universiti.

Bella memegang tekaknya yang berasa loya itu.

Dengan laju Bella meluru masuk ke tandas sebelum memuntahkan segala isi perutnya. 

Daniel yang perasan itu terus pergi ke arah Bella dan menggosok belakang badannya.

"Sayang, okay tak ni?" tanya Daniel yang risau dengan keadaan isterinya itu.

Bella yang sudah habis muntah tadi terduduk lemah di atas lantai sebelum dia pengsan.

Daniel menepuk perlahan pipi Bella namun tiada sebarang respon yang diberikan.

"Sayang? Sayang, bangunlah. Jangan gurau macam ni" balas Daniel.

Namun masih lagi tiada respon yang diberikan.

Daniel mencempung badan Bella sebelum dibawa ke atas katil. Daniel menelefon doktor peribadinya untuk memeriksa keadaan Bella.

MEMBENCI ATAU MEMILIKIWhere stories live. Discover now