FLASHBACK
THIRTEEN YEARS AGO
Daniel memerhati seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun sedang nangis di bus stop luar sekolah yang sudah tiada orang itu.
Daniel mendekati gadis cilik itu.
"Kau ni asal nangis?" tanya Daniel.
Gadis kecil itu memandang Daniel.
"Diorang...Diorang buli saya. Diorang tak suka saya" balas gadis itu sambil menangis teresak-esak.
Daniel menghulurkan tisu kepadanya.
"Dah, berhenti menangis" pujuk Daniel.
"Nah, amik coklat ni pastu senyap" balas Daniel sebelum menghulurkan Kinder Bueno kepada gadis itu.
Laju dia menyambut huluran Daniel dan berhenti menangis.
"Thank you" ucap gadis itu. Air matanya masih lagi bersisa.
"Nama kau siapa?" tanya Daniel.
"Bella" jawab gadis itu.
"Taknak, cliche. Nama moden sangat. Aku nak panggil nama rare sikit" jawab Daniel.
"Ibu panggil Ara, abang panggil Ara je lah" balas gadis kecil itu.
"Arah mana? Kiri? Kanan?" tanya Daniel bingung.
"Bukan arah lah! Ara" jawab gadis itu.
"Ohh" jawab Daniel sepatah.
"Nama abang siapa?" tanya Bella.
"Daniel"
Bella meneliti name tag lelaki itu. Dylan.
"Saya panggil abang Lan jelah. Senang sikit hehe" balas gadis yang sudah comot itu.
Dua minggu kemudian, Daniel ternampak ada beberapa orang lelaki menghampiri Bella di belakang bangunan sekolah.
Daniel mengikuti mereka. Daniel membelasah kesemua lelaki tadi yang cuba menyentuh Bella. Lelaki-lelaki tadi tua 5 tahun daripada Daniel.
"Apa masalah korang? Dah nak SPM pun tak reti nak insaf ke?" sindir Daniel.
"Kau diam lah junior! Aku report cikgu!" balas salah seorang lelaki itu.
"Report lah, ingat aku takut? Aku boleh jadi bukti kalau budak perempuan ni nak buat report polis nanti" balas Daniel dingin.
Lelaki-lelaki itu terus beredar dari situ.
Dah nak SPM, takkan nak masuk lokap pulak kan?
Daniel mendekati gadis cilik itu.
"Jangan dekat!" jerit gadis itu ketakutan.
Kelihatan seperti kain dan baju sekolahnya sudah kotor dan koyak. Mungkin akibat dia mempertahankan dirinya dari ramai lelaki tadi.
"Aku datang sini nak tolong kau. Kau percayakan aku tak?" tanya Daniel lembut cuba untuk memujuk gadis itu.
Gadis itu menggeleng.
"Okay, kalau tak percaya tak apa. Tengok ni, aku ada coklat. Kau nak tak?"
Laju gadis itu mengangguk.
Bahaya kau ni dik, orang datang bagi coklat je terus kau ikut ye.
Daniel menghulurkan coklat Cadbury kepada gadis itu.
"Thank...Thank you" balas gadis itu yang ketakutan.
Daniel memakaikan gadis itu jaketnya supaya koyak baju sekolahnya tadi tidak kelihatan.
"Aku bawak kau jumpa cikgu, jom"
Gadis itu menggeleng.
"Ara...Ara takut"
"Aku kan ada? Aku akan selalu protect kau, always" balas Daniel.
"Janji?" tanya Bella.
Daniel mengangguk.
Sememangnya, Daniel digelar sebagai Lan Todak kerana keberanian dia untuk membantai sesiapa pun yang cuba untuk menganggunya.
Setelah beberapa bulan, mereka semakin rapat.
"Comot lah kau makan" balas Daniel sebelum mengambil tisu dan mengelap tepi bibir Bella.
Bella tersipu malu.
"Abang tak ada awek ke? Abang kan handsome, takkan tak ada orang nak?" tanya Bella.
"Kenapa? Kau nak aku ke?" tanya Daniel mendatar.
Laju Bella mengangguk.
"Nak nak. Abang handsome, nanti Ara boleh dapat makan coklat hari-hari hehe" balas Bella sambil tersengih.
Daniel tersenyum tipis.
"Kau kecik lagi, kau takkan faham" balas Daniel sebelum mengusap kepala Bella yang bertutup dengan tudung itu.
"Apa pulak? Saya dah besar la" balas Bella sambil mencebik.
"Kau suka aku?" tanya Daniel.
Laju Bella mengangguk.
"Perasaan tu takkan kekal, nanti bila dah besar, ada orang lain yang akan jaga kau" balas Daniel.
"Tak nak. Ara nak abang yang jaga Ara. Abang kan hero Ara" balas Bella.
"Tak boleh macam tu, satu masa nanti, aku akan pergi dari sini. Aku tak boleh jaga kau lagi" balas Daniel.
Mata Bella sudah mula berair.
"Abang nak pergi mana? Abang nak tinggalkan Ara jugak ke?"
"Aku kena pergi jugak nanti, aku tak boleh duduk Malaysia lama-lama" balas Daniel.
Bella mula menangis.
"Dahla, jangan nangis" pujuk Daniel.
"Nanti abang dah tak ada, siapa nak jaga Ara? Kalau Ara kena buli lagi macam mana? Ara takut..." rintih Bella.
"Dengar ni, you need to trust me. Walaupun aku tak ada dengan kau, aku akan sentiasa protect kau. So you don't need to be worry okay?" pujuk Daniel.
Perlahan-lahan tangisan Bella terhenti.
"Abang janji akan jaga Ara?"
"Ye, aku janji"
"Okayy" balas gadis itu riang.
Beberapa hari selepas itu, Daniel berpindah semula ke Amerika jadi Bella kembali bersendirian.
Tapi yang peliknya, ramai yang mahu berkawan dengannya, dan tiada sesiapa pun yang berani membulinya lagi.
Pelik bin ajaib bukan?
END OF FLASHBACK
"Patutlah saya pelik, awak rupanya yang selalu protect saya" balas Bella sebelum tersenyum.
"Ohh, jadinya bini kau ni lah yang kau kata budak comel dulu tu? Dia tak nak balik Amerika sampai merajuk seminggu tak nak keluar bilik" balas Ryan sebelum tergelak.
Ryan sebenarnya merupakan sepupu Daniel, sebab itu mereka sangat rapat macam adik-beradik.
"Lah macam tu ke perangai suami saya ni? Alololo, comelnya. Nak je saya peluk" balas Bella.
Daniel mendepakan tangannya. Bella memandangnya pelik.
"Tadi kata nak peluk? Kalau tak nak sudah" balas Daniel sebelum dia mengalihkan tangannya.
Dengan laju Bella memeluk erat suaminya itu.
"Thanks for everything awak, I love you" bisik Bella di telinga suaminya.
"I love you more" balas Daniel.
"Ehem ehem! Saya rasa loya pulak, ada ubat gegat tak? Nak telan lah" balas Dino.
"Diam ah kau" balas Daniel mendatar.
Ryan hanya menggelengkan kepala melihat telatah dua ekor babun itu.
"Masuk Zoo jelah senang, jadi tak payah aku nak jaga babun babun ni" bisik Ryan perlahan.
YOU ARE READING
MEMBENCI ATAU MEMILIKI
RomanceArabella Alyssa, gadis pemalu yang mahu mengelakkan diri daripada terlibat dengan mana-mana lelaki kecuali bila perlu sahaja untuk mengelakkan dirinya daripada terus disakiti sekali lagi. Adrien Daniel Dylan, Jejaka kacuk yang tampan dan mempunyai s...