Bab 15

18 1 0
                                    

           Setelah dimasukkan air ke dalam badan Bella beberapa hari kemudian, akhirnya dia mula sedarkan diri.

Bella agak terkejut melihat Daniel yang tertidur sambil memegang tangannya.

Bella cuba untuk bangun walau badannya masih lesu. Pergerakan Bella telah mengejutkan Daniel dari tidurnya.

"Kau dah bangun?" tanya Daniel sambil menggosok matanya.

Bella mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Kau marah aku ke?" tanya Daniel lagi.

Taklah wak, bukan tengah marah. Tengah excited ni, kena masuk hospital.

Bella masih lagi senyap.

Daniel cuba untuk meraih tangan Bella namun Bella mengelak.

"Bella, aku..."

Bella masih lagi memandang ke arah tingkap luar.

"Aku minta maaf. Ini semua salah aku" ucap Daniel.

Kedengaran sungguh ikhlas ucapan maaf yang keluar dari mulut lelaki itu.

"I don't know how to express my feelings for you. That's why I..."

Lama lelaki itu mendiamkan diri.
Bella mula memandang wajah suaminya itu.

"That's why I try to ignore you" jujur Daniel.

"Mengarut" balas Bella dingin.

Daniel meraih kedua belah tangan isterinya sebelum dikucup lembut.

"This time, I'm really sorry. You are so important to me and I don't want to lose you" ujar Daniel.

Gadis itu mengalirkan air matanya.

"Tapi awak buat saya macam tak wujud" balas Bella masih lagi dingin.

"I will stop treating you like that. Please, trust me darling" balas Daniel.

"I really wish that I can forgive you so easily but you hurt my feelings...  so bad" jawab Bella sambil memandang ke arah Daniel.

Daniel mengusap lembut pipi Bella.

"Please... Please forgive me" rayu Daniel sambil mengucup kedua belah tangan Bella.

Dalam hati Bella, sudah bagai taman dipenuhi bunga. Tidak pernah lelaki dihadapannya bertindak seromantis ini.

Biasanya hanya muka kayu sahaja yang ditayangkan di depan isterinya.

Bella tiba-tiba menarik semula tangannya.

Daniel agak terkejut dengan perbuatan isterinya itu.

"Why?" tanya Daniel.

"Awak mana sayang saya, sebab tu awak tak kisah pasal saya kan" ucap Bella.

"No, No. That's wrong. I just... I love you so much. That's why I..." ayat lelaki itu tidak sempat dihabiskan.

Cupp!

Sebuah kucupan di pipi Daniel dihadiahkan oleh si isteri.

Daniel agak terkejut dengan perlakuan isterinya itu.

"Itu je yang saya nak dengar. Saya nak tahu awak sayang saya ke tak" jujur Bella.

Dia memang sengaja berlakon jadi wanita paling tersakiti tadi.

Hatinya memang betul-betul sakit dan kecewa dengan sikap Danial, tapi dia tidak berniat pun mahu berkasar dengan suaminya.

Daniel mula mengukir senyuman.

MEMBENCI ATAU MEMILIKIWhere stories live. Discover now