DUA MINGGU KEMUDIAN
Sofia sudah pulih sepenuhnya namun dia rasa kesal kerana tak dapat menyelamatkan kandungannya.
"I'm so sorry, Sofia" ucap Bella sayu.
"It's okay, belum rezeki aku nak ada anak lagi" balas Sofia.
"Sebab aku, kau keguguran. Aku minta maaf, Sofia. Aku tak tahu macam mana nak...." ayat Bella dibiarkan tidak bersambung.
"Takpe, Bella. Benda dah lepas. Sekarang ni aku cuma nak teruskan hidup macam biasa" jawab Sofia.
Bella memeluk tubuh Sofia.
"Aku sayang kau tau" ucap Bella.
"Aku sayang kau jugak" balas Sofia.
"Ehem ehem! Aku ni tak ada siapa nak sayang ke?" tegur Dino yang baru melangkah ke ruang tamu itu.
"Ada" balas Lucca yang muncul entah dari mana.
"Siapa?" tanya Dino.
"Beruk" balas Lucca selamba.
"Engkau memang hanat gila" balas Dino yang sudah merajuk.
"Diam, korang berdua" arah Ryan sebelum berjalan menuju ke arah Sofia.
Tangan Sofia dielus lembut oleh Ryan.
"Sofia, okay? I'm so sorry darling, saya tak dapat nak selamatkan anak kita" keluh Ryan.
"Tak apa, dah bukan rezeki kita untuk dapat anak kali ni" pujuk Sofia.
Setelah beberapa hari, akhirnya Sofia dibenarkan untuk pulang ke rumah.
Ryan, Daniel, Lucca, Lorenzo dan Dino berkumpul di bilik bawah tanah rumah mereka.
"Aku rasa ni kerja Miza" kata Daniel.
"Maybe Nadia?" balas Lorenzo pula.
"Enzo, she's your wife. And you know ni semua bukan kerja dia kan?" tanya Ryan.
Lorenzo mengeluh.
"Nadin tak mati, dia palsukan segala kematian dia supaya dapat lepaskan diri, tapi dia silap sebab masa dia tolak Bella tu, Bella sempat pegang tangan dia, and cap jari pada tangan Bella bukan milik Nadia, tapi milik Nadin" balas Ryan mendatar.
"Sebab tu aku cuba untuk tak salahkan Nadia, walaupun muka dan suara dia sebiji macam Nadin" bidas Daniel pula.
"Habistu, apa plan kita sekarang ni?" tanya Dino.
"Miza dan Nadin dah hilang dari radar, tapi siapa sebenarnya musuh dalam selimut? And kenapa diorang beria-ia nak bunuh anak aku dengan Bella?" tanya Daniel sambil mengurut dahinya.
"Maybe sebab dia waris pertama dalam keluarga ni selepas kau?" tanya Ryan pula.
"Atau mungkin pelaku yang sebenarnya ada dekat sangat dengan kita sampai kita tak perasan gerak geri dia" balas Lucca pula.
"Sekarang ni, kita kena jaga keselamatan Bella dan Sofia. Kalau perkara buruk jadi kat diorang, aku takkan maafkan orang tu" tegas Ryan.
Yang lain hanya mengangguk tanda setuju.
DI RUMAH RYAN,
Ryan menjaga Sofia dengan penuh prihatin. Cukuplah dia kehilangan anak mereka, dia tidak mahu hilang Sofia sekali.
Daniel pula elok mengurut kaki Bella yang sering lenguh itu.
"Sayang, okay tak ni?" Ada sakit kat mana-mana lagi tak?" tanya Daniel.
"Ada" jawab Bella.
"Where?" tanya Daniel.
"Hati" balas Bella sambil tersenyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
MEMBENCI ATAU MEMILIKI
Storie d'amoreArabella Alyssa, gadis pemalu yang mahu mengelakkan diri daripada terlibat dengan mana-mana lelaki kecuali bila perlu sahaja untuk mengelakkan dirinya daripada terus disakiti sekali lagi. Adrien Daniel Dylan, Jejaka kacuk yang tampan dan mempunyai s...