~HbM 11~

1.4K 77 7
                                    

.
.
.
.
~I acted like it wasn't a big deal when it really was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🥀♀️

"Bipolar?"

Semua diam. Apa yang diterangkan, semuanya merujuk kepada perubahan tingkahlaku yang tiba-tiba. Aku, walau sekolah tak tinggi, aku tahu lah sikit-sikit pasal mental breakdowns tu sebab mama aku sendiri menderita akibat kemurungan.

"Far from it." Daniel berjeda sebelum menyambung lagi. "Nik yang you kenal ialah Nik yang sebenar. No filter. Dia memang seorang yang easy going, humor Dan suka usik-usik."

Ok. Aku faham. Sosok Niko memang suka menyakat aku. Sampai satu tahap yang aku sendiri boleh stress melayannya. Kadang aku keliru sama ada apa yang keluar Dari mulutnya tu fakta ataupun lawak.

"Tapi dia ada masalah baran yang melampau. Intermittent Explosive Disorder to be exact. Diagnosed since his brother's death. Rasa marah memang semua orang ada tapi Nik tak boleh mengawal perasaan tu macam kita."

Aku keluh nafas berat. Jujurnya aku tak pernah pun nampak Niko marah-marah selama yang aku kenal dia. "Jadi dia boleh cederakan orang lain?" Tanyaku penuh nada ingin tahu.

Daniel geleng. Dia tergelak perlahan. "Tak. Dia tak boleh pun nak luahkan rasa marah tu. Nik selalunya akan pukul diri sendiri kalau rasa itu terpendam terlalu lama."

Hampir melopong mulut aku. Langsung tak sangka dengan apa yang di kata Daniel. Terlalu jauh bezanya dengan Niko yang saya kenal.

"Dia completely recovered lepas dia kerja dengan Adam. Nik sendiri ambil anger management therapy kat Saudi. Tapi penyakit tu datang balik selepas you rejected dia." Suara Jasmine pula bergema. "Why Ayuni? Nik tak cukup baik ke untuk you?"

Soalan itu membuat aku terketar. "Sebab aku ke Niko jadi macam tu...?" Aku bergumam perlahan dengan nada terketar. Takut Dan cuak bercampur baur.

"Unfortunately, yes!" Nada Jasmine mengeras.

"Jess, please..." Tegah papa Niko yang sekian lama tadi berdiam sahaja semasa Daniel bercakap. "Papa faham, perasaan tak boleh dipaksa. Papa tak salahkan Ayuni pun kalau betul Ayuni tak nak kat Nik. Cuma, Nik tak boleh terima kenyataan tu. Dia jadi marah Dan berdendam. Nik rasa insecure dengan rejection. Itu ketakutan dia yang sebenar." Sambungnya lagi.

Tak sedar air mata aku tumpah. Jadi, inilah masalah yang aku sudah timbulkan. Aku yang menjadikan Niko kembali seperti itu. "It's not that I don't like him..." Suaraku sudah bergetaran.

Tangan mama Niko makin galak mengusap belakang tubuhku. Mungkin sedar dengan perubahan suara Dan tingkah aku. "Tak apa sayang... Sebenarnya mama nak minta tolong Ayuni untuk pujuk Nik supaya ambil terapi sekali lagi. Sekarang ni dia tak dengar cakap sesiapa pun." Dia berbicara lembut.

"Tak kan dia nak dengar saya. Kan Niko marahkan saya selama ni..." Hampir terkeluar esak tangisku. "Kalau family sendiri dia tak mahu dengar, apatah lagi saya... Orang yang sudah patahkan hatinya." Aku kesat air bening Dari tubir mata.

"He's in love with you. It's ok if there's no mutual feeling tapi you masih boleh buat sesuatu kan untuk Nik. Anggap saja itu pertolongan sebagai kawan." Daniel bersuara lagi. "Kami sangat berharap dekat you, Ayuni..." Dan suaranya mengendur. "Kalau dibiarkan, Nik akan bertambah teruk Dan berisiko juga ke arah Bipolar. Please Ayuni."

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now