.
.
.~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~
🌹🌹🌹
.
.
.🍁♂️
Masuk sahaja ke perkarangan rumah, mata aku dah tak lepas dari menyoroti satu wajah itu. Walaupun dia diapit kiri dan kanan oleh ahli keluarga Adam tapi bagi aku, dia yang paling menyerlah. Sakit hatiku bila ada beberapa pasang mata tetamu-tetamu papa merenung Ayuni tak lepas. Dia tak sedar lagi kehadiran aku di dalam rumah ni walhal aku memang menunggunya sejak tadi. Tipulah kalau aku kata dia tak cantik malam ni. Sedangkan Danny yang seketika tadi mendekat ke arah Ayuni pun dah meleleh air liur.
Tapi di akhir ucapan bila aku sebut sepotong nama orang lain, tubuhnya tegak sekejap. Aku nak lihat lagi mata itu sehingga ke dasar, nak tengok betapa dia sakit hati bila aku menyebut selain dari namanya, tapi dia dah berpaling jauh dari renunganku. Ya, tentu saja misi aku tercapai kini tapi aku langsung tak ada kepuasan bila perempuan itu tunduk merenung pinggan di depannya. Aku nak dia sakit hati, tapi bila sakit itu terpancar di wajahnya, aku pula yang sakit melihatnya. I know she's hurt and I hate it!
Wajah papa dan mama juga turut tercengang bila aku umumkan bahawa Jessy akan menjadi pengantin perempuanku. Tak ada langsung riak gembira di wajah mereka. Danny di sudut sana juga seakan terbuntang matanya menyoroti aku dan Jessy yang duduk betul-betul di hadapan aku, sudah terjatuh rahangnya melihat aku tanpa berkelip. This is unexpected, I know.
This is the real heartbreaking Mission, and it's accomplished! Tapi aku tak gembira dengan hasilnya. Bukan hanya seorang tapi banyak hati yang sedang berdarah disebabkan aku waktu ini.
Dari jauh aku tengok Ayuni bergegas keluar dari ruangan, Riya cuba mengejarnya tapi ditahan Adam. Berkali-kali lelaki itu mengusap belakang isterinya yang kelihatan hampir mahu menitiskan air mata.
Ketika mata aku dan Adam bertaut, langsung tak ada riak senang di wajahnya. Tegang sahaja dia merenung aku seperti sudah bersedia menerkam aku bila-bila masa saja.
Aku hembus keluhan. Dada seakan menyempit walau berkali-kali aku tarik dan hembus nafas. Sepatutnya aku gembira, sepatutnya aku puas bila misi aku tercapai tapi kenapa hati ini juga turut sakit melihat mereka sakit? Seketika aku ramas rambut sendiri. Apa yang aku buat ni?
Ucapan tahniah yang berkumandang dan sorakan hadirin yang gembira mendengar perkhabaran aku tadi makin menyesak kepala aku. Aku macam mahu meletup sekarang ini.
Seolah tersedar, buru-buru aku meluru ke arah belakang rumah di mana Ayuni hilang di sebalik dinding itu. Tak boleh, aku tak boleh hilang kepercayaan Ayuni. Susah payah aku rebut hatinya selama ini, bila dah dapat, aku koyak-koyakkan pula... Bodohnya aku!
Tapi apa yang paling aku tak suka tengok, kini terlayar jelas di depan mata aku. Datuk Red dan Ayuni sedang berbual mesra di tepi kolam renang berduaan. Aku datang ke belakang ni sebab nak memujuknya tapi lain pula yang jadi. Shit!
Aku percepatkan langkah. Datuk Red yang memang menghadap arah aku datang, cuba melambai mesra ke aku tapi sebaik mendekat ke arah mereka, dengan sekuat tenaga aku tolak tubuh itu.
Aku dikuasai lahar amarah yang membuak-buak. Marah, dendam dan sakit hati bercampur-baur.
Splashh!!!
YOU ARE READING
Heartbreaking Mission ©️
Random[Book 2] Syed Nik Izzuddin x Ayuni Zaharah He hates her as much as he wants her. She laughed as much as she was sad. Dual POV's 🍁♂️ 🥀♀️