.
.
.~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~
🌹🌹🌹
.
.
.🥀♀️
Hampir jatuh smartphone yang tadinya aku tekap pada telinga.
"Hah? Macam mana..." Aku tak mampu menghabiskan ayat bila kerisauan memenuhi dada. Aku terduduk di atas kerusi dengan nafas yang naik turun. Geram, marah, takut, risau bercampur baur.
"Ara..." Suara nenek teresak di hujung talian. Aku masih mahu bertanya tapi mulut aku terbuka dan tertutup tanpa mampu bersuara.
Dadaku bagai hendak pecah. Aku bawa tangan mengurut ke situ. Meredakan gelora yang membadai. Aku tak boleh panik sekarang. Aku kena kuat, untuk nenek. Aku tarik nafas sedalamnya. Dan belum sempat aku kembali bersuara sekali lagi, pintu office dirempuh dari luar.
"Cik Ayu, aku tahu dah kenapa Melisa meroyan hari tu..." Wajah Kyle memenuhi santapan mata aku, sambil menyengih tak bersalah.
Bukan main aku terkejut. Langsung smartphone terlepas Dari tangan. Selamat mencium lantai mar-mar di bawah kaki aku Dan bercerai kepada Dua bahagian sebelum skrin yang tadinya menyala, perlahan malap Dan akhirnya menghitam.
"Oopss!" Kyle tutup mulutnya dengan hujung Jemari. Terbuntang seketika melihat apa yang disajikan pada matanya. "Sorry..." Sekali lagi dia menyengih menampakkan susunan gigi yang berkilat.
Pantas aku melutut ke bawah mencapai smartphone yang berantakan. Cuba menyatukannya semula tapi tak boleh. Menekan butang power beberapa kali tapi tak menyala juga.
"Kaaaayyyle!"
Aku rasa bangunan ni bergegar dengan ngauman aku. Aku tak peduli dah kalau high-pitch pun yang bergema. Biar sakit telinga semua orang.
Aku rasa macam nak meletup sekarang. Melihat Kyle yang dah menikus takut di depan, aku macam nak kunyah-kunyah kepala dia. Mata kail betul lah! Aku mencerlungnya dengan mata berapi sambil aku berdiri bercekak pinggang. Aku punya panik ni bukan boleh dibuat main. Memang nak kena dia ni.
"So-sorry Cik Ayu... Aku-aku... Tak..."
Aku mendengus geram. Cuba mengawal diri Dari tersampuk syaitan. Naik turun dada aku. Kalau aku bersuara ni, confirm amarah yang akan terluah jadi aku bermeditasi. Tarik nafas, hembus nafas...
Seolah tersedar dengan masalah aku tadi, aku capai pula Telefon di hujung meja. Mendail kembali nombor nenek tapi operator yang menjawab. Makin tak keruan aku jadinya.
"Cik Ayu ok ke?"
Aku jeling Kyle yang masih statik di depan. Ada lagi rupanya dia ni kat sini. Aku tak pedulikan dia selepas tu, jari makin sibuk Cuba kembali menghubungi nombor nenek. Satu saja dalam kepala aku, balik kampung!
Aku hempas gagang tadi. Mencapai handbag sebelum tergesa hendak keluar. Tapi seketika aku kilas pandang ke Kyle.
"Kalau kau jumpa Syed Nik, katakan aku emergency leave." Aku bersuara setenang yang mungkin.
Halkum Kyle turun naik. Seketika dia buka mulut. "Kenapa? Cik Ayu nak ke mana?" Senafas dia menyoal.
Bahuku jatuh beserta keluhan. "Mak Su aku..." Hampir-hampir aku meraung. Dari tadi pun memang aku berusaha supaya tak ada air mata yang tumpah. Selama 28 tahun ini, aku tak pernah serisau seperti sekarang. Mengenangkan nenek yang dah tak seberapa kudratnya Dan mengingatkan Mak Su yang dijadikan seistimewa kanak-kanak 3 tahun walau usianya dah menjangkau 40-an... Ah, aku benar- benar mahu cepat sampai ke kampung.
YOU ARE READING
Heartbreaking Mission ©️
Random[Book 2] Syed Nik Izzuddin x Ayuni Zaharah He hates her as much as he wants her. She laughed as much as she was sad. Dual POV's 🍁♂️ 🥀♀️