.
.
.
~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~🌹🌹🌹
.
.
.🥀♀️
Langkah dipercepat.
Lambat memang. Tak pernah dalam seumur hidup selama 28 tahun ini aku jadi selambat ini. Ugh!
Aku balik kampung. Dah apply separuh hari cuti untuk isnin in case aku tak larat nak bangun pagi. Ya, memang. Tapi, bila Kyle kata Tuan Adam tercongok di The Pinest hari ini, itu yang aku jadi kelam kabut. Itu satu hal.
Hal yang kedua, kereta buruk aku boleh pula meragam tengah-tengah jalan. Memang tepuk dahi aku dibuatnya. Memang hari ni aku kena sumpahan betul lah. Nasiblah Pakcik Noah dan isterinya lalu kat jalan yang aku tersadai tu. Dapatlah juga tumpang sampai ke persimpangan besar jalan nak ke The Pinest. Pakcik Noah pula bergegas sebab nak kejar waktu. Katanya pasar ikan segar sekejap lagi nak tutup, tu yang dia tak dapat hantar aku sampai gate The Pinest.
Yang ketiganya, aku dah bermarathon sampai 1km. Tak cukup itu, kaki pula tersandung kat pintu lift yang perlahan sangat nak terkatup. Adui, malang. Apa entah dosa aku yang lepas sampai aku terkena macam ni dasyat punya hal hanya dalam waktu kurang 2 jam. Istighfar kejap.
Aku gagahkan juga tangan menolak daun pintu meeting room sambil mengheret kaki yang dah berdenyut sakitnya.
"Finally..."
Satu suara garau yang aku dah tahu milik siapa, memecah ruangan luas meeting room. Sebaik aku angkat wajah, Tuan Adam sedang duduk di head table sambil bertepuk tangan dengan wajahnya terlakar senyum menyakitkan hati.
"Eghrrr...!" Aku menggerang geram. "Aku on leave, tahu tak?" Marah sebenarnya bila lelaki itu bersorak macam tu. Seolah sedang menyindir aku. Dan memang betul pun.
"55 minutes, Ayuni. Almost an hour..." Smirk lagi.
Aku lantas menarik kerusi yang bertentangan dengan Tuan Adam. Rasanya kaki aku ni tak boleh diheret lagi dah. "Tuan Adam, aku sedang bercuti. Tempat ni ramai je yang boleh entertain Tuan, kenapa aku juga yang dikerah? Nasiblah boss..." Ayat terakhir itu aku kunyah dan hembus bawah gigi. Seolah aku sedang mengunyah kepala Tuan Adam sendiri.
Gelaknya terlepas. Bingit pula telinga aku bila hanya ada kami berdua dalam ruangan bilik luas ini.
"Aku datang sebab aku ada dua perkara nak bagitahu. Bad news and good news. Kau nak dengar yang mana dulu?"
Aku tarik muka. Sekali dengan sengihan aku tayang. Tuan Adam ni memang full package betul. Datang mengejut, bawa berita yang mengejut juga. Dah tu, suruh pula aku pilih nak tahu yang mana dulu.
"Disebabkan aku dah dah tawaf satu bandar pagi ni sampai dah naik semput, mestilah nak dengar yang happy news dulu." Tak sedar senyum terlakar. Aku agak, mungkin Tuan Adam nak kata Riya ada kat sini juga. Menyorok di mana-mana Dan sengaja nak buat aku surprise kononnya.
Tuan Adam tayang sengih. Macam dah tahu aku akan pilih yang mana. Ceh!
"Good news is, you have your new COO."
Senyumku mati. Jadi, bukannya Riya ada kat sini pun. Sangkaanku melesat total.
COO? Cheif Operating Officer! Aku tak tahu nak rasa apa. Setahun yang lalu aku pernah request seorang Team Leader Dari HQ tapi Tuan Adam malah hantarkan offer letter untuk aku galas jawatan COO. Yep! Aku tolak. Bukan sekali ini aku menolak tawaran dari De Hidayat. Kali kedua ini pun aku menolak atas sebab yang sama. Sebab yang tak mungkin aku akan suarakan kepada sesiapa.
Hanya apa yang aku galas sekarang ini, aku tak mampu nak tepis sebab aku memang perlukannya. Jujurnya, aku bukan ketua. Tak layak pun nak duduk kat tempat teratas tu tapi sebab aku sebenarnya lari dari sesuatu. Ya, tipikal Ayu. Katalah aku pengecut, mereka tak tahu yang aku memilih untuk menjaga hati Dan Siri sendiri. Selfish? Agreed!
"It suppose to be a good news than why you show me the long long long face?"
Terbatuk aku jadinya. Sengaja aku tayang susunan gigi. Tak kisahlah kalau ada sayur sawi pun yang tengah tergantung di celah gigi. "Happy..." Balasku beserta gelak-gelak tak ikhlas. Sengaja tayang riak teruja yang palsu.
Separuh hati aku memang gembira. Sekurang-kurangnya beban di bahu aku semakin berkurangan dengan kehadiran seorang boss di sini. Tapi...
"Aku tak nak Sir Eric!"
Tuan Adam terlepas gelak. Aku juga yang gigit bibir sendiri. Lelaki ni bukan boleh agak perangai dia. Sejak berkahwin dengan Riya, perangai menganjing dia tu semakin terserlah dan sikit sebanyak mengingatkan aku pada seseorang. Tak sedar keluhan meletus dari bibir.
Aku rindukan waktu itu. Sungguh. Tak ada seharipun selama hampir tiga tahun ini aku tak mengenang detik dulu tapi marahkah dia padaku lagi? Setelah semuanya dah berlalu dibawa masa yang tak pernah henti berputar.
"Daydreaming!"
Tepukan kuat pada meja menyentak aku. Dengan aku sekali ikut tepuk meja. Terperanjat punya pasal. Aku mencerlung Tuan Adam yang dah berdekah di hujung sana. Dasar setan hijau!
"I think you are sick. Love sick." Dia berdekah lagi. "Kau yang menolak kan... Bila orang tu dah pergi, kau juga yang meroyan." Ujarnya lagi menyakitkan hati.
"Tak ada kaitan langsung!" Aku mendengus geram. Tuan Adam ni walaupun handsome bagai lelaki lindungan kaabah tapi mulutnya memang tak ada insuran.
"Oh ya, Riya dengan Iyad ada kat lobby tadi. Kau ada nampak?"
Ya Allah! Aku hampir melompat dari tempat duduk. Buku lali yang tadinya berdenyut hebat dah tak terasa sakitnya. Aku bingkas bangun. Ke lobby tujuannya. Lebih baik aku cari Riya dari berdepan dengan mamat singa yang menyakitkan hati tu.
"Eh Ayuni! Aku tak cakap lagi bad newsnya..." Dia ikut kalut bila aku sudah menerpa ke pintu.
"Nanti-nantilah Tuan Adam bagitau. Aku nak jumpa Riya, nak peluk Iyad. Bye!"
Sebaik tubuh melolos dari ruangan meeting room, aku dengar Tuan Adam bergumam tapi tak jelas butir bicaranya dan aku juga tak peduli. Walaupun dia boss aku tapi dia juga seorang sahabat yang aku boleh berkurang ajar kalau keadaan mendesak. Macam sekarang ni, tak kuasa aku nak layan perlian pedasnya. Asal jumpa, mesti hal itu juga yang dia nak ungkit-ungkit. Malas aku!
.
.
.
.
.~The flaws- the mistakes I make- that's the real me~
Heartbreaking Mission
YOU ARE READING
Heartbreaking Mission ©️
De Todo[Book 2] Syed Nik Izzuddin x Ayuni Zaharah He hates her as much as he wants her. She laughed as much as she was sad. Dual POV's 🍁♂️ 🥀♀️