.
.
.~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~
🌹🌹🌹
.
.
.🍁♂️
Tok Kasim berjanji akan menguruskan semua dokumen yang berkaitan, kemudian. Aku bersyukur, semuanya berjalan lancar. Adalah juga sedikit bantahan dari empunya badan tapi bila Nenek Tijah dan Pak Sahak masuk campur, dengan mudah sahaja semuanya disetujui. Dan aku kira akulah lelaki paling bahagia dalam dunia ini cumanya aku terpaksa tinggalkan Ayuni di malam kami diijabkabul.
Kalau bukan SOS Dari Jessy, tak adanya aku nak melangkah pergi jauh walau seinci pun dari Ayuni yang sekarang ni sudah bergelar Mrs Syed Nik Izzuddin. Kalau setakat panggilan kecemasan, lambat lagi aku nak layan tapi ini SOS yang mana meyakinkan aku bahawa nyawanya di hujung tanduk sekarang.
Berat hati nak pergi, tapi aku janji akan kembali menjemputnya di sini menjeling hujung minggu tapi perempuan tu pula yang insist mahu kami bertemu di kediaman papa dan mama saja. Panjanglah juga muncung aku tapi dia gelak kan aku saja. Nak acah sweet, jangan harap dia nak layan.
Aku biarkan Ayuni fikir aku kembali ke Selatan atas arahan Adam. Itulah yang dia ceritakan kepada keluarganya yang dah jadi keluarga aku juga, bila aku tergesa berpamitan malam itu juga. Aku tak sampai hati nak beritahu dia pasal Jessy sebab aku tak nak dia risau. Aku kalau boleh, nak Ayuni merasa perempuan paling bahagia seperti aku. Aku tak mahu dia sedih-sedih.
"Take good care, Niko." Ucapnya separuh berbisik ketika tunduk mencium tangan aku. Aku punya terharu dah tak tahu nak gambarkan macam mana. Rasa mahu menitis air mata jantan ni tapi sedaya upaya aku tahan.
"Take good care, shortcake my ammora." Balasku juga separuh berbisik. Manis senyumannya beserta dengan pipi yang perlahan me-merah. Comel.
Sepanjang pemanduan itu, hati aku dipagut resah. Kenapa dengan Jessy? Dah tak ada orang ke yang dia nak SOS-kan selain aku? Mana perginya Danny? Kan dorang tinggal dekat-dekat saja? Ah, tak faham aku.
Bila sampai di condominium miliknya, berkali aku tekan loceng baru dia buka pintu.
"Oh my god!" Terbuntang mataku melihat keadaan rumah yang macam dibadai tsunami. Dengan Jessy dalam keadaan yang begitu, rambut berantakan dan mata yang sembab dengan air mata, aku tak dapat sembunyikan curiosity. "What happened?" Soalku meluru masuk. Tak sempat aku nak menilik lebih jauh keadaan rumahnya, Jessy dah meluru ke aku. Memeluk aku dengan tubuh yang bergetaran. Seketika tangisnya pecah di dada aku.
"Shhh, just breathe..." Pujuk ku mengusap belakangnya yang dibaluti bathrobe yang dah tak serupa bathrobe. Lama kami dalam keadaan macam tu sebelum aku menuntunnya untuk duduk di sofa berhampiran.
"Now tell me what the hell was happened." Bicaraku tenang sambil mencari matanya. Ada beberapa kesan lebam juga di rahangnya. Bila aku tilik lebih jauh, dekat leher dan dadanya juga ada kesan yang sama.
"You know the guy. He's cheated and you knew that. For almost a year after the break, he came. Here..." Esaknya bersambung.
"Shit!" Carutku terlepas tanpa mampu ditahan. "Dia buat apa dekat kau?" Aku cakup kedua bahunya.
"He... He just... He was..."
YOU ARE READING
Heartbreaking Mission ©️
Random[Book 2] Syed Nik Izzuddin x Ayuni Zaharah He hates her as much as he wants her. She laughed as much as she was sad. Dual POV's 🍁♂️ 🥀♀️