~HbM 20~

1.6K 69 5
                                    

.
.
.

~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🥀♀️

Aku tahu nenek dan Tok Kasim dah ceritakan semuanya pada Niko. Apa yang memeranjatkan aku ialah Niko langsung tak terkesan apa-apa. Aku fikir, mungkin dia dah campak aku jauh-jauh Dari pandangannya seperti mana orang lain buat kat aku bila tahu siapa aku yang sebenarnya. Namun sangkaanku melesat total. Niko yang tahu kebenaran adalah sama saja dengan Niko yang selama ini aku kenal. Jauh disudut hati, aku memanjat syukur yang tak terhingga.

Aku ada terfikir juga, kalau perkahwinan ni menjadi tiket untuk aku menebus dosa aku pada Niko, apa salahnya kalau aku main peranan. Janji aku pada mama dan papa Niko masih terpahat kukuh dalam hati. Lagipun, sebab aku juga dia jadi macam tu. Disebabkan aku lah dia kembali mengalami hal sama yang dia pernah lalui dulu.

"Syaratnya apa, shortcake? Tak sabar dah ni nak menikah dengan kau." Menyeringai suka lelaki tu bila aku dah bagi kata setuju. Mencebik aku jadinya.

"Kau pergi balik mandi dulu kat rumah Tok Kasim, boleh? Kau busuk, macam bau kerbau berkubang." Lepastu aku hambur gelak sambil pura-pura menutup hidung.

"Suk! Suk!" Mak Su ajuk perbuatan aku, turut sama menutup hidungnya membuatkan Niko dah tayang muka sememeh.

"Bukan aku seorang lah yang berbau kerbau berkubang." Mencuka mukanya. Aku yang tengok pun senak perut menahan gelak histeria.

"Ara, sudah-sudahlah tu mengusik orang. Yang kamu tu berkain batik masuk dalam selut, tak takut lintah?" Suara nenek mencelah. Tadi dia sibuk menonton, sekarang ni dia berusaha menegakkan semula rumpun padi yang habis menyembah lumpur ulah aku Dan Niko.

Mendengar saja nama binatang tu, menggeletar satu badan aku sebelum aku berlari pecut menuju ke rumah. Nak mandi cepat-cepat. Janganlah Cik L panjat kaki aku, sudah.

Kali ini Niko pula gelak menganjing ke aku. Tak guna betul! "Oii makcik, jaga sikit kain tu. Londeh karang..." Sempat dia berloyar buruk.

"Diamlah!" Pekik aku di kejauhan membuatkan dia makin mengekeh. Agaknya nenek pun dah geleng kepala tengok tingkah laku cucu yang seorang ni. Sempat aku dengar orang tua tu menyuruh Mak Su mengekori aku.

Masa tengah mandi tu pun fikiran aku tetap ligat berputar. Menimbang baik buruk akan keputusan yang baru aku buat tadi. Bukan sekali Dua Niko luah rasa pada aku, bukan baru kejap tadi dia ajak aku kahwin... Lama dah. Banyak kali pula tu.

Sekarang ni dia pun dah tahu apa yang selama ini aku sorok. Keluarga dia sendiri pun dah tahu aku ini celah mana datangnya. Tapi aku ada sikit rasa segan bila nanti selepas ini aku hadir sebagai menantu mereka. Betulkah apa aku buat ni? Tak ke mengundang musykil pada sesiapa?

"Ara, ok ke tu?"

Terperanjat aku bila ketukan bertalu-talu di pintu bilik air memecah gegendang telinga.

"Kenapa?" Soalku separuh menjerit Cuba menyaingi bingitnya bunyi pili air yang sedang terpasang.

"Kamu lama sangat dalam tu. Cepat siap, nanti tolong nenek masak. Atok kamu kata nak makan tengah hari kat sini kejap lagi. Cepat!"

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now