~HbM 28~

1.4K 73 7
                                    

.
.
.

~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🥀♀️

Aku insisted nak balik ke Melaka juga pagi hari Isnin tu walaupun Tuan Adam dan Riya dah menegah keras supaya aku berehat saja. Ya, aku hampir mati malam tu tapi aku dah sihat kot sekarang. Aku bukannya tak pandai berenang tapi masa aku jatuh lencun dalam air, dress aku berat ditambah lagi dengan kaki bersarung heel, macam mana aku mampu nak timbul ke permukaan kalau ada yang memberat menarik aku terus ke dasar? Gila!

Seharian itu juga aku tak nampak Niko. Mungkin dia masih kat rumah Mak Ayah dia. Siapa tahu. Mungkin tengah buat persiapan nak berkahwin dengan Syarifah Jasmine. Rasa nak menangis saja mengenangkan hal yang satu tu. Walaupun aku kata aku tak mahu ambil peduli lagi tentang Niko tapi hati aku tetap dipagut rindu dan aku benci akan kenyataan yang aku sedang merindui Niko!

Kemunculan Melissa dan Kyle dalam office mengejutkan aku yang masih duduk di sini sambil memandang kosong dinding lutsinar yang mengarah ke pantai.

"Ada apa?" Soalku lemah. Tak ada mood langsung nak buat kerja. Tapi di tangan Melissa ada sejambak bunga mawar yang entah berapa banyak kuntumnya, taklah pula aku sempat nak hitung.

"Cik Ayu ada parcel." Balas Kyle tersenyum suka serentak meletakkan satu bungkusan sederhana besar di atas meja aku.

"Ini pun untuk Cik Ayu juga." Tutur Melissa dan berjalan maju mengelilingi desk aku sebelum meletakkan jambakan bunga tadi betul-betul di atas riba aku. Tersentak juga sekejap.

"Siapa si gila yang tiba-tiba bagi aku benda alah ni?" Soalku sarkastik tapi jari tak menahan juga dari tak membelek kuntuman indah bunga rose di depan mata. Cantik. Banyak pula tu. Hampir tak bertemu jari kalau aku peluk semuanya.

Kyle dah hembus nafas malas. Nak kutuk aku heartless lah tu. "Entah, currie yang hantar kat bawah tadi." Balasnya bernada bosan. "Datuk Red kot." Dengan yakin dia menduga.

Aku memandangnya dengan mata mengecil. Tersengih Kyle akhirnya. Semalam masa aku pulangkan smartphone miliknya, bukan main lebar sengihan sotong tu seolah aku baru kurniakan dia dengan satu lagi nyawa tambahan.

"Tu ada kad..." Melissa dah juih bibir ke arah bunga yang aku sedang dukung sekarang ni. Pantas aku memeriksa ke dalam celahan kuntumnya. Memang ada satu kad kecil terselit kat dalam. Tapi sebelum menyelak buka kad tadi, aku soroti budak dua orang tu dengan pandangan tajam.

"Ada apa lagi?" Soalku tak beriak. Kedua-duanya geleng sambil menyimpul senyum sampai telinga. "Dah tu, pergilah buat kerja. Lepak kat sini, buat apa?" Soalku lagi dengan mata tajam menikam keduanya.

"Halah, baca lah dulu kad tu. Kita orang pun nak tahu juga siapa secret admire Cik Ayu ni." Kyle dah juih bibir merajuk. Nampaknya tak terkesan dengan pandangan tajam aku tadi.

"Sibuk aje!" Bentak ku buat-buat hempas bunga kat atas meja. Membulat mata Melissa tapi sekejap saja bila dia kembali menyengih.

Memang manusia kat resort ni dah faham sangat dengan perangai aku. Macam mana pun aku memetir kalau ada yang tak kena, patuhnya sekejap saja sebelum semuanya berperangai masuk air semula. Dah aku pun masuk air, wajarlah dorang tak takut langsung. Cuba kalau Niko, lelaki tu tayang muka ketat saja semua dah gugup. Itu belum keluar suara lagi.

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now