Author note
Tengah-tengah baca cerita, sampai kat klimax... Dah jadi e-book. Saya pun geram juga kalau begitu gayanya. Merudum mood ke bawah kaki. Jadi, jomlah kita sambung cerita HbM. Tak jadi e-book. Nanti kena kecam 😁So, happy reading ✌️
.
.
.~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~
🌹🌹🌹
.
.
.🥀♀️
Aku belek lagi diri sendiri. Kejadahnya Riya bagi aku baju macam ni? Macam mengusung ribuan syiling kat badan gamaknya. Dengan labuci bergantungan pada dada baju, dengan beratnya tak usah dicakap. Halah!
Aku buka balik baju dress berwarna silver one piece tu. Kalau pakai ni kemudian berdiri di bawah lampu, confirm aku jadi berkelip-kelip macam lampu bulat kat disko tu. Phewww, demam seminggu orang tu melihat aku nanti.
Aku angkat satu lagi dress berwarna kuning cair. Yang ni tak ada hiasan menyakitkan mata tapi beratnya sama saja dengan dress silver tu. Kalau jatuh kat air, memang tenggelam sampai ke dasar. Seram betul! Tapi ya, hanya dua pilihan itu yang ada. Riya kata dress-dress ni saja yang dia tak pernah pakai. Aku ada je baju kurung tapi entah kenapa semua perempuan dalam rumah ni suruh aku melaram bagai. Bukan aku nak pergi menikah pun. Selamat dah pun beberapa hari lepas. Dorang saja yang tak tahu.
"Kak Ayu, nak touch-up sikit. Have a seat." Lily yang dari tadi memerhati kelakuan aku akhirnya bersuara. Aku lupa pula yang dia masih wujud kat sini.
"Kejap, nak pakai ni." Balasku sambil angkat dress kuning tadi yang masih aku genggam kemas. Lama kot aku mengelamun sampai perempuan tu naik bosan menunggu aku. Dia sendiri dah siap sebenarnya, hanya aku ni yang masih terkial-kial. Dumbfounded sekejap.
"Oh, I ingat akak nak pakai yang silver tu. Lebih menyerlah sebab liplap-liplap." Tuturnya sambil tergelak.
"Kau nak mampus pakai baju disko pergi gathering orang kenamaan?" Membulat mata aku tapi sekejap saja bila bicara aku disambut gelak kelucuan dari lily. Aku turut tergelak dengan ayat sendiri.
Selesai menyarung dress, Lily tolong siapkan pula muka aku. Dah tu baru aku lilit shawl menutup kepala. Berkali-kali aku cakap kat Lily, orang kalau dah jelek... Pakailah macam mana pun, tetap juga jelek. Sudahnya lengan aku pula yang dicubitnya geram.
"I fikir, orang buta pun boleh celik kalau nampak Kak Ayu cantik macam ni. Celah mana yang jeleknya pun I tak nampak." Gumamnya serentak dengan gelak-gelak halus. Aku jeling saja muka perempuan tu. Entah puji ke keji tu. Tapi tak adalah aku nak tersentap bagai.
Bila kami semua dah berkumpul di ruangan tengah rumah, Datuk Sally pastikan tidak ada sesiapa lagi yang tertinggal. Semua akan pergi ke kediaman Tan Sri Syed Malik termasuk lah juga bibik Minah.
Dada aku kembali berombak. Satu, sebab tak tahu siapa saja tetamu jemputan keluarga Syed tu selain keluarga Datuk Salina dan keduanya sebab aku ada sedikit rasa takut akan penerimaan keluarga Niko nanti kalau tahu akulah sebenarnya menantu mereka. Ya, mungkin dulu mereka boleh menerima aku sebagai anak angkat dan bagaimana pula kalau aku ini bergelar isteri Niko?
Aku menyentuh dada. Meredakan ombak yang membadai sejak awal pagi tadi ketika aku bertolak dari Perlis. Salah aku juga sebab jual mahal sangat. Niko dah offer untuk jemput aku tapi aku saja yang mengada. Tapi hakikatnya, aku perlu melencong ke kediaman Riya sebelum majlis malamnya berlangsung. Kalau ada Niko menempel kat sebelah, confirm aku tak boleh nak buat apa-apa aktiviti pun. Clingy dia tu boleh tahan merimaskan. Hadaplah kau dapat isteri garang plus heartless macam aku ni.
YOU ARE READING
Heartbreaking Mission ©️
Random[Book 2] Syed Nik Izzuddin x Ayuni Zaharah He hates her as much as he wants her. She laughed as much as she was sad. Dual POV's 🍁♂️ 🥀♀️