~HbM 29~

1.4K 78 11
                                    

.
.
.

~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🍁♂️

Sepatutnya aku sampai lebih awal kat resort kalau bukan sebab mahaguru cinta itu menahan aku. Menyumbangkan tips percuma entah apa-apa pasal bagaimana caranya memenangi kembali hati wanita yang terluka. Siapa lagi kalau bukan orang yang paling annoying dalam muka bumi ni, Danny.

Ayuni aku bukan macam girlfriend-girlfriend dia yang materialistic tu. Ayuni itu independence woman. Hati dia tu keras sebab selama ini hidup yang dijalaninya sangat menyakitkan. Si mangkuk ni pula suruh aku beli macam-macam sebagai tanda minta maaf. Jewelry, handbags, shoes, dresses... Serabut kepala otak aku!

"Kalau macam tu, you play dumb. Kalau dia suruh you melutut, just do it. Kalau dia suruh you terjun bangunan, jangan fikir banyak, you terjun terus!"

Memincing saja mata aku tengok Danny yang dah berdekah. Saja nak tambahkan serabut kepala aku.

Jadinya, terpaksalah aku tebalkan muka pergi bertemu Riya. Sebab hanya perempuan tu saja yang boleh tolong aku macam mana nak meraih kembali hati sang kekasih yang aku dah lukai.

"Kalau Ayuni belum maafkan awak, awak pun jangan cuba nak bercakap dengan saya. Tapi untuk soalan awak tu, tunjukkan keikhlasan. Macam mana nak buat, awak fikir sendiri sebab awak yang sakitkan dia tanpa bantuan orang lain! Kan?"

Adam cuma mampu angkat bahu bila Riya tidak lagi melayan aku selepas tu. Menonong dia masuk semula ke perut rumah. Tarik nafas panjang aku dibuatnya. Garu kepala kejap cuba menghadam apa yang dikata Riya. Aku tahu dia pun tengah marahkan aku waktu ini. "Macam mana nak tunjukkan keikhlasan?" Aku merungut. Hebat betul cabaran kali ini.

"Senang je. Tulis kat dahi." Balas mangkuk tingkat tu disusuli dengan gelak tawa menganjingnya. Aku tahan hati saja dari tak rembat kepala Adam. Ada kawan pun, tak membantu langsung.

Sudahnya, aku berjalan dekat mall seorang diri. Tanpa tujuan. Saja nak cari ilham. Hari itu berakhir dengan aku membeli 77 kuntum bunga rose dan smartphone. Sebab aku teringat yang Ayuni ada cakap smartphone nya rosak dan terpaksa pinjam dekat Kyle. Aku bangga betul dengan pencapaian aku sendiri tanpa bantuan orang lain. Tapi untuk seketika saja.

Bila aku sampai dekat resort sejam sebelum lunch, semua orang sepertinya sedang meraihkan sesuatu bila masing-masing ada bunga sebiji macam yang aku beli dan minta kurier hantarkan ke Ayuni. Dekat desk receptionist pun ada bunga yang sama. Siap bubuh dalam vase lagi.

Lalu ke meja Melissa, sama keadaannya. Dia hampir tak sedar akan kehadiran aku sebab terlalu sibuk membelek bunga rose yang sedang dipegangnya.

"Boss! Err..." Laju dia bangun bila aku berdehem di tepi mejanya. "I~I tak tahu yang boss akan masuk harini." Tuturnya dengan nada cemerkap. Aku perhati saja kekalutannya.

"Mana dapat bunga tu? Boyfriend bagi?" Soalku datar bila mata aku jatuh pada sekuntum bunga rose tergolek di atas mejanya.

"Tak. Ermm, Cik Ayu Kasi. Katanya ada orang baik belanja. Semua orang dapat. Boss pun dapat, I dah letak dalam vase kat dalam office." Melebar senyumnya tapi hati aku pula yang merudum jatuh tergolek ke lantai.

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now