.
.
.~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~
🌹🌹🌹
.
.
.🥀♀️
Betullah yang Datuk Red ada menghantar email mengatakan yang dia nak postpone meeting antara kami sebab dia terlibat dengan business trip untuk beberapa hari akan datang. Keluhan kecewa aku hembuskan. Aku dah excited sangat nak memburu seorang Mursyid tapi tak boleh juga nak buat apa-apa selagi Datuk Red tak membuka jalannya.
Tapi apa yang aku tak senang ialah email yang datang darpada pusat jagaan yang menempatkan mama aku di mana isinya mengucapkan terima kasih atas sejumlah wang yang disalurkan ke pusat berkenaan. Aku tak hairan kalau Niko dah membaca inbox aku seluruhnya. Entah password untuk email ini pun dia yang set-kan yang baru sebaik saja dia beli Telco nombor yang sama. Tak habis decitan aku keluar dari mulut. Entah bila masanya dia buat kerja ni pun tak diketahui. Bukan sikit jumlahnya.
Aku tahu Niko agak sibuk minggu ini dengan schedule bersama dengan sebuah majalah hiburan yang membuat liputan khas ke resort ni. Tapi 3 hari berturut-turut 77 kuntum bunga rose merah menanti aku di ruangan lobby pada setiap pagi. Lelaki ni tak sayang duit ke macam mana. Dan selama kami tak berselisih tu, kerap juga dia hantar whatapps yang mana aku tak pernah lagi membalasnya. Aku kan belum umumkan gencatan senjata. Sebab tu lah aku biarkan mesejnya sepi.
Aku tak lah marah sangat dekat Niko sebab aku tahu dia itu orang yang macam mana dan apa yang dia lakukan sejak kebelakangan ini disebabkan oleh emosi dia yang memang tak stabil tu. Tapi, aku sengaja nak bagi ruang untuk dia dan aku untuk adapt situasi baru ini. Situasi di mana kami ini suami isteri yang berkerja di bawah bumbung yang sama. Terlalu rapat nanti akan timbul pula fitnah sebab kami belum lagi membuat special announcement pasal hubungan baru ini.
Telefon di sudut meja berdering nyaring mengejutkan aku dari mengelamun. Pantas aku angkat dan rupanya salah seorang team Niko dari west wing.
"Cik Ayu, ada tetamu cari boss kat office sini tapi boss dengan Melissa ada dekat site sekarang. Boleh tak Cik Ayu..."
"Ok." Cantasku. Mendengar saja suara pemanggil itu seolah agak takut-takut, aku dah tahu apa yang difikirkannya. "Suruh dia tunggu sekejap. I'm coming." Tuturku lagi. Memandangkan sekarang memang aku tak adalah terlalu sibuk. Audit lama lagi. Masih ada masa nak bertepuk tampar dengan yang lain.
Menjengah ke west wing, hanya ada beberapa sahaja yang ada di situ membuatkan ruangan luas itu kelihatan sunyi. Ini pemandangan biasa kat sini kalau ada aktiviti outdoors yang sedang berlangsung. Dari jauh aku tengok Kak Sarafina melambai. Kemudian dia arahkan telunjuk ke pintu office Niko. Aku angkat simbol ok pada jari sebelum perlahan menolak pintu office Niko.
Sebaik pintu terkuak lebar, aku terkejut dengan kehadiran Jasmine di situ. Sedang duduk di atas couch yang sememangnya dikhaskan untuk tetamu. Pantas dia kalih pandang bila terdengar bunyi pintu menganga.
Jasmine pantas bangun berserta senyuman lebar dan meluru ke aku. Membuang tangannya melingkar ke abdomen aku. Aku pula yang jadi cuak. Dia bertingkah seolah aku tak pernah cemburu dengan dia sebelum ini. Tapi aku balas juga pelukannya. Hakikatnya Jasmine tetap saja keluarga Niko yang tak boleh dipertikaikan.
YOU ARE READING
Heartbreaking Mission ©️
Random[Book 2] Syed Nik Izzuddin x Ayuni Zaharah He hates her as much as he wants her. She laughed as much as she was sad. Dual POV's 🍁♂️ 🥀♀️