.
.
.~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~
🌹🌹🌹
.
.
.🍁♂️
"Makcik sengaja nak membuka aib orang lain sebab makcik nak menutup dosa sendiri kan, betul tak? Nak aku bagitahu semua orang Zakiah Harun tu kerja apa kat bandar sana? Ke makcik nak aku tunjuk video pasal Zakiah meronggeng di kelab malam? Aku ada bukti tu, nak tengok?" Perlahan saja aku bisik di telinganya Dan bila aku mencipta jarak, wajah separuh baya itu kelihatan pucat lesi. Berkali lehernya bergerak-gerak Dan matanya tajam berapi memandang aku.
Menyungging sinis senyum aku bila dia dah tak terkata apa. Bahang kemenangan seolah terpancar di atas kepala aku.
Malam tadi, makcik ini jugalah yang lincah mencemuh ketika Ayuni Dan aku sampai ke sini. Sorotan tajam matanya waktu itu memang boleh membunuh tapi aku dah tak terasa apa lagi ketika ini. Walau setajam mana dia panah aku dengan matanya, atau sebesar apa api kemarahan yang sedang marak dalam kepalanya, aku dah tak terasa sikitpun! Aku rasa nak bertepuk tangan saja sekarang ni. Meraihkan kemenangan aku sendiri. Niko 1, Mak Kiah 0.
Mak Kiah lantas bergegas pergi tanpa sepatah kata. Langkahnya disusuli yang lain bila Tok Sidang menyuruh mereka bersurai.
"Sibuk saja semuanya. Kamu orang ni tak payah masak sarapan ke apa? Biar laki kamu semua kebulur kat rumah tu!" Tajam teguran orang tua tu. Sesuai sangatlah tu jadi Tok Sidang.
Aku dengar keluhan lemah nenek Tijah yang masih berdiri di atas beranda. Memandang sayu ke arah aku Dan Tok Sidang silih ganti. Ayuni pula sudah bercekak pinggang, matanya tajam menikam aku seolah dah bersedia menghadiahkan aku penampar berbisanya.
"Tok masuklah dulu. Saya buatkan air..." Tenang nada Nek Tijah mempelawa kami masuk. Cepat-cepat aku mendekat ke arah Tok Sidang sebelum Ayuni menghalau aku lagi sekali. Berusaha aku menyorok di belakang tubuh Tok Sidang bila Ayuni tak lepas menikam aku dengan sorotan matanya.
Tak sempat perempuan tu bersuara bila Nenek Tijah menariknya masuk ke dalam perut rumah. Aku menghembus nafas lega. Sekurang-kurangnya aku selamat setakat ini.
"Alisaa... Tok datang ni." Tok Sidang meninjau ke dalam rumah sebelum melabuh duduk di atas sofa. Dari jauh aku dengar derap langkah kaki seperti bergegas laju Dari dalam bilik bersebelahan ruang tamu. Aku turut duduk diam selang satu tempat Dari Tok Sidang.
Kreekkk...
Pintu terkuak perlahan sebelum satu kepala terpacul lambat-lambat menjengah ke luar. Aku terpanah, terkesima Dan terkagum. Istimewanya Alisa. Aku tak boleh gambarkan dengan kata-kata. Fizikalnya tak terlalu besar, mungkin hanya separas dada aku atau mungkin hanya menyamai ketinggian ribs cage aku. Comel tak usah dicakap. Sorotan manja pandangannya seolah mengagah aku untuk menguis pipi itu. Adorable. Aku jatuh sayang padanya serta merta."Toookkk..." Suaranya meleret pelat Dan telunjuk lurus tertunding ke arah aku.
"Ni kawan Tok, tak payahlah takut. Mari sini duduk dengan Tok." Tok Sidang menggamit Alisa supaya datang mendekat tapi perempuan istimewa itu tetap pandangannya tertala ke aku. Mungkin dia sedar aku orang asing kat sini.
Perlahan aku mengukir senyum. Aku kira, senyuman paling Manis yang aku mampu buat. Berkelip-kelip mata Alisha memandang aku sebelum perlahan menapak mendekat. Bersalam dengan Tok Sidang Dan mencium tangan orang tua itu penuh sopan. Kemudian dia duduk di satu sofa single.
YOU ARE READING
Heartbreaking Mission ©️
Random[Book 2] Syed Nik Izzuddin x Ayuni Zaharah He hates her as much as he wants her. She laughed as much as she was sad. Dual POV's 🍁♂️ 🥀♀️