~HbM 19~

1.4K 67 4
                                    

.
.
.

~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🍁♂️

Khotijah Abdulah atau dahulunya dikenali sebagai Sunandha Marasri ialah gadis berdarah bangsawan yang berasal dari Thailand. Ketika berkahwin dengan Daud Salleh, dia lantas memeluk Islam dan mengekalkan namanya sebagai Mak Tijah sampai ke hari ini. Malangnya, gadis cantik itu dipalau keluarga sendiri bila dia memilih untuk berkahwin dengan seorang Muslim yang berasal dari Malaysia.

Pasangan itu mempunyai Dua orang cahaya mata perempuan. Aisyah Nurhana Dan Alisa Suhana. Malang menimpa Mak Tijah sekali lagi bila Daud pula meninggal dunia ketika Mak Tijah mengandungkan Alisa. Sejak itu, Mak Tijah duduk di kampung kelahiran arwah suaminya Dan mengusahakan kebun Dan sawah yang ditinggalkan demi kelangsungan hidup mereka tiga beranak.

Aisyah tumbuh menjadi sunti yang cantik. Dikurniakan pula dengan otak yang pintar. Dia menjadi kebanggaan penduduk kampung suatu waktu dahulu bila Aisyah antara yang berjaya mendapat biasiswa tajaan kerajaan Perlis untuk melanjutkan pengajian ke United Kingdom.

Aku tekun mendengar, walaupun ketika ini Tok Sidang yang sedang bercerita tapi Nenek Tijah yang sedang mengalirkan air mata.

"Mungkin ini semua balasan sebab saya sendiri menderhaka dengan Mak ayah..." Luahnya sayu sambil menyeka airmata yang tak henti mengalir. Aku tak tahu bagaimana hendak meredakan hiba di hatinya.

Tok Sidang berdehem sebelum menyambung kembali ceritanya yang terhenti tadi.

Malang sekali lagi menimpa Mak Tijah bila akhirnya Aisyah balik ke kampung pada tahun ketiga dia menuntut di United Kingdom. Apa yang memeranjatkan segenap penduduk kampung ialah, Aisyah membawa sekali seorang bayi perempuan berusia 3 bulan ketika itu. Puas ditanya, puas dirayu... Aisyah tidak pernah membuka mulut tentang apa yang berlaku dengannya.

Tidak ada sesiapa tahu Aisyah sudah berkahwin ke, bercerai ke, dirogol ke, ditipu ke, dikhianati ke... Tapi hanya satu yang disebutnya iaitu Ayuni Zaharah Binti Mursyid, anak kandungnya. Dan manusia pemilik nama Mursyid itu menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Status Aisyah menjadi tanda tanya sehingga ada yang berani membuat spekulasi sendiri. Rokiah antara yang lancang mencemuh Aisyah padahal mereka pada awalnya adalah sahabat karib. Aisyah tetap membisu sehinggalah kesihatannya merosot sewaktu Ayuni Zaharah masih di sekolah menengah.

"Tapi Tok tak percaya dengan tohmahan orang lain pasal status Ara tu. Tok masih percaya Aisyah cuba melindungi seseorang sebab itu dia tidak pernah menyebut walau sekalipun macam mana rupa ayah kandungnya Ara yang sebenar." Tok Sidang mengeluh panjang. Cawan yang berisi air kopi di depannya sekali lagi diteguk masuk ke dalam rengkung.

"Macam mana Ayuni dapat identiti yang sah kalau betul tak jelas siapa ayahnya?" Diakhir cerita Tok Sidang, barulah aku berani menyoal.

"Ara dapat IC masa dia nak duduk SPM sebab masatu kalau tak ada IC memang tak boleh duduk periksa. Untungnya Ara tu budak pandai. Ada campur tangan dari pihak sekolah, barulah JPN tu keluarkan IC Ara. Itupun Tok lah yang naik turun Pejabat Sumpah Dan saksi bagai sebab Tok ni saudara terdekat dengan dorang. Arwah Daud tu sepupu Tok. Masa tu Aisyah dah tak boleh buat apa dah... Dah duduk hospital eh, Tijah?"

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now