~HbM 17~

1.3K 66 5
                                    

Author note
Double update kali ini supaya lebih jelas jalan cerita sebab bab ni ada flashback ☺️

Happy reading!


.
.
.

~I acted like it wasn't a big deal when really it was breaking my heart~

🌹🌹🌹
.
.
.

🍁♂️

"Eh genius, aku tak suruh kau pergi culik budak yang tak normal tu. Sial!"

"Tak boss, aku tak culik. Aku memang jumpa dia kat tepi sungai lagipun aku dah sudahkan job yang boss suruh tu."

"Kalau betul begitu, tak apa. Tapi kalau aku tahu kau menyusahkan perempuan aku... Enam kaki ke bawah sana aku benamkan kau!"

Halkum Fendi bergerak-gerak seolah payah benar hendak menelan liur nya sendiri.

"Jadi apa saja yang kau dapat sepanjang kau kat sini?" Aku mencerlungnya tajam.

Terketar tangan Fendi menyauk ke dalam beg galasnya Dan dikeluarkan sekeping sampul besar berwarna coklat. Tak sempat dia hulur, aku dah sambar dulu. Mengeluarkan isi di dalamnya. Berbekalkan suluhan lampu kereta, aku dapat lihat beberapa keping gambar dari dalam sampul tadi.

"Rokiah Selamat." Sepatah Fendi berbicara sambil melepas keluhan. "Makcik ini lah yang banyak menyusahkan perempuan boss. Yang cantik tu, anak dia. Zakiah Harun. Kerja GRO dekat Zoux sana." Panjang lebar dia menerangkan sementalah aku menilik satu-satu kepingan gambar tadi.

"Good." Pujian tulis ikhlas aku bagi kat Fendi. "Job terakhir tu, kau dah tak payah buat. Nanti aku perlu, baru aku panggil kau balik. Kau blah malam ni juga." Aku masih bernada datar dengan mata masih mencerlungnya.

"Baik boss. Aku blah. Good luck." Ibu jari dia tunjuk kat aku Dan aku hanya mampu angkat bahu saja.

Jujurnya, aku tak rancang sesi culik menculik ni Dan kalau adapun, aku yang perlu buat. Bukannya Fendi. Aku hanya nak tahu siapa Ayuni Zaharah sebenarnya. Siapa keluarganya, siapa ibu bapanya, apa ketakutannya Dan serba serbi task Fendi hanyalah perlu mendekati keluarga itu.

Tapi kejadian Alisa hilang itu membuatkan semuanya menjadi kacau. Ikut rancangan awal, aku yang kena 'culik' Ayuni tapi nampaknya ada jalan lain yang lebih mudah Dan tak semena senyumku mengherot. Suka.

Aku dah tak boleh patah balik bila aku dah sampai sejauh ini. Aku tak kisah apa penderitaan Ayuni di masa lalu. Aku tetap mahu dia meratap menangis~~ kerana aku. Kerana dambakan cinta aku.

Bila kalibat Fendi sudah tidak kelihatan, aku kembali masuk ke dalam perut kereta. Memandu perlahan menyelusuri jalan kampung menuju ke rumah Tok Sidang.

Boleh tahan besar rumah kampung milik Tok Sidang. Dia pula hanya duduk seorang. Anak-anaknya masing-masing dah berkeluarga Dan ada rumah sendiri. Patutlah Fendi dapat menumpang kat sini seminggu lamanya.

"Budak Fendi tu mana?" Soalan pertama Tok Sidang bila dia perasan hanya aku seorang saja yang sampai. Tadi aku Dan Fendi berpamitan dengan alasan mahu melihat sungai tapi kebenarannya, Tok Sidang tak harus tahu.

Heartbreaking Mission ©️Where stories live. Discover now