BLURB

80.2K 1.4K 74
                                    

Uthman Firdaus. Nailah Jannah. Mereka pernah berhadapan dengan fasa kematian. Di saat Uthman kehilangan separuh nyawanya, Nailah pula diberikan peluang kedua untuk meneruskan hidup atas kehendak Ilahi.

Lima tahun berlalu, kerana takdir mereka bertemu. Majlis ulang tahun kelahiran si kembar pengarang jantung Uthman telah menjadi titik pertemuan Uthman dan Nailah. Membibitkan sebuah perkenalan di antara mereka.

"Anak-anak aku sukakan kau. Jadi, aku nak upah kau jadi pengasuh anak aku. Lagi pun, kerja aku tak menentu. Aku sendiri tak tahu bila aku boleh balik. Kadang-kadang, berbulan aku tak balik... sebab tu aku perlukan penjaga untuk Qaila dan Qaisah" -Uthman

Dek rasa sayangnya buat si kembar yang cerdik itu, Nailah terima pelawaan Uthman meskipun pada mulanya harus berhadapan dengan tantangan abang Nailah yang terlebih "protective".

Bahkan, setiap kali Uthman menghilang, Nailah mula diterpa tanda tanya tentang si duda misteri. Pelbagai persoalan tentang Uthman yang membuatkan Nailah tertarik. Apabila Nailah bertanya Puan Lateefa tentang Uthman, Nailah disuruh menanti.

"Kenapa nak abi tanya Tuan Nain pasal Uthman? Kamu suka anak dia ke?" -Tuan Muhammad

Purnama berganti purnama, Nailah mula kenal erti cinta. Melihat pengorbanan Uthman sebagai ayah tunggal membuatkan hati Nailah terpaut.

"Nailah, aku ni tak pandai berkias. Kalau aku suka aku akan cakap. Begitu juga sebaliknya. Jadi, kalau aku lamar kau untuk jadi ibu kepada anak-anak aku... kau sudi?" -Uthman

Sesungguhnya, Uthman tulus dengan lamarannya buat Nailah. Dia mengalah dengan kehendak hati demi kebahagiaan zuriatnya meskipun tiada cinta buat Nailah.

Tapi, apalah ertinya sebuah perkahwinan jika hanya Nailah yang berjuang demi mahligainya bersama Uthman? Hakikatnya, dia bukan pilihan.

"Keterlaluankah kalau saya nak awak cintakan saya? Walau hanya sedikit cuma?" -Nailah

"Aku minta maaf. Aku tak mampu tunaikan kemahuan kau" -Uthman

Persoalannya, bisakah Nailah mempertahankan cintanya tatkala dia bukan pilihan hati Uthman?

GENRE: TRAGEDI / SAD ROMANCE
MULA: 18 MEI 2023
TAMAT: 6 JULAI 2023

KERANA AKU BUKAN PILIHAN (TERBIT FIZIKAL 2024)Where stories live. Discover now