Bab 6

36 8 0
                                    


             Lepas je habis kelas , aku dengan Hanna terus balik rumah. Kitorang tinggal berdua dekat rumah sewa. So , sewa rumah tu pun kitorang bahagi dua. Kenapa kitorang tinggal dua ? sebab aku taktahu nak cari kat mana lagi rumah sewa and kebetulan Hanna pun cari rumah sewa , even dia still ada parents dia taknak duduk dengan parents dia. Katanya nak jadi independent women haha. Lainlah aku , aku dah takde sesiapa. Mama papa aku dah tinggalkan aku lama dah. Papa takde masa aku masih bayi , mama pulak tinggalkan aku masa aku berumur 15 tahun. Papa takde saudara mara entahla aku taktau takpernah kenal pun siapa saudara mara aku sebelah papa. Nenek atuk belah papa pun dah lama meninggal tak sempat jugak aku jumpa and kenal diorang. Bila papa mama dah takde  aku tinggal dengan maksu dan paksu aku diorang sekarang around 45 46  macamtu je umur. Masih muda ye.  Paksu aku ni adik mama aku.  Diorang baik , diorang jaga aku macam anak sendiri duit sekolah duit uni apa semua diorang yang bagi dan duit sewa rumah ni pun diorang yang bayarkan. Aku nak bayar macam mana ? aku belum kerja , aku takde duit.

            Sewa rumah kitorang RM900 ye mesti korang pelik kenapa mahalkan ? Hanna ni orang senang even dia humble sekali pun dia takkan nak duduk rumah yang biasa biasa je , ini pun aku rasa rumah ni masih belum cukup untuk orang yang kaya macam dia. Dah kalau harga pun RM900 paham paham jela rumah tu macam mana kan. Tadi aku cakap yang kitorang bahagi dua kan so harga rumah ni RM900 sebulan and kalau bahagi dua RM450 sorang ,  aku mana ada duit sebanyak tu so Hanna suruh aku bayar RM100 je sebulan yang lain semua dia tanggung. Mesti korang pelik kenapa aku tak tinggal dengan maksu paksu kan ? aku taknak susahkan diorang dah , cukupla sebelum ni diorang dah jaga aku sehabis baik. RM300 paksu bagi bulanan pun aku dah bersyukur sangat sangat that masih ada orang yang bantu aku and aku gunakan RM100 tu untuk aku bayar sewa rumah lagi RM200 tu aku bajet bajet je guna untuk sebulan even sebenarnya amount tu masih tak cukup untuk seorang pelajar tapi tulah kena sedar diri, kita ni bukan orang kaya kena pandai pandai lah berjimat. Aku pun taktahu la nak cakap terima kasih macam mana lagi dengan Hanna dan paksu maksu. Tanpa diorang ni aku bukan siapa siapa pun. Aku takkan ada dekat mana aku ada sekarang ni.  Terima kasih paksu maksu Hanna. Insyallah , nanti aku dah kerja aku pulak yang cuba bahagiakan diorang. Semoga Allah bantu dan permudahkan urusan aku , Amin.

Seminggu berlalu kitorang dah start cuti sem

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seminggu berlalu kitorang dah start cuti sem. Aku ? cuti sem ? balik kampung? takde lah aku mana ada kampung .. nak balik jumpa sapa ? nenek ? nenek aku dah lama meninggal . Ingatkan minggu depan nak pergi la jumpa paksu maksu rindu sangat dengan diorang tu lagi lagi dengan sepupu aku si Aisya tu. Aisya tu sepupu kedua aku , umur dia agaknya 15 tahun. Manja sangat dengan aku , satu satunya sepupu perempuan yang aku ada. Dia dua beradik. Dia ada abang nama Haqeem berumur 19 tahun. Haqeem dengan Aisya ni jela sepupu yang aku ada. Adik beradik mama dua orang je , mama ngan paksu. Anak pun , aku anak tunggal . Paksu pulak , dua orang tu saja anak dia. Memang family aku ni kecik je. Tak berkembang.

" Babe , lapar tak ? " Tanya Hanna yang sedang menonton tv itu.

Kitorang weekend memang macam gini ye santai santai yang minah ni tengah syok tengok tv. Aku pulak busy buat assignment yang Madam Alyah bagi haritu. Madam Alyah tu nampak je baik , sekali dia mengamuk...habisss :(.

" Lapar jugaklah , kenapa ? ". Aku saja je tanya tanya macamtu , padahal aku dah tau sangat Hanna ni mesti nak ajak aku makan.
Plus belanja ye.

" Jom pergi makan babe "
See ? aku da kata...

" Aku siap jap ". Aku pun apa lagi pergi makan kut weh , slay do.

Kitorang pun siap siap , dah siap terus ke kereta la. Hanna harini pakai hoodie coklat dengan jeans biru gelap rambut pulak dia sanggul biasa je , aku pulak ? blouse putih dan bersama seluar palazzo favouriteku yang berwarna biru cair. Gaya rambut aku pulak , aku lepaskan je rambut aku yang separa bawah dada.

p/s : Hanna / Ayla freehair ye sayang sayang semua.




Mereka hanya memilih untuk makan di Cafe yang berdekatan sahaja iaitu Planet's Cafe. Kenapa nama dia planet ? ha itu dia punya pasal lah. Memandangkan café ini merupakan cafe yang selalu mereka khaskan sebagai port lepak that's why Hanna dan Ayla memilih untuk pergi ke situ.

Sampai je disitu , mereka order , makan , borak borak seperti biasa. Sekarang pukul 5:01 petang , tak ada benda yang nak dibuat so kita melepak chill chill tenang tenang je.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Universe's PlansWhere stories live. Discover now