Bab 46

38 5 0
                                    

             Bila terbuka sahaja pintu tersebut , mataku terus terbuntang. Oh tuhan , cantiknya rumah laki aku ni. Bersih , cantik , kemas. Berkonsepkan something yang fresh , tema warna pula biru laut. Cantik betul. Aku berlari masuk ke dalam rumah itu. Excited weh !!

                 " Cantiknya , you memang duduk sini ke sebelum ni ? " Tanyaku yang masih fokus dengan dekorasi rumah ni. Aaden mengangguk.

                   " Cantik sangatlah , I rasa baik duduk sini je. Inipun dah selesa , membazir je you beli rumah tu. Kondo ni best apa. "

                    " Ini rumah bujang I , sayang. Kenapa nak duduk sini pula ? lagipun ni kondo. I rasa tak sesuai , kita dua dua berkerja. Nak ulang alik naik lift , nak kena parking kereta apa semua I rasa benda tu leceh . Lagipun , I beli rumah banglo senang dan memudahkan urusan kita. Tak ada lah nak duduk kondo. Menyusahkan. " Kata Aaden lalu berjalan dan duduk di atas sofa yang berada di depan tv. Dia merehatkan kepalanya di atas kepala sofa tersebut.

                      " You beli rumah tu sebab I ke ? " Tanyaku pula. Kini aku turut duduk di sofa tersebut berselahan dengannya. Aaden yang mendengar aku berkata sebegitu terus mengangkat kepalanya. " Mestilah , untuk isteri kesayangan I. I nak senangkan Isteri I. " Katanya lalu senyum ikhlas.

                         Aku membalas senyumannya pudar dan berkata " I minta maaf I menyusahkan you , tapi I tak minta pun you buat semuatu. I okay je , kita duduk mana mana pun. Kalau hidup kita tak senang sekalipun , I okay. I ada you , you nak jaga I pun kira I dah bersyukur sangat. You tak perlu lah membazir. I rasa tak selesa bila you terlalu senangkan I dengan kemewahan. I takut dicop kikis. " Aku menundukkan kepalaku. Sebersalah pula aku , sebab aku dia nak beli rumah banglo padahal bolehje duduk sini.

                         Aaden seaakan akan terkena renjatan elektrik. Dia menegakkan badannya dan dia mencapai tanganku lalu menyatukan bersama tangannya.

                            " Sayang , you isteri I. Tanggung jawab I untuk senangkan you bahagiakan you. Tak ada yang menyusahkan kalau pasal you sayang. Sayang , tak salah pun kan kalau I beli rumah banglo tu. Tak apalah , lepasni dia memudahkan kerja I juga. Kenapa cakap macamni sayang ? you tak pernah menyusahkan I. I tak rasa terbeban pun nak jaga you. Takkan ada istilah kikis mengikis antara kita. Duit I duit you. Separuh penyebab I bekerja untuk you juga sayang . You kan isteri I , isteri yang paling I sayang hmm. Jadi tak ada masalah pun kalau benda tu berkaitan dengan isteri I. I akan buat apa sahaja janji you bahagia , sayang.  " Dia menatap mataku sambil memegang dan mengusap pipiku perlahan sebelum dia mencium pipiku. Mukaku berona merah.

                   " Hmm terima kasih , pandai beli jiwa I. " Aku berkata bersahaja. " Mestilah , ini Aaden lah. " Katanya mendabik dada. Amboi bangganya.

                     " Dah , jom I bawa you tengok bilik. " Dia memegang tanganku erat. Dia membawa aku ke sebuah laluan di mana ada dua pintu yang berhadapan. Rumah ini hanya mempunyai dua bilik. Minimum dua bilik. Jadi Aaden memilih rumah ini kerana tiada rumah yang ada satu bilik sahaja. Tanpa segan silu aku membuka pintu bilik di sebelah kiri. Ya tuhan, cantik sungguh. Aku terus terminat bilik tu. Dengan tema purple cair itu sungguh menawan hatiku.

                        " I nak bilik ni. " Kataku teruja. Aaden mengerutkan dahinya. " Tapi bilik I sebelah sini , sayang. " Dia menunjukkan biliknya di sebelah kanan.

                          " Iya , I tahu lah lagipun bilik ni warna purple. Takkan you minat purple pula. " Aku masih melihat kedalam bilik tersebut. Cantik betullah , siapalah yang decorated ni.

                           " Okay then ? " Aaden curious .

                           " Thennnn ... you tidur situ I tidur sini. Yeayy !! tataaa !! " Aku laju masuk ke dalam bilik tersebut tapi langkahku terhenti apabila Aaden memegang pergelangan tanganku erat.

Universe's PlansWhere stories live. Discover now