Bab 7

25 8 0
                                    


                  " Kau ni rilex gila , assignments kau dah siap belum ? " Tanya Ayla kepada Hanna.

                 " Ek ele , kecoh " Slay sungguh la nada dia.

                 " Kecoh tak kecoh pastu nanti kena warning pulak dengan Madam Alyah untuk kali ke 39 . " Perli ku. Ye , minah ni dah berapa kali kena warning pun masih tak takut kang kalau Madam tu betul betul hilang sabar baru tahu langit tu tinggi ke rendah.

                 " Adumak kau ni rilex la Hazel " kata Hanna kepadaku. Itu je modal dia.

                 " Apa kau Hazel Hazel , takpayah nak panggil macamtu ye. Aku tak suka !!! " Kata aku sambil hentak meja agak kuat. Ee mama selalu panggil Ayla , panggil jela Ayla nak Hazel Hazel dah kenapa . Semua orang kena ikut mama okay kalau tak aku merajuk. Sebokje nak Hazel Hazelkan aku. Aku tak suka nama tu , dulu kat sekolah selalu kene perli kacang. Ishh bencii !!

                " Alamak kau ni , Aaden panggil suka pulak " Kata Hanna sambil menyedut air caramel yang dipesannya. Aku terus tersentap mendengar nama tersebut.

        Aaden ? hmm dah lama tak dengar nama tu. Kemana dia sekarang. Last jumpa dia 4 hari lepas kitorang kenal. But jangan ingat bila dah 6 hari kenal tu kitorang akan berkawan ye. Apa ? ingat duduk sebelah aku tu , aku nak la borak borak dengan dia. Ee memang tak. Tak rapat , tak mesra , tegur gitu je cakap pun nak taknak . Tak berminat langsung nak rapat dengan dia. Aku kan anti lelaki .. eh tapi tak lesb ye masih lurus jangan salah faham pulak cuma tahla tak rasa nak ada boyfriend lagi. Last couple pun masa form five hahaha. Hingusan lagi aku masatu , tapi dah laku hihi beratur baii hahaha nyuakkk.
  
             " Kau orite tak ? tibe tibe Aaden " Aku menjeling Hanna.

               " HAHAHAHA comella kau ni Ayla , kau nak tahu tak ? " Tanya Hanna kepada ku. Aku jawab " Apa ? " acah je tak excited padahal aku dah siap sedia menadah telinga untuk gossip harini hahahah.

" Hazen tu kalau kau nak tahu dia takpernah rapat dengan perempuan tau , kau ingat kau je anti lain jantina ? dia pun sama lah. " Hanna mula membuka cerita.

" Haa ? habis dia gay ke ? " Tanya aku dengan kuat. Lalu tangan Hanna laju menutup mulutku. " Kau ni gay gay ape kat public ni , jaga mulut sikit " Sempat Hanna berpesan kepadaku.

" Dia tak gay la , habis kau tu lesb ke ? " Usik Hanna sambil senyum.

" Mana ada la aku cuma taksuka bergaul je takde la sampai tak ada selera dengan lelaki. " Ye aku memang tak suka bergaul , kalau ada lelaki nak borak dengan aku. Aku on je , tapi dia lah yang datang tegur aku dulu. Aku tak suka sangat bergaul dengan lelaki kebanyakannya suka bercakap kotor. Menyampah !! Tak suka je tapi , takdelah sampai takbole nak bercakap.

" Ye aku tahu la ish saja je nak sakat kau , tapi Haz tak macam kau lah " Hanna kembali menyambung topik pada hari ini.

" Tak macam aku ? " dahiku berkerut.

" Haah , dia tu berbeza . Dia bukan setakat anti tapi dia benci perempuan "

                 " Benci perempuan? kenapa ? " sifat ingin tahuku sudah mula membuak buak.

                 " Dia pernah jatuh cinta dengan sorang perempuan ni end up perempuan tu curang. Lepas je pada tu , dia terus tak suka perempuan. Kau tengoklah macam mana dia layan perempuan ? Kasar ". Wah , tak sangka lelaki macam dia dicurangi.

                 " Tragis jugak ye ". Perempuan tu tak cukup apa lagi ? Aaden tu ada semua benda kot rupa , harta. Bahkan dia lagi berharta dari Hanna. Haritu , hari apa tah Rabu rasanya aku tengok Aaden datang naik Ferrari. Kaya gila mamat tu mungkin tu salah satu asbab kenapa dia tak perlukan perempuan sebabnya dia dah ada segalanya.

                  " Tapi aku pelik , kenapa dia nak bercakap dengan kau ? " Luah Hanna.

                 " Kau ni dia bercakap sebagai seorang kawan la tu. Apa yang nak dipelikkan sangat , bercakap je pun. " Kata ku untuk menyedapkan hati sendiri. Tapi ada betulnya juga , bercakap je pun bukan buat apa pun.

                   " Dia tak berkawan dengan PEREMPUAN Ayla " Hanna berkata dengan tegas dan dia menekankan perkataan PEREMPUAN.

                   " Saje je tu dia tegur " kali kedua aku menyedapkan hati sendiri.

                    " Tah tah dia syok kat kau " Hanna berkata dengan riak yang amat teruja.

                    " Apa kau merepek ni , merapu jelah kau ni " Aku menampar lengannya. Takke gila ? Aaden suka aku ? Apa benda yang melalut sangat entah.

                     " Manalah tahu kan "

                    " Takpayah tahu " Aku menjeling Hanna.

               Kitorang pun sambung berbual kosong untuk menamatkan topik Aaden tadi. Aku sangatlah geli ye bercakap pasal lelaki tu.

                  " Jomla babe balik " Ajakku

                   " Okay , lepasni ada nak pergi mana mana tak ? " Tanya Hanna kepadaku.

                    " Hmm , rasanya tak- " Belum sempat aku menjawab Hanna dah mencantas.

                    " Eh macam kenal je lelaki tu ? " Matanya melilau ke arah seorang lelaki yang berada di hujung pintu café ini. Aku terus memandang ke arah di mana mata Hanna menuju.

                    " Siapa dia , kau kenal ke ? " Tanya aku kepada Hanna. Ke lelaki tu Aaden ? eh takkanlah Aaden.. Ayla kau kenapa ni tiba tiba Aaden. Tapi tubuh badan dia macam Aaden ... Tinggi , tegap.

                    " Entahlah , kejap " Ringkas Hanna berikan jawapan , dia terus bangun mendekati sosok tubuh lelaki itu. Aku melihat Hanna menyentuh bahu lelaki itu.Aku tak pasti betul ke tak tu adalah Aaden. Kenapa aku tak pasti ? Sebab aku tengok lelaki tu pakai kemeja dan seluar baggy jeans. Sedangkan sepanjang aku mengenali Aaden dia takpernah pakai kemeja. Dia hanya pakai hoodie , sweatshirt dan jeans paling tak pun seluar slack. Lelaki itu memalingkan wajah tetapi malangnya dia memakai spec hitam so aku tak dapat nak tengok muka dia. Firasat aku kuat mengatakan yang dia tu Aaden. Tapi macam bukan , entahla ..

                    Aku taktahu apa yang Hanna bualkan dengan dia , dia terus berjalan bersama Hanna mendekati meja kami.

                " Duduklah " kata Hanna kepada lelaki itu.

                 Lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya. Aku masih terpinga pinga dengan kehadiran lelaki ini.

                " Hanna ... dia siapa ? " Aku memberanikan diri bertanya kepada Hanna sambil memandang lelaki itu , lelaki itu berada di depanku manakala Hanna disebelahku.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Universe's PlansWhere stories live. Discover now