Bab 49

38 3 0
                                    

Setelah siap mandi , aku keluar dari bilik tidur. Nampak Aaden sedang sibuk menghidang masakan yang telah dimasaknya tadi. Aku cuma termanggu di hadapan pintu. Sadar akan kehadiran ku , Aaden mula mengangkat wajahnya. Terus terhenti aktivi mengangkat pinggan mangkuknya tadi.

" Eh , sayang. " Dia menapak ke arahku. Jari jemariku ditarik lalu pipiku dicium sekilas. Merona merah pipiku saat ini. Dia membawaku ke meja makan. Kerusi ditarik dan ditolak bagaikan sedang melayaniku seperti seorang tuan puteri.Aku duduk dan mendiamkan diri. Tangannya sibuk meletakkan spaghetti kedalam pinggan dan dicedok kuah carbonara masuk ke dalam pinggan. Pinggan tersebut di tolak ke arahku.

                 " Makan , baby. " Dia senyum sebelum duduk menongkat tangan ke dagu sambil memandangku. Tanpa teragak agak aku terus menyuakan sesudu spaghetti tersebut ke dalam mulut. Mataku terus terbuntang. Wow Sedapnya ....

                   " How ? It's good ? " Aku terus mengangguk laju bersama mata yang bersinar. " Sedapnya , pandai you masak. " Pujiku sambil sambung menyuapkan spaghetti tersebut ke dalam mulut. Dia hanya tersenyum manis.

                     " You taknak. ? " Tawarku. Dia mengangkat kening. " Nak. " Aku bangun ingin mengambil satu lagi pinggan tetapi tidak berjaya kerana tanganku digenggam olehnya.

                        " I nak , tapi you yang suap. " Katanya bersama senyuman. Aku menelan air liur kesat. Aku kembali duduk di tempatku yang berhadapan dengannya. Kenapa kalini aku dengar cakap dia ? sebab sebelum ni dia dah banyak kali mengalah sebab aku. Tak apalah , harini aku mengalah untuk dia.

                            Kini dia bangun dan berjalan duduk disebelahku. Badanku mula mengeras. Err. Duduk kat depan tu pun aku boleh je suap. Kenapa sampai nak duduk sebelah aku ni. Dia duduk di atas kerusi. Lalu kepalanya didekatkan ke arah mukaku. Aku masih memandang kedepan. Kenapa aku berdebar ?
Dalam kiraan 1... 2..... 3

Chupp !

                            Pipiku dicium buat kali kedua. Darah terus naik menyerbu. Otak cuba mencerna setiap tindakan refleks yang dilakukan oleh Aaden sebentar tadi. Kepala dipusingkan ke arahnya. Bibirnya menguntum senyuman. Aku berdehem sebentar sebelum tangan laju menggulung spaghetti dan disuapkan ke dalam mulutnya. Kelihatan dia terlalu menikmati masakanya sehingga matanya tertutup rapat saat menelan spaghetti itu.

                              " Ya allah, sedapnya. " Ucapnya dengan nikmat. Aku menjeling. " Angkat bakul sendiri. " Kataku perlahan.

                                 Dia ketawa sebelum bersuara. " Betul sayang. Sedap. Sebelum ni I masak tak adalah sedap macamni , mungkin sebab you suap kot. " Katanya bersama riak wajah yang miang. Kalau kau tengok , mungkin kau rasa nak selam je kepala dia dalam air laut masin.

                                   " Yela encik Aaden. Apa apa pun , makan dulu ye. Lenguh tangan saya dari tadi angkat sudu ni. " Dia ketawa lagi sebelum mengangguk perlahan.

                                     " Baik cik Hazel. Cik Hazel suapla pakai tangan. Barulah afdhol. " Katanya bernada gurauan. " Encik Aaden pernah tengok orang makan spaghetti guna tangan ? " Tanyaku menyinis.

                                       "  Takpernah. Jadi cik Hazel la yang perlu jadi manusia pertama yang suap saya spaghetti guna tangan. Bukan apalah cik Hazel , saya ni cuma nak membantu cik je. Mana tahu boleh jadi sebab kenapa dapat masuk syurga satuhari nanti. " Ucapannya cukup membuat tanganku terkaku. Dia main akhirat pulakdah. Mana boleh macamtu.

                                       " Encik Aaden ,tolong jangan potpet potpet boleh tak ? cepat buka mulut. Kalau tak saya suap lelaki lain je kalau lambat macamni. " Terus tanganku disambar dan sudu dimasukkan kedalam mulutnya sendiri. Ternganga aku dengan tindakkan dia. Gila ....

                                          " Jangan berangan nak suap lelaki lain. " Mulutnya laju mengunyah sehingga timbul urat urat hijau di lehernya. Mukanya berubah dingin. Alamak !!!  Dia yang ajak bergurau, dia yang koyak dulu hm. Macam biasa , aku ni jenis yang mudah rasa bersalah so ... " Sorry , I gurau je. " Kataku perlahan lalu dia bangun dari duduknya.

                                       " I ada kerja , you makan dulu ye sayang. I keluar kejap. Jangan tunggu I , I balik lewat. " Katanya lalu dia mengusap lembut rambutku dan mencium pipiku perlahan. Dia melangkah setapak tetapi tanganku laju memegang lengannya. Tangannya diraih lalu disalam serta dicium perlahan. Dia menggosok kepalaku lalu menarik tangannya laju dari genggamanku. Aku hanya tersenyum hambar sebelum mengutip pinggan dan mangkuk lalu dibasuh. Malam yang dingin , aku hanya tidur seorang diri tanpa berbantalkan lengan sasanya buat pertama kali.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 15, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Universe's PlansWhere stories live. Discover now