Bab 23

19 6 0
                                    


" Alhamdulillah, lega weh. Akhirnya habis dah , presentation aku. Aku kemain la tadi ingatkan tak sempat dah. Aaden lah ni nak makan lah apa la " Bebelku kepada Hanna. Dia hanya dengar sahaja bebelanku. Rindunya Hanna. Lama tau dia tak datang kelas. Harini baru nampak muka dia.

                    " Amboi , I pulak yang salah " Aaden menyampuk. Hehe dia dengar rupanya.

                    " You eh yang setuju nak breakfast dulu , I tak ada paksa you pun okay. " Aku hanya senyum menampakkan sebaris gigi. Oloh , orang saja je suka take serious.

                      " Ah , gaduhla korang serabut je. Bising tau aku tengah nak lukis peta ni. Senyap boleh tak ? rosak peta aku ni. " Aku dengan Aaden pandang sesama sendiri. Kita pulak yang salah.

6 bulan berlalu , Alhamdulillah hanya tinggal lagi 2 hari untuk final exam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

6 bulan berlalu , Alhamdulillah hanya tinggal lagi 2 hari untuk final exam. Lepas dah grad , aku terus nak rehat dari semuani. Penat sudah belajar , masa untuk focus bekerja. Hubungan aku dengan Aaden dan berjalan selama 10 bulan. Nak dekat setahun dah. Aku dengan dia memang nak ke next step tapi masih dalam proses.

- Flashback -

         " You nak kahwin tak ? " Tanya Aaden dengan tiba tiba. Aku hampir tersedak tengah masa makan.

         " Kenapa you tanya macamtu?" Tanyaku pula. Curious ni. Tiba tiba je.

           " I tanya je , lagipun kita dah 8 bulan together , you tak ada rasa nak kahwin ke ? " Tanya Aaden. Dia pandang aku sekilas sebelum sambung makan.

            " Tipulah kalau I cakap tak ada , tapi macam awal sangat je " Aku cuba mengelak. Ye memang betul awal sangat. Aku tak buat apa apa preparation pun. Duit pun tak ada nak kahwin macam mana.

             " Apa yang awal ? I date to marry. I bukan bercinta saja saja. " Aaden berkata dengan tegas. Oh no , aku dah buat dia marah ke ?

             " Tapi kita tak buat apa apa prepation lagi you. " Aku menunduk. Aku sebenarnya takut dengan dia. Aku dah buat dia marah hm.

             " Haih , Dear macam ni lah senang lepas habis je grad. Kita kahwin. Preparation apa semua tu tak penting. Yang penting sekarangni I nak you jadi milik I. " Aaden senyum kepadaku. Senyuman dia sememangnya menenangkan.

               " I bukannya tak mampu nak halalkan you , sedangkan I lebih dari mampu. Cuma masa je tak mengizinkan. Lagipun kita busy dengan study. Habis je grad kita kahwin okay ? ".  Aku angguk perlahan. Comelnya dia pujuk aku.

     -End Flashback -

       " Menung apa tu hm ? " Tegur Aaden dari belakang. Aku yang sedang mengambil buku di rak berpaling kepadanya. Sunyi , memandangkan kami di dalam perpustakaan.

       " Tak ada apalah " Ringkas balasku sebelum aku senyum kepadanya.

        " Lama I tunggu you ambil buku , dah jumpa belum buku yang you nak baca ? " Tanya Aaden. Cepat cepat tangan aku ambil sahaja buku yang aku nampak depan mata. Ye baru aku sedar , dari tadi aku termenung depan rak buku ni. Malas nak buat Aaden tunggu aku terus balas " Dah ".

Kami berjalan menuju ke kerusi. Buku di buka. Aku lihat Aaden laju menulis sesuatu di atas kertas. Dia sedang buat rumusan mungkin.

Aku masih lagi termenung.

           " Dear , fikir apa ? dari tadi you termenung ni kenapa ? " Tanya Aaden yang telah menyedari aku belum membaca buku yang dipegang. Aku tak balas soalannya aku cuma mengeluh. Aku meraup tangan ke atas muka. Rasa serabut sahaja. Tak tahu kenapa.

           " Pasal exam ? " Tanya Aaden. Aku mencebik dan angguk perlahan.

             " You takut ke ? Dear , you kan pandai. I tahu you boleh buat lah. Sebabtu I bawa you datang sini. I nak you study. Kita study sama sama okay ? you janganlah fikir sangat pasal exam ni. Sekarang ni I nak you fikir yang you boleh buat. Bila you fikir macamtu. I yakin you akan dapat jawab dengan betul masa exam nanti. " Panjang Aaden berkata. Pandai je dia comfort aku. Rasa lega pula. Aku hanya senyum sekilas sebelum mulakan ulangkaji.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Universe's PlansWhere stories live. Discover now