Bab 48

21 3 0
                                    

               Seusai sahaja membeli belah , aku masuk ke dalam kereta dengan perasaan mogok. Taknak cakap ! Tak lupa juga , aku siap hempas pintu kereta. Biar rosak F8 dia ni. Benci !

Aku hanya membiarkan Aaden mengangkat barang barang yang dibeli sebentar tadi ke dalam boot kereta seorang diri. Padan muka , gatal sangat. Angkat sorang sorang. Tangan laju menaikkan suhu aircond. Tiba tiba rasa panas pelik harini. Setelah selesai menyimpan barang barangan di dalam boot , Aaden membuka pintu kereta dan memandangku dengan riak wajah yang risau.

" Sayang , hey sayang. You kenapa? What happened? " Dia memandangku dengan riak wajah yang amat risau. Aku mengendahkannya. Mulut dimuncungkan sepanjang mungkin. Tangan turut di silangkan ke dada.

" Sayang , are you okay ? " Soalnya sekali lagi , sambil tangannya meraih telapak tanganku. Aku terus merentap kasar. Buat pertama kali aku menolak sentuhannya. Jelas juga riak wajah terkejut Aaden. " Diamlah " Jeritku kasar. Are you okay are you okay takkan takfaham aku merajuk. Benci betul.

" Hey , what's going on ? I ada buat salah ke ? " Tanya Aaden lembut. Dia masih cuba meraih tanganku. Aku menarik tanganku dari genggamannya. Terus aku memalingkan muka menghadap cermin tingkap. Sakit hati je tengok dia.

Melihat aku yang tidak memberikan respon. Aaden mula merapatkan dirinya kepadaku. Tangannya menggegam kekura tanganku lalu diusap perlahan.

" Tell me , what's the problem? " Dia merenung wajahku dalam. Aku diam memandang dan menikmati padangan wajahnya dihadapanku.

" I tak suka , perempuan perempuan tu  pandang you. " Aku meluahkan rasa tidak puas hatiku. Apa ? tak salahkan ? laki aku sukahati aku lah.

" Perempuan mana ni sayang ? " Aaden mengerutkan dahinya. Jarinya masih mengelus belakang tapak tanganku. " Cashier tadi lah. Gedik. Pandang laki orang macam nak telan. Tak malu betul. Gatal. " Aku mendengus kasar.

Aaden senyum segaris " You jealous? " Aku memandang dia dengan mata membulat. Jealous kenapa pula ?

" I tak jealous I cuma geram je dengan perempuan taktahu malu macamtu. You pun samalah , senyum senyum dekat dia. Dah kenapa ? taksabar nak bawa balik madu untuk I. " Aku melarikan anak mataku ke arah tingkap.

" I cuma senyum je , salah ke ? Senyum kan sedekah. Apa pula madu. " Tanyanya perlahan. Aku terus memincingkan anak mataku kearahnya. " Ini ke janji you yang taknak sakitkan hati I lagi ? " Aku mula menyinis. Aaden kelihatan tersentak.

" You sakit hati ke sayang ? I'm sorry. I janji lepasni I tak senyum dekat mana mana perempuan dah okay ? I senyum dekat you je. Tak apa , biar I sedekah dekat you je okay sayang. " Katanya lembut terselit juga nada perlian disitu. Aku cuma jeling dia sekilas. Yelah tu.

" Sayang " Panggilnya. Aku memusingkan wajah melihatnya. Kelihatan dia sedang senyum menampakkan baris gigi yang tersusun cantik. " Apa ? " tanyaku kasar.

" Tengah sedekah dekat you ni. " Terus tanganku naik memukul dadanya kuat sehingga dia mengaduh kesakitan. Geramnya.

" Tolong serius boleh tak ? jangan buat I takde mood. " Aku pukul dia lagi sekali. Dia ketawa kuat. " Okay , okay sorry. Comelnya you marah. "

Pap !!

Sekali lagi tanganku bertindak memukulnya. " Aduh , aduh. Sakitla sayang. " Dia menggosok perlahan lahan lengannya. Baru kau tahu. Hati aku ni lagi sakit.

" Tunggu apa lagi ? geraklah !! " Aku meninggikan suaraku tanpa sedar. Dia terus menarik handbrake dan kereta melucur laju pulang ke rumah. Bila dikenangkan balik, berdosanya aku tinggikan suara pada suami. Tapi ni bukan salah aku , dia yang suka buat aku marah. Hm.

                       Sampai sahaja di rumah , aku terus masuk bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


                       Sampai sahaja di rumah , aku terus masuk bilik. Entahlah kenapa , merajuk mengalahkan apa je. Tanpa aku sedar , aku dah terlelap. Allah 8:20 minit malam. Nasib baik aku tak boleh solat harini. Kalau tak , terbabas maghrib aku. Aku terus melangkah keluar dari bilik mencari sosok tubuh suamiku. Mana diani ?

                         Aku berjalan ke dapur , kelihatan Aaden sedang sibuk menghiris sesuatu dan siap bersama apron maroon di badan. Aku perlahan lahan mendekatinya. Dia tersentak selepas perasan akan kehadiranku.

                          " Sayang ? dah bangun ? " Sapanya. Aku makin mendekatkan jarak kami.Tangannya lincah memotong tomato. " Hmm "

                           " Pergi mandi , nanti kita makan. " Ujarnya lalu membawa kepingan tomato itu masuk ke dalam kuali yang sedang dinyalakan api di atas dapur. Dia masak ?

                             " Carbonara? " Tanyaku. Dia yang sedang mengacau ngacau cecairputih itu terus berhenti. " Hmm , haritu you ada bagitahu nak makan carbonara kan tapi I tak sempat nak bawa you. " Katanya sebelum kembali mengacau cecair putih tersebut.

                                 " Bila ? " Tanyaku. Setahu aku , tak ada pula aku bagitahu dia nak makan spaghetti carbonara. Ke ada ? entahla lupa.

" Masa kita couple dulu. You cakap teringin nak makan carbonara tapi masatu I tak sempat sebab busy sangat dengan final exam kita. " Aku terpaku. Kenapa dia ungkit ? . Kalau boleh , aku taknak ingat balik benda yang pernah terjadi dulu. Cukupla ..

" Kita tak pernah couple , anggap jelah benda tu bukan apa apa. Antara you dengan I kita takpernah kenal dulu. Langsung. " Kata kataku ini membuat Aaden terdiam seribu bahasa. " Sayang , not now please " Dia melepas senduk dari tangannya dan memandang aku sayu.Melihat air mukanya berubah sayu membuatkan aku rasa bersalah. Aku tahu dia taknak kitorang gaduh sebab bangkitkan isu ni. Kau pun kenapa Ayla ? nak ungkit benda yang lama ? dia kan dah berubah. Tanpa sedar , aku telah memaki hamun diri sendiri.

" Hm , maaf sebab I tak masak. I penat sangat harini , asyik terlelap je. " Aaden laju menggeleng sebelum menghadiahkanku segaris senyuman. " Tak apa , I faham. I pun tak sampai hati nak kejut you tadi. Nyenyak sangat tidur. " Aku hanya senyum hambar sebelum meminta izin untuk masuk ke dalam bilik. Harini , aku perasan. Aku terlalu ikutkan perasaan. Aku langsung tak hormat Aaden. Aku layan dia macam kawan , sedangkan dia suami aku. Aku bertindak ikut emosi. Bila aku nak marah aku marah , bila nak tengking aku tengking. Apa masalah aku ya allah. Tanpa aku sedar , aku tak ubah seperti seorang isteri yang taktahu cara nak hormat suami.







Hahahha ada yang rindu ke ? maaf lama tak update. Busy sikit , Insyallah 2 minggu depan kita update kaw kaw.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Universe's PlansWhere stories live. Discover now