Bab 44

31 5 0
                                    

Lepas je solat subuh tadi aku dan Aaden sambung tidur balik. Penat , penat sebab majlis semalam pun masih belum hilang. Sedar sedar dah pukul 9:25 pagi , haih apalah mummy daddy dengan Hanna cakap nanti. Aku terus bangun dan mandi. Aaden masih nyenyak di atas katil. Suami kita ni , tidur pun hensem hmm.

               Selepas siap mandi , aku turun kebawah. Nasib menyebelahi ku mereka masih belum berada di meja makan. Aku hanya jumpa Kak Yan , pembantu rumah tersebut. Aku tanya dia mana mereka semua Kak Yan kata mummy tengah bercucuk tanam dekat belakang rumah. Daddy pula tengah basuh kereta. Hanna masih dalam mimpi. Kak Yan sedang siapkan breakfast. Kak Yan kata mummy dengan daddy memang tunggu semua bangun baru sarapan sama sama. Aku kebelakang mencari mummy.

            Kelihatan dia sedang menyiram pokok bunganya. Aku terus mendekatinya.

              " Mummy " Panggilku. Dia memalingkan wajahnya memandangku. Dia senyum segaris. " Dah bangun dah budak ni , penat sangat ye. Haz dah bangun belum ? " Dia ketawa perlahan. Aku turut ketawa sambil menggeleng geleng kepala.

              " Dah , jom kita makan. Kamu pergilah kejut kan Haz , mummy nak panggil daddy. " Kata mummy. Aku mengangguk sebelum berjalan meninggalkannya.

Aku menaiki setiap anak tangga menuju ke bilik tidur. Kelihatan Aaden masih nyenyak tidur. Penat sangat tu. Aku berjalan ke arahnya.

" You , bangun. Mummy daddy dah tunggu kat bawah. " Aku mencuba kejutkan dia bangun. Dia hanya merengek. Aku juga mengoncang goncangkan lengannya sambil menyuruh dia bangun dari tidur.

" Aaden Zaheen. Bangun lah , kesian mummy daddy tunggu. Bangun , mandi ! " Aku kini beriak tegas. Dia masih merengek " Emmmm "

" Dahlah , sukahati you lah. " Aku giveup. Aku ingin melangkah pergi tetapi laju ditahan olehnya. Lenganku dipegang.

" Erm , sabarlah mengantuk ni . " Katanya dalam rengekan. Aku mengeluh perlahan sebelum menarik lengannya kuat sehingga dia bangun dari pembaringan. Aku kini turut duduk dihadapannya.Tersentak Aaden dibuatnya. Muka masih memapar riak mamai. Rambutnya yang serabai membuatkan dia kelihatan begitu maskulin diwaktu pagi. Dengan singletnya. Auch seksi !!

"Cepat , pergi mandi. " Arahku tegas sambil menunjuk jari ke arah pintu bilik air. Dia menggeleng dengan membuat muka comelnya. Eee geram nak tampar hm nasib comel.

" Aaden !!! Tak nak sudah. I turun sorang. I ada banyak kerja lagi. You ingat kerja I nak kejut you bangun tidur je ke ? " Aku menengkingnya kuat. Ter , hm. Aku berura ura ingin pergi terus laju tangannya menyambar tanganku. Dia menggeleng sambil mencebik. Dia menarik tanganku sehingga aku berada dekat dengannya . Dia menyembamkan kepalanya diperutku. Aku yang sedang berdiri masih tercengang. Dia turut memeluk pinggangku. Lambat lambat aku menggosok dan bermain main di belakang kepalanya.

" Takmau marah marah la sayang , cakap lembut lembut kan boleh hm,  I'm your husband. Have a respect on me , please? " Adunya yang masih menyembamkan kepalanya ke perutku. Aku terus rasa bersalah. Aku kasar ke dengan suami aku ?

Aku menunggu dia melepaskan kepalanya dari perutku lalu laju aku duduk di atas katil dan menghadapnya. Perasaan sebersalah mula menghantui diri.

" I minta maaf okay , tapi I dah cakap elok elok you yang tak nak dengar. Maaf , I macam kasar sangat dengan you. I'm sorry. " Kataku lalu mencium belakang tapak tangannya tanda memohon maaf. Dia senyum sekilas.

" Hm It's okay I maafkan , dah jom turun. " Kini giliran Aaden pula mengambil tanganku lalu mencium perlahan belakang tapak tanganku. Dia bangun dari duduknya lalu berdiri. Dia berjalan ingin ke muka pintu. Aku laju menahannya , dia mengerutkan dahinya.

" You nak turun macam ni ke ? Hey , pergi mandi dulu lah. Eee busuk tahu tak ! " Kataku lalu menutup hidungku ingin mengusiknya. Dia terus mengangkat kedua dua belah tangannya dan menghidu ketiaknya. Allah ! ketiak dia memang tak busuk pun , aku saje je nak mengusik . Lagi satu , fakta mengatakan lelaki ni susah nak ada ketiak berbau. Biasanya perempuan je yang terlebih hapak.

" Oh , busuk ye. " Dia senyum sinis sebelum menarik kepalaku lalu dikepitkan dibawah ketiaknya. Aku memukulnya meminta dilepaskan.

" Eee , you ni kenapa huh ??!!! " Aku geram betullah mamat ni. Dia ketawa. " Busuk sangat. " Katanya dengan nada memerli. Dia laju menarik tanganku , kami berjalan turun ke bawah.

Kelihatan mummy dan daddy dah ada di atas kerusi. Hanna ? entah. Belum bangun kot.

" Morning uncle , maksu. " Sapa Aaden. " Morning , Haz. " Balas mereka berdua.

" Hanna belum bangun lagike my ? " Tanyaku. Mummy menggeleng perlahan. " Diatu memang ,penat mengalahkan pengantin. " Aku hanya ketawa perlahan.

Tiba tiba Hanna turun. " Morning manusia sempurna. " Jerit Hanna separuh kuat.Tersentak kami dibuatnya.

" Hana , tak payah nak jerit jerit. Kamu tu perempuan. Apalah anak dara bangun lewat. " Mummy kelihatan marah. Hahahah malulah tu anak dia bangun lewat.

" Siapa anak dara ? " Tanya Hanna. " Kamulah , siapa lagi ?!! " Ahhahaha mummy macam dah geram sangat tu.

" Aik , Ayla tu bukan anak dara ke ? " Terus mata semua tertumpu kepada Hanna. Babi betul soalan.

" Eh kamu ni kan , mummy cili mulut kang. " Mummy memincing mata ke arahnya.

" Eleh , mana mummy tahu yang Ayla tu dah takda dara ? mummy tengok ke diorang ehem ehem semalam ? " Hanna mengusik mummynya. Aku pula yang malu ada member macamni.

" Kamu diam sebelum mummy bangun cili mulut kamu.Kamu ni memang nak kena kan " Hanisah kini beriak tegas. Ha kau Hanna , merapu sangat. " Hihi " Hanna ketawa mengekek.

" Ehem " Kini semua beralih kepada deheman suara tersebut. Aaden.

" Petang ni Haz nak bawa Hazel balik tau. Haz , dah call cleaner datang untuk bersihkan rumah.Lagipun , Haz taknak lama lama dekat sini. Takut orang kata apa pula " Mummy dan daddy hanya mengangguk.

" Haz ada plan nak pergi honeymoon tak ? " Aaden laju mengangguk.

" Ada , tengoklah lagi 2 hari.Haz pun tak bincang lagi dengan Hazel nak pergi mana. " Mereka masih mengangguk.

" Bagus , pergi honeymoon lama sikit. Biar cepat aku dapat baby " Aku dan Aaden berpandangan sesama sendiri. Hmm , Hanna ni ...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Universe's PlansWhere stories live. Discover now