Bab 33

24 6 0
                                    

Aku sedang menikmati drama tv sambil menunggu Hanna pulang. Bapak ah sedih gila kenapa laki tu kahwin lain , huhu.
Tiba tiba bunyi loceng di tekan. Panjang umur pendek akal Hanna ni. Aku terus berlari ke arah pintu , ingin membuka pintu. Pintu kini dibuka.

" Lewatnya kau balik nak maghrib dah , lama betul kau ambil barang " Perliku kepada Hanna. Mana taknya dari pukul 5 setengah dia keluar masani baru nak balik.

" Alah , ada gergasi kacau waktu aku nak ambil barang. " Haa ? gergasi mana pulakni.

                  " Ayla , aku ada bawak tetamu untuk kau. " Apa pula kalini ? tetamu apa pula dia nak jamu aku. Mataku terbuntang bila muncul satu sosok tubuh dibelakang Hanna. A-aaden ? Ke-ke-napa dia nampak pe-pelik ?

" Aku masuk dulu tau. Bincang elok elok. " Kata Hanna sambil menepuk nepuk tanganku. Hanna berlalu dan meninggalkan aku bersama Aaden. Kini Aaden menapak kedepan. Berada betul betul dihadapanku. Inikah Aaden yang aku kenal ? 8 bulan lebih aku tak jumpa dia.Takkan sudah seteruk ni. Dia kelihatan begitu serabai. Dan yang paling pelik , dia ada misai. Allah. Tak terurus. Nak ada misai tak ada masalahnya tapi shave la betul betul dah macam orang tak betul aku tengok. Rambutnya ? rambutnya panjang melepasi dahi dan tak terurus. Tak kemas langsung dengan baju hoodie. Hoodie okay lagi , seluar slack dia ya allah. Colour lusuh macamtu. Macam orang gila lah bodo. Untuk seketika aku takkenal Aaden Zaheen.

               " Hazel " Dia sebut namaku. Sejujurnya aku rindu nak dengar suara dia. Tapi aku hanya diam. Biarkan dia yang bercakap.

                  " Hazel , maafkan I ? " Aku masih diam tak berkutik biarkan dia berkata apa yang dia mahu.

                    " Hazel , I tahu I salah. I salah dalam hal ni sebab I tak siasat dulu I tuduh you dan mama you melulu. Hazel , I pun kena tipu. I percaya mak tiri I tu sangat sampai I sanggup lukakan hati you. I minta maaf Hazel tapi I nak you tahu apa yang I buat selamani untuk you , apa yang I pernah katakan pada you. I betul betul maksudkannya. Mungkin I tak sedar tapi ya I sebenarnya dah lama sukakan you. I minta maaf sakitkan you , I sayang you. I ego , I nak tutup perasaan I pada you dengan cara yang macamni. Selama 8 bulan I tak jumpa you , I tetap ingatkan you walaupun masatu I beranggapan yang you ni salah , maksud I mama you. I mengaku I pengecut I lari daripada you lepas buat you macam macam. I sepatutnya suka , gelak , and happy bila I dah berjaya balas dendam tapi tak Hazel, I rasa kosong. I tak happy langsung . I rasa kehilangan you , I hilang hati you. Salah I , I minta maaf sangat sangat. Kalau mama you salah sekali pun , I tak sepatutnya lepaskan amarah I pada you. You tak salah. Selama ni I kata I sayang dan cintakan you yaa I really meant it cuma I tak sedar. I juga tipu diri I sendiri bilamana I kata tak pernah cintakan you. I tipu Hazel , I cuma nak sakitkan hati you. I memang betul betul cintakan you. Pasal perempuan yang bersama I tu. Hazel , sumpah I tak tidur atau sentuh dia. I upah dia hanya untuk malam tu je. Kalau you tak percaya tak apa I ada buat surat perjanjian dan dia dah sign I tunjuk surat tu pada you dan kalau you tak percaya juga you boleh tanya Adam. Adam teman I jumpa perempuan tu. Maafkan I Hazel , tolong maafkan I. I khilaf. I minta maaf sangat sangat. I'm sorry " . Allah betulke ? atau dia masih nak menipu aku. Susah untuk aku nak pupuk balik rasa percaya pada dia. Tapi aku nampak keikhlasan dia. Aku nampak dalam mata dia. Eyes never lie kan ?

Oh kau Adam , siap kau ye. Bersubahat. Kawan tak guna !!

" I taktahu nak bagi reaction macam mana. Apa yang you buat pada I , susah untuk I lupakan. Tapi jangan risau I dah lama maafkan you. " Kataku tenang. Memang betul , aku dah lama maafkan dia cuma hati ni masih sakit dengan apa yang dia dah lakukan pada aku. Dia mainkan perasaan aku dan itu bukannya benda remeh.

" I tak pernah tipu bila I bagitahu yang I nak kahwin dengan you. I betul betul nak kahwin dengan you. Hazel , tolonglah percayakan I. I janji I tak akan buat you macamtu lagi. I janji lepasni I tak akan sakitkan you lagi. Tolong bagi I peluang Hazel , I merayu sangat sangat. " Matanya merayu simpati. Aku tahu dia dah berubah tapi aku patut beri pengajaran pada dia kan ?

" Tak apa la Aaden , you cari je perempuan lain. Perempuan macam I ni mana layak dapat cinta you kan ? " Aku menyindir kembali kata kata yang pernah dia ungkapkan padaku. Aaden laju menggeleng.

" No , you layak. You layak , I yang tak layak Hazel. Hazel , jangan seksa I macamni. I rindu you sangat sangat. I rindu you Hazel. "
Aaden menangis ? Hmm ..

                     " Aaden , you balik la. Dah maghrib ni. " Kataku seraya itu menolak pintu tapi Aaden menahan dengan kuat disebalik pintu.

                      " I sayang you Hazel , you dengar kan Hazel ? I sayang you , I sayang you sangat sangat. Maafkan I Hazel. !!! " Jerit Aaden kuat dalam suara yang bergetar penuh tangisan lalu terus aku menolak pintu dengan kuat.

Air mataku jatuh dengan laju , Ya allah aku benci dia tapi dalam masa yang sama aku takboleh hilangkan perasan aku terhadap dia. Allahuakhbar.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Universe's PlansWhere stories live. Discover now