Bab 18

20 6 0
                                    


Kami memilih untuk makan di restoran yang berdekatan. Dalam kereta tadi pun aku diam je. Sakit hati dia buat aku macam tak wujud.

" Nak nasi ayam ke Pia ? " Tanya Aaden kepada Pia yang duduk di sebelah Aaden. Aku pula duduk dihadapan menghadap Aaden. Pia hanya mengangguk. Selepas je siap memesan makanan. Aku mula bersuara demi ketidakpuashatian aku tadi. Aku merenung Aaden tajam. Dia hanya pandang aku sambil mengangkat keningnya. Aku menajamkan lagi renungan ku pada dia.

"Okay, fine " Kata Aaden sambil mengangkat kedua dua belah tanganya tanda berserah. Aku hanya diam dan menyilangkan tangan ke dada sambil menunggu Aaden ceritakan kesemuanya padaku.

" Pia ni anak Madam , for surely she's not my daughter. I belum kahwin la macam mana I boleh ada anak pulakni ??? Dan .. I takda hubungan sulit dengan Madam. You merepek apa ? Fikir I selera ke dengan orang tua tu ? " . Dia boleh cakap madam orang tua ? mentang mentang la madam tu dah 40 lebih. Sesedap makcik dia je lah kata orang macamtu.


" Habiss ? Macam mana you boleh kenal dengan Pia ni ? Kenapa you rapat sangat dengan dia ? Sedangkan I yang dah lama kenal Madam pun tak kenal anak dia. And how ???? she can call you daddy ?? " Tanyaku. Kalini aku memang lepaskan semua benda. Takde pendam pendam ah.

" Banyak sangatlah soalan you dear , I nak jawab yang mana satu ni ? . Okay macamni , let me clear all of this shit . Actually , you yang belum betul betul kenal I. Senang cerita macamni lah I jujur je lagipun I malas dah nak simpan semua ni , tanah Uni ni daddy I dah beli dulu before dibangunkan University di atas tanah ni and he changed everything ke atas nama I . Macam mana boleh jadi University ? Daddy sebenarnya memang dah rancang awal awal. Bila je dah dapat geran tanah , kelulusan dari pihak yang lebih berkuasa dan sebagainya memang daddy nak bangunkan University. Daddy kata , dia nak buka satu pusat yang bole beri banyak impak kepada masyarat contohnya University lah. University ni masih baru dibangunkan , baru sahaja dibina 7 tahun lepas. Masatu I masih 18 tahun. Tapi sayangnya daddy tak sempat tengok University ni siap. Dengan bantuan kawan baik daddy Uncle Razi , dialah yang tolong uruskan semuanya.Bila dah siap University ni dibina , I akan jadi pihak atasan untuk tanggung semuanya tapi kena lepas had umur 21 tahun baru I dibenarkan untuk campur tangan dalam hal hal ni. Dia macam , apa apa je yang jadi dekat bawah semua maklumat akan sampai kepada pihak atasan. Kalau apa apa yang berlaku di bawah perlukan campur tangan dari pihak atasan barulah I dan yang lain akan turun padang. I merupakan salah seorang daripadanya. You faham macamni je lah , dekat sana bukan I seorang yang urus benda ni. Benda ni sebenarnya dah lama terbongkar , tapi you je kut yang tak sedar. Cuba you ingat balik , Hanna sebenarnya dah pernah terlepas cakap. " Ulas Aaden.

- Flashback -

" Kau nak tahu aku datang sini untuk apa ? perlu sangat ke kau tahu semua benda tu ? " Aaden kembalikan topik perbualan sebentar tadi sebelum aku menyampuk. Aaden macam biasa la biadap ye.

                   " Perlulah , kau datang sini buat ape ? kau kan taksuka pensyarah pensyarah kat sini . Tapi tula dalam tak suka still ambik untuk bekerja " Kata Hanna tanpa sedar.

                   " Ambik untuk bekerja ? itukan pihak uni punya pilihan nak ambik siapa siapa pun untuk jadi pensyarah kat sini and kalau Aaden taksuka pun kenapa ? Perlu ke dapat persetujuan daripada dia ? "

              " Takla aku bagi contoh je , yelahkan biasanya pihak uni kena la tanya jugak student kan apa yang diorang suka dan tak suka . Kan Haz ? " Hanna meminta kata setuju daripada Aaden

               " Hm " sepatah sahaja jawapan dari Aaden.

  - End flashback -

                    " Jadi ? you dah lama kenal Madam Alyah lah ? " Tanyaku , aku begitu teruja. Tak sangka boyfriend aku ni merupakan orang hebat. Kira hebatlah , dia mampu teruskan semuanya. Kalau tak mesti University ni dah ditutup. Akhirnya , terjawab sudah semuanya. Tak sangka Aaden menyimpan rahsia sejauh ni dengan aku.

                     " Ye , I dah kenal lama diorang semua ni " Kata Aaden dengan tenang.

                       " Tapi , kenapa baru sekarang you nak sambung belajar ? " Aku musykil.

                         " Entah , saja je ni " Balas Aaden ringkas. Riak mukanya mula berubah dingin. Macam pelik je .. dia ada agenda ke ? ada sebab lain ke kenapa dia tiba tiba nak sambung belajar.

                            " Kenapa dia panggil you daddy ? " Ini soalanya yang dari tadi aku nak tanya. Pelik sangat , anak lecturer kita boleh panggil kita daddy.

                                " Hmm "

                                " Hmm "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Universe's PlansWhere stories live. Discover now