Bab 19

33 7 0
                                    


                      " Sebab I daddy dia lah " Aaden berkata selamba. Aku mengecilkan mataku tanda tak puas hati dengan jawapan dia.

   - Flashback -

4 bulan lepas

            " Alright , anything inform me. And jangan lupa check email yang saya send. Dalam 2 minggu lagi kita nak cuti sem , so korang semua kena bagi student something yang diorang boleh siapkan dalam masa seminggu. Saya nak report ni korang send awal ye. Jangan tangguh tangguh nanti banyak kerja pulak  " Kata Aaden kepada staff dan lecturers yang berada di biliknya itu. Selepas sahaja  mereka keluar dari bilik mesyuarat yang berada di University tersebut. Aaden hanya duduk merehatkan badan di atas kerusi. Penat , dengan mesyuarat yang baru selesai lebih kurang 5 minit tadi.

Tiba tiba Aaden terdengar seorang kanak kanak menangis. Bunyi itu dari luar bilik mesyuarat tersebut. Aaden keluar untuk check . Kelihatan Alyah bersama seorang kanak kanak perempuan yang sedang menangis. Aaden menapak ke arah mereka berdua.

                    " Alyah ? what's going on ? " Tanya Aaden kepada Alyah dan dia juga prihatin pada kanak kanak itu.

                      " Saya taktahu lah Aaden , anak saya ni menangis je lepas saya ambil dari tadika dia tadi. " Kata Alyah seraya itu memujuk anaknya. " Sayang , jangan nangis . Mama ada banyak kerja lagi nak kena buat ni . Awak duduk sini diam diam okay ? kejap lagi kita beli chocolate nak ? " Alyah yang memujuk anaknya itu berharap agar pujukannya menjadi. Malah , anaknya lebih kuat menangis.

" Takpe Alyah , awak pergi lah buat kerja awak. Saya cuba pujuk dia " Kata Aaden sambil senyum kepada Alyah.

" Eh Aaden , Takpe saya boleh jaga dia. Menyusahkan je nanti " Alyah kelihatan segan dengan pelawaan Aaden.

" It's okay , lagipun saya dah lama tak main dengan budak. Why not , saya cuba pujuk dan tanya dia kenapa .. mana tahu jalan ?? " Kata Aaden. " Terima kasih Aaden " kata Alyah dah menundukkan kepala nya tanda hormat akan Aaden. Aaden hanya senyum kepadanya. Sejurus itu Alyah beransur pergi.

" Hi , budak kecil. Nama apa ? umur awak berapa ? " Sapa Aaden kepada Kanak kanak tersebut. Aaden membongkokkan badannya agar dia dapat melihat wajah kanak kanak itu.

" Nama kita Sofia , boleh panggil kita Pia. Kita baru 4 tahun " Kata kanak kanak yang bernama Pia itu sambil tersedu sedan. Dia berhenti menangis mungkin kerana ada sosok lain yang menegur dirinya.

" Oh , hi Pia . Boleh ke kita nak kawan dengan awak ? " Tanya Aaden kepada Pia.

" Boleh " Ringkas balas Pia. Tangisanya juga sudah mulai reda. Dia senyum kepada Aaden. Comelnya budak ni.

"Kenapa Pia nangis ? Pia cerita la dekat kita. Kita kan kawan " Aaden seakan akan memujuk Pia. Dia membawa Pia untuk duduk di atas sofa yang berada di depan pintu pejabat. Aaden memang seorang yang sukakan budak.

" Hari ni hari bapa , Pia shedih shangat. shemua orang bawa papa dia datang tadika. Pia tak ada papa. Pia nak ada papa macam orang lain jugak. Kenapa Pia tak ada papa ?? ". Kata Pia yang masih pelat. Pia mula menangis. Ye baru dia teringat yang Alyah telah kematian suami 2 tahun lepas. Kesian Pia , kecil kecil dah kehilangan bapa.

" Ala takpe , nanti Pia boleh jumpa papa Pia dekat syurga. Pia kan good girl. Kita pun boleh jadi papa Pia , Pia nak tak ? Tapi kita takmau la papa , daddy boleh ?" Ajak Aaden yang bernada teruja.Berharap agar pelawaannya dapat menghentikan tangisan Pia.

" Haa ?? awak nak jadi daddy kita ke ? betul ke ? lepashni kita ada daddy la kan ?? " Tanya Pia yang begitu ceria. Air matanya sudah di lap.

" Hahaha . Iya. Setakat jadi daddy orang , apelah sangat " Kata Aaden dengan berlagak lalu menggosok kepala Pia. Pia terus memeluk Aaden dengan kuat. Pia bangun dan berlari ke arah Alyah. Dia memegang tangan Alyah dan mengheret Alyah. Kini Alyah berada didepan Aaden.

" Mama mama , Pia dah ada daddy mama. This is my daddy " Kata Pia lalu berlari mencium pipi Aaden. Alyah terkejut dengan tindakan anaknya.

" Sayang , awak buat apa ni ? meh sini . Apa kacau uncle macamtu. " Alyah cuba menarik tangan Pia tetapi Pia berkeras lalu dia naik dan duduk di atas peha Aaden.

" Aaden , saya minta maaf dengan sikap anak saya yang ma- " .

Aaden mula memotong. " Saya suka dia , comel. " Aaden senyum dan turut memeluk Pia.

Sejak daripada hari tu , Pia dan Aaden mula rapat. Hari hari lepas je balik tadika , Pia akan datang jumpa Aaden. Sekarang Pia dah tak datang macam dulu. Mama dia terlalu banyak kerja , sampai kena hantar Pia untuk masuk nursery dah. Sekarang Pia akan jumpa Aaden bila ada waktu lapang sahaja.

- End flashback -

" Oh , macamtu rupanya " . Kataku. Patutlah Aaden rapat semacam je dengan Pia. Dia ni memang lelaki idaman lah. Sampai budak pun suka dia ...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Universe's PlansWhere stories live. Discover now