Bab 29

25 6 0
                                    

Malam sudah menjelma. Aku sudah sampai dirumah selepas discharge pada petang tadi. Aku masih tiada mood untuk bercakap. Aku masih kelu. Rasa macam tak mampu terima hakikat. Telefon dibuka. Ikon gallery dicari. Melihat kembali gambar aku dan Aaden selfie bersama aiskrim di tangan.

-Flashback-

     " Kenapa you bawak I datang playground ni ? You nak main gelongsor ke ? " Tanyaku kepada Aaden. Dia ketawa perlahan.

   " Muat ke kalau I naik tu ? " Tanya Aaden. Kini giliran aku pulak ketawa.

" Tak ada lah , saja. Tengok budak budak seronok pula rasa. " Aku pandang dia.

" You suka budak ? " Tanyaku. Aaden mengangguk.

" Nanti kalau kita kahwin , I nak 5 orang anak ". Terbatuk aku dengar. " Hey , ramainya. "

" Best apa ramai. Baru meriah rumah. Anak ni kan penyeri rumah tangga. So tak salah pun kalau ramai ". Dia senyum. Aku menepuk lengannya " Amboi , pandai diatu. "

Kami berjalan jalan menikmati suasana. Tenang betul kat sini.

" Ada aiskrim , nak tak ? " Tanya Aaden. Aku dengar perkataan aiskrim , apa lagi senyum sampai telinga la. Aku ni memang hantu aiskrim ye.

"Nak , nak. Jom !! " Aku laju menuju ke arah penjual aiskrim tersebut.

  " Chocolate? " Tanya Aaden. Aku mengangguk suka. Ee bestnya makan aiskrim. Pakcik itu terus memberi 2 kon aiskrim coklat.

" You suka aiskrim ke ? " Tanya Aaden sambil berjalan menuju ke bangku yang berada berdekatan.

" Suka !! " Aku jawab dengan teruja. " Comel " puji Aaden. Eh eh diatu malula kita.

" You suka aiskrim tak ? " Tanyaku pula ingin tahu.

" Tak , I suka you " Jawab Aaden selamba. Tanganku terus beraksi menepuk lengannya. Haa main main , orang tengah serious. Ee malulah macamni hm.

" Nak selfie tak ? " Tanyaku. " Boleh juga. " jawabnya. Aku terus mengeluarkan telefonku dari sling bag ku. Telefon di ambil ikon camera terus dicari.

" Senyum " kataku. Lalu snap ! snap ! snap ! . 3 keping gambar berjaya di ambil.

" Ee comelnya gambar ni " Kataku. " Yang comel tu you , dear. " Ish mamat ni suka bagi orang malu.

- End flashback -

" Babe , jom keluar beli ma- " Hanna yang keluar dari bilik melihat aku menangis terus datang mendekati aku.

" Ya allah , Ayla. Janganla macamni. Kenapa ni ? " Hanna memandang telefonku yang berada di atas ribaku. Hanna melihat gambar tersebut. Dia faham.

" Shhh , Ayla kau tak perlu pun nangis sebab lelaki. Aku ada ni janganla nangis. Aku sayang kau. Aku tak suka tengok kau lemah macamni ". Hanna peluk aku. Dia menggosok gosok bekalang badanku.

" Sakit sangat Hanna , setahun aku dengan dia sia sia. Aku tak boleh terima bila dia gunakan aku untuk balas dendam. Kitorang dah janji nak kahwin. Lepas je grad kitorang dah janji nak bina hidup sama sama. Tapi yang aku dapat hanyalah harapan ". Aku penat Ya allah.

" Aku faham. Shhh tak apa. Kau kena rest. Jangan terlalu fikir. "

                              " Kau tak faham Hanna. Tak ada siapa yang akan faham aku. Walaupun kau tak ada restu , Adam masih cintakan kau dengan ikhlas. Tapi aku ? aku ditipu. "

Ya allah, sesungguhnya kau lebih mengetahui. Sesungguhnya, kau lebih tahu siapa yang terbaik untuk diri. Tolong aku Ya allah. Tolong aku lupakan dia.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Universe's PlansWhere stories live. Discover now