"Nenek kau nak ambil kau dengan adik-adik kau dan blacklist kau daripada jumpa kami?!" Taufan membulatkan matanya.
"Ya," balas Blaze dengan nada sedih, tangannya memegang sebotol air mineral.
Mereka berdua sekarang ini berada di taman bunga hospital di mana tiada sesiapa lalu lalang di kawasan itu, kawasan yang terbaik untuk Blaze meluahkan segala cerita kepada Taufan.
"Kau, nak ikut nenek kau ke?" Taufan melontarkan soalan.
"Tak, aku tak mahu. Aku nak.. Aku nak duduk dengan korang," Blaze membalas.
"Bukan ke kau suka duduk kat bandar daripada duduk dengan kamu?" Taufan menyoal lagi, Blaze terdiam seketika.
"Itu sebelum aku kenal korang," balas Blaze, Taufan tersenyum.
"Banyak berubah dah kau sekarang," puji Taufan, Blaze terdiam malu.
"Tapi takkan kau tak boleh lawan nenek kau? Kau ada hak juga sebagai anak dan cucu." Taufan mengerutkan dahinya.
"Nenek aku tu orang kaya, orang ternama. Kalau ada duit, semua orang tak boleh lawan." Blaze membalas.
"Setuju, dunia sekarang semua orang mata duitan. Mereka tak kisah kalau kena rasuah walaupun ianya salah," balas Taufan, menyetujui kata-kata Blaze itu.
"Tetapi kenapa papa kahwin dengan mak kau ya? Sebab duit je ke?" Taufan berfikir.
"Itu sahaja yang aku tahu jugalah dan setahu mak aku mana suka papa," jawab Blaze, Taufan terkejut.
"Mak kau tak suka papa?!" kata Taufan dengan sedikit lantang kerana terkejut.
"Ya, dia hina aku dan adik-adik aku sebab ada iras seperti papa. Dia dera aku sebab aku cuma wajah seperti dia," balas Blaze dengan nada sebak, Taufan terdiam.
Taufan baru sahaja tahu keadaan Blaze yang juga merana kerana ayah mereka. Hanya kerana berwajah seperti ayah mereka, Blaze didera dan hidup adik-adiknya sengsara.
"Maaf bertanya, seteruk mana kau kena dera?" soal Taufan, dia cuba untuk tidak menguriskan hati Blaze.
Blaze terdiam sejenak sebelum dia membuka mulut dia semula.
"Teruk jugalah. Kalau aku tak patuh arahan mak aku, dia akan cucuh rokok kat lengan aku atau leher aku. Aku masih ada parutnya," Blaze menyelak bajunya di bahagian leher dan menunjukkan beberapa kesan parut dari deraan maknya, Taufan terkejut.
"Sebab tu ke kau selalu pakai baju lengan panjang?" soal Taufan, dia perasan Blaze selalu memakai baju berlengan panjang atau memakai jaket.
"Ya, aku tak nak tunjuk kelemahan aku." Blaze membalas.
"Tetapi mungkin kelemahan kau tu boleh menyelamatkan kau," kata Taufan, Blaze mengerutkan dahinya.
"Apa maksud kau ni?" soal Blaze.
"Kesan deraan daripada mak kau mungkin boleh membantu kau daripada tinggal nenek kau, buktikan apa yang mak kau lakukan dekat kau dan adik-adik kau. Bercakap benar, lawanlah seperti Abang Gempa seperti dia melawan papa. Kau kena berani, jangan lari lagi. Biar mereka tahu apa hak kau sebagai anak," kata Taufan dengan semangat, Blaze terkedu.
"Boleh ke?" soal Blaze.
"Mungkin kata-kata kau boleh mengubah papa untuk bercerai dengan mak kau, jangan sesekali berdiam lagi. Kalau kau berdiam, kau akan sentiasa sengsara." Taufan menjawab lagi, memberi kata-kata untuk Blaze menjadi berani.
"Baiklah, aku cuba." Blaze mengangguk, Taufan tersenyum dan mengusap belakang Blaze membuat Blaze juga tersenyum.
Terlihat dari bangunan berdekatan dengan taman tersebut, Ais menatap ke arah Blaze dan Taufan yang berada di taman tersebut melalui tingkap wadnya.
YOU ARE READING
[C]Dramarama (BBB Elementals Malay Fanfiction)
FanfictionApa yang bakal terjadi apabila lelaki yang kau paling benci kembali dan membawa pulang 3 orang anak ke rumah kau? "Ini papa nak memperkenalkan, adik beradik baru kau." "Jangan haraplah aku nak duduk kat sini selamanya, kau bukannya adik beradik aku...