Keadaan mahkamah sangat hening, terlihat Gempa dan adik-beradiknya duduk di kerusi bahagian penonton manakala Tok Aba di meja saksi bersama anak lelakinya dan seorang peguam. Tiba-tiba pintu mahkamah dibuka, terlihat ibu Blaze berjalan masuk ke dalam mahkamah dengan selambanya. Gempa dan adik-adiknya termasuk ayah mereka terkedu dengan ketibaan ibu Blaze itu.
"Nenek lepaskan mak ke?" bisik Solar.
"Mungkin," balas Blaze, matanya menatap ke arah wanita itu dengan perasaan takut. Dia tidak mahu pulang ke tangan wanita itu, bukan kali ini!
"Nampaknya kedua-dua pihak ibubapa sudah tiba, kita mulakan perbicaraan," kata hakim sambil mengetuk tukul kayunya itu.
Perbicaraan dimulakan dengan penuh tegas dan serius oleh dua peguam dari kedua-dua pihak, seorang melawan dan membantah dengan berkeras.
"Mengikut laporan saya, pihak ibu tidak melakukan tanggungjawabnya menjaga tiga anak-anaknya semasa pihak ayah melakukan kerjanya untuk mencari nafkah sehingga menyebabkan dia terpaksa menghantar mereka ke rumah datuk mereka," kata peguam bagi pihak ayah Gempa dan adik-adiknya.
"Tetapi bukankah nenek pihak ibu masih hidup? Kenapa pihak ayah tidak menghantar ke nenek mereka? Mereka tinggal berdekatan," kata penguam pihak ibu Blaze.
"Laporan yang saya terima oleh pihak ayah, oihak mak telah mendera anak-anak mereka sejak Blaze masih kecil! Terdapat kesan lebam dan luka-luka yang masih berbekas padanya sehingga kini!" kata penguam pihak ayah Gempa dan adik-adiknya, peguam itu berjalan ke arah hakim dan menghulurkan sekeping fail kepadanya.
Hakim tersebut mengambil fail itu dan membukanya, terdapat beberapa keping gambar yang menunjukkan kesan penderaan pada badan Blaze, Solar dan Thorn.
"Blaze dan kedua-dua adiknya didera dengan teruk semasa pihak ayah pergi bekerja," terang peguam itu lagi.
"Tapi mengapa pihak ayah tidak membuat laporan tentang penderaan ini?" soal hakim pula.
"Kerana pihak ibu mengugut pihak ayah untuk diam," balas peguam itu.
"Sejak bila kami ugut dia, hah?!" jerkah nenek Blaze.
"Diam! Bukan masa kamu untuk berkata-kata!" marah hakim dengan tegas.
Nenek Blaze berdecit sebelum kembali melabuhkan punggungnya, Gempa dan adik-adiknya berasa menyampah dengan perangai nenek Blaze ini.
"Dan saya ada rakam suara di mana pihak ibu mengugut pihak ayah untuk diam," kata peguam itu sambil mengeluarkan sebuah pemain suara.
Ibu dan nenek Blaze menerbeliakkan mata mereka tidak percaya dan mereka berdua terus menatap tajam ke arah ayah Gempa. Peguam itu menekan butang pemain suara tersebut.
"Kau dengar sini, kalau kau kata apa-apa tentang keadaan anak-anak kau tu. Aku akan hantar mana-mana orang aku untuk bunuh keluarga kau."
"Faham, mak."
Kedengaran jelas suara nenek Blaze mengugut ayah Gempa dengan cara kekerasan. Gempa dan Blaze terkejut dengan pemain suara tersebut, tergamak mereka untuk membunuh keluarga Gempa yang tidak bersalah.
"Aku kahwinkan kau dengan anak perempuan aku dikira sebagai bayaran hutang kau kepada aku yang selamatkan syarikat kau yang bankrup tu! Jadi kau kena dengar arahan aku dan anak perempuan aku kalau kau tak nak bankrup lagi! Aku bila-bila sahaja boleh jatuhkan syarikat kau tu!" ugut nenek Blaze melalui pemain suara tersebut.
"Baiklah." Kedengaran suara ayah Gempa seperti pasrah menuruti arahan wanita tua itu.
"Lagi satu, aku nak kau sekat duit kau daripada dibahagikan kepada anak-anak bini pertama kau tu!" ugut nenek Blaze lagi.
YOU ARE READING
[C]Dramarama (BBB Elementals Malay Fanfiction)
FanficApa yang bakal terjadi apabila lelaki yang kau paling benci kembali dan membawa pulang 3 orang anak ke rumah kau? "Ini papa nak memperkenalkan, adik beradik baru kau." "Jangan haraplah aku nak duduk kat sini selamanya, kau bukannya adik beradik aku...