Terlihat keadaan Tok Aba's Kokotiam sedang sibuk dan dipenuhi dengan ramai pelanggan, tidak menang tangan Tok Aba dan seorang lagi pekerja Tok Aba untuk melayan setiap pelanggan yang datang ke kedai itu.
"Tok Aba." Tok Aba mengalihkan pandangannya apabila seseorang menegurnya, terlihat Gempa dan Thorn berjalan ke arahnya.
"Aik, Gempa? Kenapa kau datang ke sini, kau tak pergi kolej ke?" soal seorang pelanggan berbangsa india yang duduk dihadapan Tok Aba.
"Tak, Gem tak sihat sebenarnya." Gempa membalas membuatkan Tok Aba dan pelanggan itu terkejut.
"Tak sihat?! Kenapa kamu kat sini, pergilah rehat kat rumah?!" tegur Tok Aba.
"Tak nak, Gem nak duduk sini. Rasa bosanlah duduk kat rumah." Gempa memberi alasan padahal dia nak lari daripada bergaduh dengan Blaze, sekali sekala dia pun penat nak hadap adik tirinya yang satu itu.
"Gopal? Kau tak pergi kerja ke?" soal Gempa kepada pelanggan berbangsa india itu.
"Tak, hari ni appa aku tutup kedai. Dia nak pergi India dengan amma aku, honeymoon katanya. Itu yang aku datang ke sini," kata Gopal lalu menghirup coklat panas yang menjadi kegilaan orang ramai buatan Tok Aba itu.
"Kenapa kamu tak ikut?" soal Tok Aba.
"Appa saya marah saya, tok. Buat apa nak ikut, menyibuk katanya." Gopal membalas sambil menangis palsu manakala Tok Aba hanya menggelengkan kepalanya.
"Gem, duduklah. Kenapa kau berdiri di situ? Duduklah. Eh, siapa pula ni?" Gopal menatap ke arah Thorn yang erat memegang tangan Gempa dengan keadaan matanya yang kemerahan kerana menangis.
"Ini adik tiri aku, Thorn. Ucap hai kat Abang Gopal," kata Gempa.
"Hai," ucap Thorn dengan nada sedih.
"Kenapa ni? Dia nampak sedih sahaja?" soal Gopal manakala Thorn terus menyorok belakang kaki Gempa, menyembunyikan wajahnya.
"Tiada apa-apalah, Thorn terjatuh tadi. Itu yang dia nangis tu," celah Gempa, menipu lalu dia dan Thorn melabuhkan punggung mereka di kerusi berdekatan dengan Gopal yang terletak di kaunter.
"Kamu yakin yang Thorn jatuh?" soal Tok Aba, dia sebenarnya boleh merasakan ada sesuatu tidak kena.
"B-Betullah, tok. Thorn jatuhlah," balas Gempa sedikit gagap.
"Yelah. Oh ya, atuk baru perasan yang adik kamu yang lagi satu tu baru balik. Dia pergi mana semalam sampai baru hari ni nak balik?" soal Tok Aba membuatkan Gempa terdiam.
"Apa maksud atuk ni? Adik yang mana satu? Gempa ada ramai adik." Gempa membalas, sedaya upaya untuk mencari alasan.
"Alah, adik tiri kamu tulah. Blaze," balas Tok Aba membuatkan Gempa menelan air liurnya paksa, Tok Aba menatap lama wajah Gempa.
"Kami tak perlulah nak menipu, atuk perasan dengan mata kepala atuk sendiri yang dia tu balik lambat. Dia pergi mana semalam?" soal Tok Aba.
"Semalam dia pergi rumah kawan dia," balas Gempa, dia pun tidak tahu hendak katakan perkara yang sebenar atau tidak. Kalau menipu, berdosa. Kalau beritahu perkara sebenar, mungkin lagi teruk akan terjadi nanti.
"Aik? Takkan pergi rumah kawan sampai balik lambat? Dia baru hari pertama sekolah kat sini kot, cepat betul dapat kawannya. Lagi satu, bukan ke dia patut pergi sekolah hari ni? Kenapa dia tak pergi sekolah terus alang-alang ada kat rumah kawan dia tu?" soal Tok Aba secara bertubi-tubi, membuatkan Gempa bertambah terkedu.
"Umm.." Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Gempa, Tok Aba mengeluh.
"Gempa, lebih baik kamu jadi garang sikit. Walaupun dia tu adik tiri kamu, kamu kena tegas. Jangan pilih kasih sangat," nasihat Tok Aba manakala Gempa hanya mampu menganggukkan kepalanya.
YOU ARE READING
[C]Dramarama (BBB Elementals Malay Fanfiction)
FanfictionApa yang bakal terjadi apabila lelaki yang kau paling benci kembali dan membawa pulang 3 orang anak ke rumah kau? "Ini papa nak memperkenalkan, adik beradik baru kau." "Jangan haraplah aku nak duduk kat sini selamanya, kau bukannya adik beradik aku...